Bergebang pasai hak kemarin.... hak kemarin dulu.... hak kemarin dulu balik sana.... hak kemarin dulu balik sana lagi.... hak kemarin dulu balik sana nu......!
Jumaat, 24 Julai 2009
Kisah Tok Guru dan gulai lembu....
Beberapa penduduk kampung yang mengetahui kejadian tersebut segera datang. Ketua Kampung juga datang. Mereka bersama-sama menarik keluar lembu tersebut tapi tidak berjaya. Akhirnya dengan menggunakan beberapa batang kayu dan tali, lembu tersebut berjaya dikeluarkan. Malangnya lembu tersebut tidak dapat bergerak ke mana-mana kerana kedua-dua belah kakinya patah.
Ketua Kampung berbincang dengan beberapa penduduk kampung bagi menyelamatkan lembu berkenaan. Setelah berbincang, seorang dari mereka mencadangkan supaya lembu tersebut disembelih dan dagingnya dijadikan kenduri. Ketua Kampung bersama yang lain bersetuju. Bagaimana pun Ketua Kampung meminta untuk merujukkan terlebih dulu kepada Tok Guru.
Mereka ke rumah Tok Guru yang tidak jauh dari situ. Setelah diberitahu, Tok Guru dengan tegas mengatakan tidak setuju. Tok Guru tidak mahu bersyubahat dengan perkara-perkara yang tidak jelas sambil memberikan beberapa dalil. Tok Guru mengatakan barangsiapa memakan daging tersebut bagai memakan barang curi dan hukumnya haram.
Ketua Kampung rasa keciwa lalu beredar dari rumah Tok Guru. Dengan sokongan kuat kumpulan pemuda, Ketua Kampung mengambil keputusan meneruskan cadangan menyembelih lembut tersebut kerana tidak ada cara lain untuk menyelamatkannya.
Lembu itu pun disembelih. Proses melapah dan menyiang dilakukan bersama. Timbul pula masalah untuk mendapatkan air bagi membasuh dan mencuci daging serta untuk kerja-kerja memasaknya nanti. Semua telaga yang ada di kampung tersebut kering kontang kerana kemarau, kecuali telaga Tok Guru yang masih berair. Mahu tidak mahu, sekali lagi mereka beramai-ramai ke rumah Tok Guru.
Ketua Kampung meminta izin untuk menggunakan air dari telaga Tok Guru. Kali ini Tok Guru hanya diam. Tok Ketua dan beberapa yang lain mengerti bahawa diam Tok Guru tandanya setuju.
Orang kampung semakin ramai datang. Semua kerja dilakukan secara gotong-royong. Meriah bagaikan kenduri kahwin.
Tok Guru tidak senang duduk. Dia berjalan mundar-mandir di dalam rumah. Menjelang tengahari, Tok Guru ke tempat orang kampung memasak. Nasi sudah masak. Gulai baru saja mendidih. Daging masak kicap belum empuk.
Oleh tidak tertahan dengan bau dan aroma gulai daging yang membuak-buak mendidih dalam kawah, Tok Guru meminta untuk 'merasanya'. Salah seorang pemuda menegur Tok Guru. “Tok Guru kata tadi tak mau shubahat dengan perkara yang tidak jelas?”
“Iyalah! Tapi aku cuma nak merasa kuahnya. Sebab airnya kamu ambil dari telaga aku!” jawab Tok Guru.
Semua terdiam. Ada yang tersenyum kambing. Seorang dari mereka mengambil senduk lalu mencedok kuah gulai yang mendidih.
“Senduk tu kecik sangat. Ambil mangkuk, besar sikit!” kata Tok Guru.
Orang tadi pun menukar senduk dengan mangkuk, lalu mencedok kuah gulai di dalam periuk besar. Sewaktu mencedok, termasuklah beberapa ketulan daging. Orang tadi segera mengais keluar dari mangkuk.
“Eh eh tak payah dikais! Tak payah! Itu bukan dicari.... masuk sendiri tak apa!”
Ketua Kampung dan semua yang ada di situ tersengih macam kerang busuk, sambil perhati muka selamba Tok Guru menghirup gulai dari mangkuk.
Selasa, 21 Julai 2009
Lagi Seloka Babi.
Lagi Seloka Babi
Isu babi memang tak habis lagi,
merawet pulak sampai tang ni,
bukan wayang bukan drama tv,
kisah benar menjadi realiti.
Di atas runtuhan Pusat Cucuk Babi,
mari kita bina menara tinggi,
jadikan kompleks canggih terkini,
mercu tanda perjuangan parti.
Kompleks mengguna simbol babi,
segala bangsa berniaga di sini,
janganlah terlupa mengajak DAP,
biarpun merajuk tapi tetap di hati.
Walau Kerajaan Pusat tak nak bagi,
mari kita cari peruntukan sendiri,
bawa tempurung bawa guni,
di mana ada ceramah tang tu kita pi.
Kalau masih tak cukup lagi,
jom pi gadai gelang bini,
kerja kita ikhlas di hati,
akhirat kelak syurga menanti.
Oleh:
Ekeng A/L Etong.
Terilham setelah membaca Blog Depa Kata. Klik tang ni.
KCS Punca Elaun Ketua Kampung di Kedah Lewat Dibayar?
Sehingga kini masih belum dipastikan apakah mereka berkenan telah menerima elaun yang dimaksudkan dan berapakah jumlah yang diterima. Tahniahlah kepada Ketua-Ketua Kampung/Komuniti di Kedah jika mereka dibayar elaun tersebut pada hari ini.
Menurut tulisan yang empunya Blog, Pegawai Tadir Negeri Kedah (KCS) yang didakwa menjadi punca kepada kelewatan bayaran elaun tersebut. Kelihatan seolah-olah proses pembayaran elaun berkenan sengaja dilewatkan oleh Pegawai berkenaan. Tuduhan tanpa disertakan bukti dan fakta tersebut adalah seperti berikut:-
Jadi aku heran, heran sahaja tau... bukan marah............ KCS yang dah lama sambut ulang tahun ke 100 tahun masih lembab dalam buat kerja......... kerja yang sepatutnya 3 bulan jadi 7 bulan. Aku bimbang kerja yang sepatutnya 7 bulan akan jadi 7 tahun. Jika sikap ini berterusan aku tidak berapa bimbang reputasi kerajaan Pakatan Rakyat akan dipertikaikan kerana memang rakyat sudah tahu ramai kalangan KCS yang ada sekarang adalah peninggalan corak pentadbiran UMNO/BN sejak 50 tahun lalu. Tetapi yang aku bimbang ialah rakyat terbanyak yang mengharapkan mereka diberi perkhidmatan yang terbaik, namun amat malang perkhidmatan yang lembab diterima oleh mereka.
Apakah untuk merubahnya perlu ada pendemokrasian dalam perkhidmatan awam........ apakah perlu ada pilihanraya dalam perkhidmatan awam supaya dengan itu mereka yang akan menjawat jawatan utama dalam mana-mana organisasi perkhidmatan awam adalah mereka yang dinilai prestasinya dan diundi oleh semua kakitangan yang bertugas di organisasi berkenaan. Kerana sekarang ini, dilihat jawatan yang dilantik hanya atas asas Senioriti dan silih pergantian dari orang lama kepada orang baru yang berada setapak atau 2 tapak dibawah jawatan tertinggi tidak memberikan apa lonjakan kepada mutu perkhidmatan awam. Cara kerja yang masih stereotype terus berlangsung kerana mewarisi cara kerja 100 tahun lampau........... disitu ada kekurangannya yang tidaklah bermaksud akan dibahas disini secara panjang lebar, ia perlu di Seminarkan, ia perlu dibuat penelitian, kajian dan ujikaji di lapangan agar dapat ditentu sahkan keberkesanan sesuatu Perkhidmatan Awam.
Semua yang disebut di atas memerlukan masa yang agak panjang untuk dilaksanakan, masalahnya ialah sekarang.......... Pakatan Rakyat telah memerintah Kedah, rakyat memberi pengharapan kepada sebuah perkhidmatan yang berkesan.
Oleh itu, "Empati" adalah penting kepada kepada Pegawai Tinggi yang berada di dalam perkhidmatan awam dengan gaji setiap seorang RM5,000 ke atas perbulan dengan tambahan elaun-elaun tertentu.
Tanyalah diri kita sendiri dengan ikhlas, "Apakah perasaan kita jika gaji kita RM5,000 sebulan yang sepatutnya kita terima setiap bulan, di bayar 7 bulan sekali?"
Dan saya juga berempati dengan Pegawai Tinggi Perkhidmatan Awam, bahawa mereka mempunyai tugas yang banyak dan telalu sebok untuk bermesyurat, bergegas dalam perjalanan yang jauh kerana urusan rasmi kerajaan, mengiringi Sultan, membaca laporan-laporan yang tebal dan membuat keputusan-keputusan dalam organisasinya.
Tetapi apakah terlalu sukar untuk menurunkan tandatangan ke atas sekeping cek yang boleh diminta kerani menyediakannya, sehingga memerlukan masa 7 bulan.
Semoga, kita semua Rakyat Kedah di bawah Pakatan Rakyat semakin memahami bahawa inilah antara sisa peninggalan Perkhidmatan Awam yang ditinggalkan oleh UMNO, yang jika kita mengkaji sejarah revolusi sekalipun perubahan dalam Perkhidmatan Awam adalah yang paling sukar untuk dilakukan perubahan.
Kepada pegawai perkhidmatan awam, janganlah merajuk atau terasa hati.......... kami rakyat memahami kamu memang berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, tetapi budaya dan kebiasaan lama yang sudah sebati dalam tindakan seharian yang diwarisi 50 tahun pemerintahan UMNO sukar dilenyapkan dalam masa 500 hari.
Demikian tuduhan yang telah dibuat kepada Pegawai Tadbir Kedah (KCS), angkara kelewatan pembayaran elaun kepada Ketua-Ketua Kampung/Komuniti di Kedah. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana corak tuduhan yang akan dibuat sekiranya Ketua-Ketua Kampung/Komuniti tidak menerima elaun mereka seperti yang dijanjikan hari ini.
Saya bukan dari kalangan KCS dan tidak berhajat untuk membela atau mempertahankan KCS. Cuma pertanyaan saya, adakah empunya Blog menyelidiki atau membuat siasatan akan punca sebenar kelewatan tersebut, dan adakah hanya elaun ini saja yang dilengah-lengahkan?
Nostalgia Zaman Masih Berhingus
Di kampung aku dulu (sebuah perkampungan kecil di Kedah), terdapat lebih kurang 10 keluarga Cina. Mengikut cerita (sejarah), mereka ini berasal Tong San di negara Cina (entah wujud atau tidak tempat ini). Maka kami semua memanggil mereka Cina Tong San. Kebanyakan mereka datang dan menumpang (bukan menyewa) di tanah milik orang (Melayu) kampung aku.
Beginilah baik dan luhurnya budi orang Melayu sehingga tercipta pepatah "Dagang lalu nasi ditanakkan. Kera di hutan disusui, anak di rumah dibiar kelaparan."
Perhubungan mereka dengan orang kampung cukup erat, dari dulu hingga kini. Jika terdapat kenduri-kendara, mati atau sakit demam di kalangan orang kampung, mereka akan ziarahi. Begitu jugalah sebaliknya. Anak-anak mereka berkawan dan bercampur gaul dengan anak-anak Melayu. Malah sebahagian mereka bersekolah Melayu dan ada yang pandai membaca dan menulis Jawi. Dipendekkan sejarah, mereka ini hidup harmoni dengan orang Melayu bagaikan satu keluarga.
Al kisah terjadilah satu kematian di kalangan mereka. (Sebelum itu pun ada juga yang mati tapi ini yang aku cukup ingat dan meninggalkan nostalgia). Seperti biasa, selama tiga hari tiga malam seluruh keluarga dan rakan-sahabat 'meraikan' kematian mengikut adat dan budaya mereka.
Masuk hari yang ketiga, mendiang Si mati pun hendak dibawa ke jirat untuk acara pengkebumian. Sebelumnya ada rakan-rakan memberitahu, jika ada sesiapa yang sanggup bersama keluarga Si mati, dengan berpakaian 'baju guni' yang menutupi sebahagian muka dan turut serta menangis, akan diberi upah RM20 seorang (jumlah yang agak besar waktu itu).
Aku dan beberapa teman tergerak juga untuk ikut serta kerana gemarkan upah yang agak lumayan. Tapi hasrat kami terpaksa dibatalkan apabila seorang rakan yang agak tua menasihati kami bahawa orang Islam tidak boleh menyertainya. Biar pun masih kanak-kanak berhingus, walaupun begitu teringinkan wang RM20 namun tak ada seorang pun dari kami yang berani menerima tawaran tersebut.
Dari jauh kami beramai-ramai melihat upacara yang dilakukan. Terdapat juga beberapa orang dewasa, turut bersama kami.
Dalam riuh-rendah dan gemerencing gendang dan gong, serta raung tangis keluarga, mereka beramai-ramai berjalan mengekori kereta membawa peti mayat yang kami panggil 'long', kelihatan "Awang Pin" turut berada bersama-sama keluarga Si mati. Di tangannya terpegang 'buluh cina'. Awang Pin yang berperut boroi, seperti biasa hanya berseluar tapi tidak berbaju, berjalan sambil turut sama menangis dan meraung-raung.
Mulanya kami agak terkejut melihat Awang Pin. Bila memikirkan bahawa Awang Pin kurang siuman kerana menghidap 'down sindrom', kami hanya mampu tersenyum. Namun ada seorang dewasa, segara mendapatkan Awang Pin dan menariknya keluar. Awang Pin akur dan tidak membantah.
Mungkin walaupun kurang siuman, agaknya Awang Pin menyedari bahawa perbuatannya adalah salah dan kerana itulah ia dilarang.
Jom kita pi tenguk konsert Kedah Sejahtera
Oleh Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu
Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu mendesak pihak penganjur Festival Kedah Sejahtera supaya membatalkan hasrat mengadakan Konsert 60an seperti yang dijadualkan pada 25 Julai depan.
“Walaupun tidak ketahui secara jelasnya siapakah penganjurnya, namun kerana ia telah diluluskan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Kedah di bawah pakatan rakyat sudah pasti ia menimbulkan pelbagai persoalan, kata seorang aktivis PAS.
Festival Kedah Sejahtera tersebut akan berlangsung di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani pada 22-28 Julai depan.
Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu, Kaman Jaapar, “ kami rasa amat pelik dan terkejut.... bagaimana konsert 60an boleh diselitkan dalam acara Festival Kedah Sejahtera tersebut. Pada hal sebelum ini, PAS juga merupakan kumpulan ataupun parti yang mewakili rakyat menentang sebarang bentuk konsert yang bersifat melalaikan orang ramai”.
“Lebih memalukan..kami dari Dewan Pemuda kawasan-kawasan seluruh Kedah di minta untuk berkerjasama menyebarkan handbill-handbill tentang program tersebut kepada rakyat dalam kawasan masing-masing, katanya.
Katanya lagi, Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu telah memutuskan melalui Dewan Hariannya bahawa tidak mengedarkan handbill tersebut, di samping akan memboikot program Festival Kedah Sejahtera jika ia tidak mengikut lunas-lunas yang selari dengan ajaran Islam”.
Kaman berkata, walaupun tidak dinafikan ada juga program-program lain yang disediakan oleh penganjur di anggap baik serta berfedah kepada rakyat dan tidak melanggari ketetapan syarak, namun bukan bermakna program berunsur maksiat seperti itu boleh diadakan. Mencampur aduk antara tindakan baik dan tidak baik adalah sesuatu yang lari dari asas Islam”.
Sementara itu, Hj Hashim Abu berkata, Kerajaan Kedah tidak sepatutnya meluluskan ataupun tidak mengambil peduli langsung tentang program yang akan dijalankan. Sepatutnya sebelum mereka meluluskan sebarang program yang hendak dianjurkan oleh kerajaan ataupun pihak swasta hendaklah terlebih dahulu di lihat dari kacamata agama Islam”.
“Adalah kerajaan Kedah tidak ada peraturan-peraturan berkaitan hiburan supaya menjadi garispanduan oleh pihak penganjur, soalnya.
Katanya lagi, saya rasa amat kecewa dan malu, jika program konsert 60an ini diteruskan juga kerana ia boleh mencalarkan imej PAS sebagai sebuah parti yang memperjuang Islam, di samping ia gagal untuk membendung budaya yang tidak Islamik yang selama ini menjadi punca kerosakkan moral rakyat seperti yang dilaksanakan oleh Umno/Bn”, katanya.
Mengikut maklumat yang tertulis di dalam handbill yang diedarkan petang tadi bahawa pada 25 Julai akan diadakan Konsert 60an yang turut disertai oleh penyanyi di zaman tersebut yang terdiri A.Halim, L.Ramlie, J. Sham dan Live Band.
Hj Hashim menambah, dimanakah kewajarannya pihak penganjur Festival Kedah mengadakan program tersebut. Apakah mereka juga termasuk golongan yang masih keliru ataupun telah dikelirukan untuk membezakan yang mana satu hiburan yang dibenarkan oleh syarak ataupun sebaliknya”.
“Jangan kerana terdesak nak tarik orang ramai datang, pihak penganjur sudah terlupa antara yang halal dan haram. Mereka yang seperti ini perlu ditegur oleh Menteri Besar Kedah supaya ia tidak memalukan kerajaan dan PAS itu sendiri, katanya lagi.
Sementara itu Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu mendesak supaya pihak penganjur mengkaji semula semua program yang berunsur hiburan di Festival Kedah Sejahtera serta tampil memberi penjelasan tentang kewajaran mereka mengadakan konsert 60an tersebut.
“Kami (Dewan Pemuda) sama sekali tidak akan memberi kerjasama dan merestui program bersifat mungkar tersebut diteruskan, Kaman berkata.
Rabu, 15 Julai 2009
Komen dari dua Menteri Besar PAS
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkata kemerosotan majoriti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam ialah kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan oleh Barisan Nasional (BN).
Beliau siap memberikan dalil, "Sebagai contoh janji-janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu"
Maka oleh faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti berkenaan kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu.
Begitulah kata sahibul hikayat Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan.
Komen pendek:
Boleh terima ke alasan ni? Kalau betul pengundi-pengundi di Manek Urai terpengaruh dengan janji-janji tersebut, tentulah BN menang. Ini PAS yang menang, cuma majoriti berkurang.
Kenyataan MB Kedah:
Apa pula kata Menteri Besar Kedah? Kali ini sudah Azizan berterus-terang atau 'direct to the point', tidak lagi berkias atau bertamsil ibarat macam selalunya. Ustaz Azizan memberi kenyataan yang cukup mudah difahami.
Katanya, keadaan lalu-lintas atau suasana kesibukan pada hari mengundi di Manek Urai menyebabkan ramai pengundi luar tak dapat balik ke kampung untuk mengundi.
Komen panjang sikit:-
Kalau kita lihat kepada peratusan yang keluar mengundi di Manek Urai ialah sebanyak 87.3% iaitu jumlah yang agak tinggi dalam siri Pilihanraya Kecil di negara ini.
Macamana Menteri Besar Kedah seolah-olah mengatakan ada ramai lagi yang tidak dapat balik mengundi kerana kesesakan? Secara tidak langsung dapat dimengertikan bahawa cuti yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan turut menyumbang kepada kesesakan yang berlaku. Apakah ini baru pertama kali PAS bertanding dan tidak mengetahui suasana Pilihanraya Kecil yang selalunya sesak dan sibuk?
Katakanlah suasana pada hari mengundi tidak sibuk, dan pengundi luar semuanya dapat balik mengundi, adakah kesemua pengundi luar ini hanya akan mengundi PAS? Apakah jumlah undi rosak juga adalah yang mengundi PAS? Jadi alasan ini jugak kita boleh tolak.
Nasib baik tidak ada tuduhan dari mana-mana pemimpin PAS yang mendakwa bahawa BN dapat undi kerana pengundi hantu.
Menang pun buat 'post mortem'???
Yang menarik bagi saya ialah komen Datuk Husam Musa (mantan Naib Presiden PAS) kononnya kemenangan PAS adalah di luar dugaan kerana menyangka BN akan menang.
Beliau mendakwa sejak awal pihaknya menjangkakan calon Pas Mohd Fauzi Abdullah, 50, akan kalah dalam saingan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai.
"Kita jangka dia kalah tetapi menang. Kemenangan ini adalah kekuatan yang luar biasa. Kita bangga dengan kekuatan penyokong Manek Urai yang kuat ketahanan mereka,” katanya. Klik sini!
Kenyataan atau komen dari 'ikan luka' dalam PAS itu dibuat selepas keputusan Pilihanraya diumumkan. Tetapi semasa kempen berlangsung, lain pula yang kedengaran. Rata-rata pemimpin PAS dengan penuh keyakinan menyatakan bahawa PAS akan meraih majori besar, melebih 2,000 undi.
PAS mengumumkan untuk mengadakan 'post mortem' bagi mengenal pasti puncanya. Klik sini!
Kebiasaannya, mana-mana pihak yang kalah dalam apa-apa juga pertandingan akan mengadakan 'post mortem'. Pasukan sepak takraw negara yang kalah teruk di Bangkok baru-baru ini juga akan mengadakan post mortem. Post mortem selalunya dilakukan (dalam konteks pertandingan) untuk mencari punca kekalahan. Dalam hal ini, sepatutnya UMNO yang kalah, perlu mengadakan 'port mortem'.
Bila PAS mengumumkan untuk mengadakan 'post mortem', ertinya PAS sebenarnya mengaku mereka kalah di PRK Manek Urai. Kenapa PAS 'kalah” di PRK Manek Urai yang menjadi kubu mereka? Kita tunggulah hasil 'post mortem' yang akan dilakukan oleh PAS kelak.
Pilihanraya Kecil Manek Urai adalah ujian terbesar kepada DS Mohd Najib semenjak menjawat jawatan Perdana Menteri dan memperkenalkan konsep 1Malaysia. Jika sebelum ini DS Mohd Najib menghadiahkan 11 perkara kepada rakyat seperti yang diumumkan semasa genap 100 hari pemerintahannya, dan keputusan PRU Manek Urai adalah hadiah balas rakyat kepada DS Mohd Najib. Signal yang diberikan menerusi PRK Manek Urai menjadi petunjuk bahawa aura kepimpinan DS Mohd Najib diterima rakyat.
Pengundi Manek Urai telah membuat pilihan dan keputusan telah diketahui. PAS boleh tersenyum kerana menang tapi hati di dalam tetap menangis pilu mengenangkan sokongan dan undi yang merosot. UMNO juga boleh tersenyum kerana berjaya mengurangkan majoriti undi tapi hati di dalam tetap menangis pilu kerana sepatutnya BN boleh menang.
PAS dan UMNO tersenyum dalam tangisan!
Isnin, 13 Julai 2009
PEMUDA GERAKAN SOKONG GMI
Tidak menghairankan jika terdapat NGOs, atau parti-parti politik pembangkang menyertai gerakan yang membantah dasar atau amalan Kerajaan. Tetapi jika terdapat parti dalam Kerajaan turut menyertainya, tentulah amat pelik dan pastinya ada sesuatu yang tidak kena.
Pemuda Gerakan secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada GMI. Ketua Biro Khidmat Awamnya, Andy Yong berata, "Pemuda Gerakan akan menggerakkan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," Lagi….
Hujah atau alasan beliau untuk menghalalkan tindakan itu nanti kononnya (parti GERAKAN) beriltizam untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UHDR) 1948.
Tidak adakah pihak tertentu dalam BN, memberi kefahaman mengenai ISA kepada parti-parti komponen, sehinggakan ada darinya yang masih belum faham tujuan dan hasrat Kerajaan untuk mengekalkan ISA? Ataukah GERAKAN cuba bermain politik dalam isu ini untuk menguji ketahanan BN?
Barangkali Pemuda UMNO kurang upaya kerana kepimpinannya kini kurang bertaring, tetapi bagaimana dengan yang lainnya di dalam BN atau UMNO?
Jumaat, 10 Julai 2009
Bila orang PAS marah kat PAS....
Penulis Tamu - moniermatdin
Baru kejap tadi, waktu saya tengah dok kemas-kemas nak update blog bisness adik saya sorang tu, ada memba sms mai. Nama dia Apit, dok buat bendang di Paya Ketiau Padang Serai. Apit tulis:
"Kedah Sejahtera! Pdg Serai meraikan pembukaan Pusat Karaoke yang ke5. Kedai ekoq haram pun dah lebih dr jari tangan hanpa. Selamat Datang ke Kedah DarulMaksiat!"
Bulan lepas waktu Usrah PAS cawangan, bukan kata Apit tapi ramai lagi yg dok komplen tak puas hati pasal peningkatan pusat-pusat maksiat mcm yg Apit sms tu. Ada sorang Paklong tu lagi ceroi; dia kata:
"Sekali tu, saya tak tahan sangat dah, sebab saya dok tengok tauke (non-muslim) siber cafe tu bagi budak2 sekolah pakai uniform masuk, saya pi sendiri pi serbu masuk kedai tu, saya kata kat dia "Hang nak aku bakaq kedai hang ka?" Kelam kabut toke tu, saya habag kat dia saya kata "Kalau hg dok biaq budak2 ni masuk lagi, nanti aku kerah geng-geng tmn aku, kami mai ramai-ramai bakaq kedai hang. Hang nak??"
Saya pun tak tau nak kata apa, sbb saya ni pendidikan sekular, Apit dgn Paklong dan ustaz-ustaz dlm USRAH kami tu memang beranak-beranak dah dlm PAS dah, jiwa depa cukup mudah tersentuh bila org dok buat main-main dgn bab amar makruf nahi mungkar ni. Cumanya nak habag, saya rasa kalau ada YB PAS ka MB ka dlm USRAH mlm tu, mau boleh kena penendang dengan depa-depa ni, nak habag kata memang marah dan membara sungguh geng-geng PAS Pdg Serai dlm perkara ini.
Panjang lagi dia cerita versi org bukan Melayu (kaum bisness) mengenai kjaan PAS di Kedah ni khususnya MB kita. Antara yg sempat saya ingat, kawan saya ni kata:
"PAS ini bagus jadi pembangkang.....tapi pembangkang bab Agama saja lah, bab lain bab ekonomi apa-apa tak boleh pakai!" or lebih kurang mcm tu ayat dia.
Teruk juga jadi MB ini, di sebelah kanan ada org mcm Apit dan Paklong di Padang Serai nu, di sebelah kiri pulak ada org mcm kawan saya executive non-muslim kat shopping compleks tu. Kiri tak kena kanan tak kena. Celah-celah tu UMNO pulak tengah dok susun strategi mcm depa dok habag nu. Kalau hangpa jadi MB, mana hala hangpa nak tuju?
Pikiaq pikiaq sekali, jadi pembangkang lagi senang drpd jadi pemerintah noh! Tapi tat pa lah, untuk MB dan YB-YB PAS yg dok ada, kalian buatlah apa yg patut. Tuhan dah pilih tuan/puan dan tak pilih kami-kami kat bawah ini dok kat situ mesti ada sebabnya; jadi jalankanlah kerja dan tunaikanlah amanah itu dengan sebaik-baiknya. Kalian pasti lebih mengerti.
moniermatdin@yahoo.com
10.Julai.09
P.S:
Minta maaf pasai siar (petik) sebahagian saja daripada tulisan yang agak panjang ini. Kalau nak baca yang asli, klik pi tang ni!
Komen:-
Tak payah komen panjang kot! Peribahasa Cina kata "Cakap tak serupa bikin". Ertinya kalau nak bercakap memang senang. Modalnya gigi dengan lidah saja. Tapi nak bikin memang payah. Pasai kena guna akal.
Peribahasa India (bukan versi Karam Singh Villia) kata "Burung terbang, anjing pun nak terbang! Akhirnya kucing bertepuk tangan!". Jangan suka salahkan kerja orang lain. Bila kita buat dan gagal, musuh kita berseronok suka.
Peribahasa Melayu kata "Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul." Ertinya, melihat orang buat rasa senang. Bila kita buat sendiri, baru tau. Macam tenguk orang tanggung padi. Nampak ringan. Tapi bila bubuh atas bahu sendiri, bukan setakat melecaq bahu, habis sakit urat belikat. Jalan pun mengengkang macam lepas masuk jawi! Tidur malam beralih, bagi belakang kat bini!
Rabu, 8 Julai 2009
PPSMI DIMANSUHKAN 2012
Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.
Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.
Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.
Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu. Lagi....
Dipetik dari Malaysiakini
Komen:-
Itulah keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan seperti pengumuman oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Mahyudin Yassin selepas berlangsungnya Mesyuarat Kabinet siang tadi. Walaupun agak pahit, namun dek 1Malaysia - Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, maka PPSMI pun terpaksa dimansuhkan.
Usah kita berbahas panjang akan buruk baiknya PPSMI kerana selama ini kita telah sekian lama diberi ruang dan peluang untuk membahaskannya. Usah dikatakan keputusan ini sebagai kekalahan Kerajaan dan kemenangan pihak-pihak tertentu. Tiada siapa yang kalah dan tiada siapa yang menang. Yang berjaya ialah Bahasa Melayu kerana terus dimartabatkan sebagai bahasa rasmi atau bahasa utama negara Malaysia.
Yang diperkatakan ialah isu berkaitan dengan kepentingan dan hak-hak Melayu, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi Negara seperti yang tercatat dalam Perlembagaan. Yang akan mengundi di Manek Urai nanti juga adalah majoritinya Melayu.
Nak nafi apa lagi?
Selasa, 7 Julai 2009
KERANA BABI...MAHFUZ SANGGUP KELUAR PAS.
BUKTI KERATAN AKHBAR, MAHFUZ SANGGUP KELUAR PAS
Hari ni sebelum tulis entri lain, saya nak ucapkan syabas dan terima kasih kepada Megat Pisau (blog Pisau.Net) dan saudara Hambali (blog Rakyat Malaysia)kerana tidak meragui entri saya "Mahfuz Sanggup Keluar Pas" dan mereka pastekan di blog masing-masing.
Pagi tadi, selepas berhubung emel dengan rakan saya dari Terengganu tu, maka dia dengan susah payah pinjam kamera digital kawan untuk snap laporan asal dari paper Cina tersebut. inilah gambar yang membuktikan memang Mahfuz bercakap seperti yang saya tampalkan pada blog ini.
Menurut rakan saya itu, tulisan bold besar tu bermaksud, MAHFUZ:SAYA BERUNDUR DARI PAS. , manakala tulisan kecil sikit kat tepi tu pula ialah Jika Kedah Sekat Cina Makan Babi.
Memang sah, tak ada tipu-tipu lagi. semoga tercapai maksud kenyataannya itu dan semoga orang lain mencari erti dan tujuan di sebalik kenyataan tersebut.
JANGAN PREJUDIS, SEGALA YANG TERJADI ITU ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA. wasalam.
Komen:-
No komen!
Isnin, 6 Julai 2009
Nak pantun sikit
Buah pala di Pulau Pinang;
DAP lari dah
PAS masih sayang.
Buah pala di Pulau Pinang
babi di negeri Kedah;
Sapa kata PAS tak sayang,
nak rujuk, ada edah.
Babi di negeri Kedah
Buah pala di Pulau Pinang;
pasai dalam edah,
dok teriak sorang-sorang.
Buah pala di Pulau Pinang
babi di negeri Kedah;
sayang sayang buah kepayang
nak telan pahit nak kulum payah.
Tahniah DS Najib!
Pusat tak akan campur tangan hal ehwal negeri: PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Kerajaan Persekutuan tidak akan campur tangan dalam isu Kampung Buah Pala kerana perkara itu perlu diuruskan dan diselesaikan oleh kerajaan Pulau Pinang.
"Ini adalah perkara kerajaan negeri, tanah terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri, sepertimana yang anda tahu, jadi ia terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
"Sekiranya kami (kerajaan persekutuan) campur tangan, ia akan mewujudkan duluan penting bagi kes-kes lain, terdapat banyak kes lain sebenarnya, dan kami akan diminta campur tangan dalam kes lain juga," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah menara pejabat setinggi 50 tingkat Kumpulan Naza di sini. Berita penuh
Komen:-
Aku senang saja. Buat apa nak layan puak yang tak sokong kita. Baik kita bagi atau tolong bantu negeri-negeri yang sah sokong kita. Kalau bagi kat negeri dikuasai pembangkang, bukan depa nak terima kasih. Nak kutuk lagi ada. Nanti depa putar, kata itu memang tanggung jawab Kerajaan Pusat!
Bukti banyak sangat dah. Jalan tar merelit sampai rata kampung depa kata depa yang boh. Batas ban MADA boh tar pun depa yang buat. Bagus la macam tu! Lepas tu dok atas batas tar baru, tutuh pemimpin Kerajaan Pusat! Depa dapat nama, Kerajaan Pusat dapat maki.
Aku senang saja! Macam kita buat kenduri di kampung la..... Bila nasi dan lauk gulai semua masak, tentulah orang gedehoq macam aku ni kena rasa atau makan dulu. Lepas tu baru bagi orang kerja lain, macam bentara, tukang basuh pinggan, orang berhidang. Betul dak? Depa semua ni buat kerja, kena jamu depa dulu. Takkan nak jamu orang yang tak buat kerja dulu?
Kalau air secerek pun tak angkut, kayu sebatang pun tak kerat, pinggan sebiji pun tak pegang, kawah sikit pun tak tempuh..... mai dok cekak pinggang saja, komplen yang tu tak betul yang ni tak kena, lepas tu mai nak makan dulu? Banyak cantik! Jawapnya...... jamu keraklah. Tu pun nasib baik! Betul dak?
Kita bukan tak mau bagi depa makan. Tapi kena ikut gilir la. Hak kerja makan dulu. Hak dok cekak pinggang, makan lambat sikit. Semua kita bagi makan! Adil dak?
Soalan sama , jawapan berbeza
Di manakah Nasharuddin? |
Jul 6, 09 11:20am |
Nasharuddin tidak kelihatan walaupun pemimpin kanan PAS yang lain turun memberi sokongan kepada calon parti itu, Mohd Fauzi Abdullah, menyerahkan borang pencalonannya bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga mursyidul am PAS, mengetuai perarakan ke pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1.
Ketika ditanya mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata: "Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".
Nik Aziz berulang kali berkata beliau tidak tahu mengapa timbalan presiden PAS itu tidak hadir pagi ini. Nak sambung, klik tang ni!
Komen:-
Soalan yang diajukan kepada TG Haji Nik Aziz, Musyidul Am PAS senang saja. Dan TG Haji Nik Aziz pun jawab dengan mudah.
"Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".
OK!
Soalan yang sama ditanya kepada Presiden PAS, Haji Hadi Awang. Tapi Haji Hadi tak terus jawab tapi dia tanya balik " Mengapa (Datuk Seri) Najib (Razak) tidak datang? Itu biasa sahaja".
Lebihkurang macam nilah, 2+3 berapa? TG Haji Nik Aziz jawab 5!
Haji Hadi Awang tak jawab lima. Dia tanya balik 6-1 berapa?
Kenapa soalan sama, jawapan berbeza? Nak bagi markah pun payah.
Kalau tanya aku, jawapan aku senang saja. Yang seorang jawab pasai dia tak berkenan. Yang seorang lagi jawab pasai dia berkenan.
Sabtu, 4 Julai 2009
Ada emas di Tobiar?
Hari ni pula keluar berita (dan gambar) pasai emas tu dalam kebanyakan surat khabar, termasuk di dalam beberapa buah blog. Nak tak tulis pun, tangan rasa gatal. Elok jugak la. Nak tulis pasai babi pun, dah naik melugai.
Cuma aku yang melugai, ada orang lain tidur pun tak boleh, dok fikir kes babi ni. Telefon dok bunyi sampai tak larat nak jawab. Telan nasi tak pi. Telan air tak masuk. Bukan apa, pasai dok anggap benda ni remeh tapi sebenarnya bahaya lebih dari H1N!. Bimbang jugak kalau tidur, bangkit esok depa bagitau ada lagi katak yang lompat pasai terkejut kat babi. Sat ni kot ranap macam Pusat Cucuk Babi di Kampung Berjaya tu! Jangan dok mereka!
Betul ka ada emas di Kampung Jelutong tu? (Dekat kampung ni dulu terkenal dengan sebuah Kumpulan Ghazal Parti - Al Salwa? Aku dah lupa namanya. Datuk A Kadir Jasin atau Jeanbara ingat kot pasai tak jauh dengan kampung dia!) Betulkah apa yang penduduk kampung dok pi serbu cari dan katok tu, emas? Aku dibagitau bahawa dah ada beberapa orang penduduk yang bawa contoh pi ke kedai emas di Tanah Merah. Taukeh emas tu check, bagitau kata bukan emas. Depa tak puas hati, bawa pulak pi Pendang. Pun jawapan sama jugak.
Dan malam tadi pun aku tenguk, ada berita dalam sebuah saluran TV yang melaporkan bahawa ketul batu yang ditemui itu bukan emas.
Yang peliknya pagi tadi, tak dan cerah-cerah tanah, tak dan ayam keluar lau, tak dan menyorok (sarapan), dah berbodong-bodong depa serbu pi tempat tu. Hak dok menoreh pun tinggal pokok. Hak dok menyulam pun tinggal bendang. Hak dok meniaga pun tinggal kedai. Kalau selalu bangkit lambat, pagi ni bangkit sebelum bang subuh.
Memang betul ada yang nak pi tenguk. Tapi yang dok korek, katok ketul-ketul batu bagi pecah, pun ramai. Tak kan depa tak tau, yang depa jumpa tu bukan emas? Habis tu dok gagah cari buat apa? Katok pi katok mai, marton tu kena kaki ka, kena tangan ka, tak ka menerang kena bawa pi hospital pulak. Kes naya!
Tapi itulah orang kita ni, larang jadi macam dengan suruh! La ni biar pi kat depa la!
Cuma aku dok fikir sorang-sorang masa dok meneran tadi, aku rasa la kalau depa ni betul-betul nak cari emas, jangan cari di Kampung Penyarum. Jom ramai-ramai kita pi Telaga Emas.
Khamis, 2 Julai 2009
Seloka Babi
kisah terjadi di negeri sendiri
cerita dah riuh serata negeri
babi pula menjadi selebriti.
Dalam surat khabar atau di tv
berita disiar berulang kali
dalam internet riuh sekali
dahsyat lagi di kedai kopi.
Ada yang kutuk ada yang keji
ada yang puji ada yang maki
ada yang meloko berdiam diri
pasai dah dapat makan free.
Pasai babi kena ambik peduli
jangan dok hebat atas kerusi
silap haribulan tak dapat undi
kalah pilihanraya teriak balik guri.
DAP marah anjur demontrasi
sanggup berjemur di panas matahari
tenguk FRU mai dengan lori
depa tak hairan pasai dah mangli.
Dari pagi sampai tengahari
DAP dok halang tak bagi jadi
pekerja MBAS tak ambik peduli
pasai tak ada arahan MB.
Arahan Tilong depa patuhi
pesan Mat Cik Nai jangan lari
kalau kali ni pun kerja tak jadi
salah seorang mesti gila babi.
Jengkaut tak kira kayu dan besi
Habis disodok menyembah bumi
Bulldozer tolak himpun ke tepi
kering nanti boleh cucuh api.
Tamatlah sudah isu sensasi
penduduk sekitar senang hati
masuk tidur semerbak wangi
bangkit pagi pun tak bau babi.
Cuma DAP berkecil hati
ungkit habis perangai MB
apa diminta semua tak bagi
buat DAP macam anak tiri.
PAS buat onar dah banyak kali
DAP kata tak boleh jadi
lalu merajuk membawa diri
keluar pakatan kerana babi.
DAP sangka MB nak simpati
rupanya MB cukup keras hati
macam halau suruh pi lagi
pasai DAP tak kenang budi.
Dahsyat jugak isu kali ni
hebat dari selsema babi
pemimpin PAS tak sedap hati
takut hilang lagi satu negeri.
Azizan kata bergaduh laki bini
hari ini lari esok balik lagi
Anwar Berahim tumpang sekaki
salahkan media bagi publisiti.
Cerita seloka tak habis di sini
banyak lagi isu sensasi
salah silap harap diampuni
di lain ketika berjumpa lagi.
Pak Ku Shadat sudah pun mati
moga rohnya Tuhan rahmati
Cucu Tok Nadoq jadi pengganti
seni warisan sama dihargai.
Dari kepala otak:-
Ekeng a/l Etong
Cicit Tok Nadoq
2 Julai 2009.
7 Dalil pasai apa DAP Kedah tak keluar PR.
Jadi ka DAP Kedah keluar dari Pakatan Rakyat (PR)? Penyokong UMNO jangan seronok lagi. Penyokong PR pun jangan sedih lagi. Parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rapuh ni memang terkenal sebagai pelakon-pelakon drama. PAS cekap dalam Makyong. PKR dengan teater moden yang serba boleh. DAP pula ahli Opera Cina yang terkenal. Telah banyak kali kita tengok lakonan mereka sebelum ini.
Kenyataan Thomas Su, Pengerusi DAP Kedah “untuk keluar PR” nampak macam tak berapa nak ikhlas. Memang masa awal DAP berdemontrasi di Pusat Penyembelihan Babi Kampung Berjaya, DAP ingat Menteri Besar akan keluar arahan baru supaya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menghentikan operasinya. Tapi MBAS meneruskan juga operasinya dan akhirnya tamatlah sudah riwayat sebuah Pusat Penyembelihan Babi yang penuh kontroversi dan sekian lama menghantui penduduk Alor Setar.
Kenyataan Ustaz Azizan “kalau depa nak keluar, keluarlah!“ pun tak bersungguh. Ayatnya masih dok lekat kat rengkung. Nadanya macam orang tengah mengkelai dengan bini dan bini ugut nak balik rumah mak dia. Suruh tidak melarang pun tidak. Sayang kat DAP masih ada.
Isu sebenar DAP Kedah bukan sangat pasai Pusat Penyembelihan Babi yang dirobohkan tu. (Minta maaf – Tak boleh kata Pusat Penyembelihan. Mummy Rokiah kata – sejak bila babi disembelih? Kena kata Pusat Cucuk Babi). Lama dah DAP mengkelan dan dok taram kat Kerajaan PAS Kedah ni. Dah lama dah tapi tak pernah keluar dari mulut. Cara Thomas Su cakap pun kita boleh agak dah.
Dari segi teknikal aku rasa, DAP Kedah masih belum keluar dari Pakatan Rakyat (PR). Kena tunggu keputusan DAP Pusat dulu.
Jadi ka DAP Kedah keluar dari PR? Aku payah nak percaya. Aku ada 7 dalil untuk mengatakan 'TAK':-
Dalil kedua:- seperti kata Ustaz Azizan, DAP Kedah tak rujuk langsung kat DAP Pusat. Jadi DAP Pusat yang akan menentukan.
Dalil ketiga:- PAS akan pulun sedaya boleh tak mau bagi DAP keluar. Walaupun DAP cuma 1 kerusi dalam DUN Kedah tapi kedudukan PAS macam nyawa di hujung tanduk, pasti telah diambil kira oleh PAS. La ni pulak dok gah macam-macam pasai ada yang nak lompat keluar.
Dalil keempat:- Isu yang dibawa oleh DAP Kedah, membuktikan kaum Cina tak puas hati kat Kerajaan PAS Kedah. Ini juga satu lagi virus baru yang diakibatkan babi. Virus babi Kampung Berjaya ni berbahaya dan mudah berjangkit kepada orang bukan Islam lain di Kedah. PAS akan guna segala bomoh untuk cegah virus ni.
Dalil kelima:- Syeikh Anwar Ibrtahim belum masuk campur lagi. Peringkat Tertinggi PR belum buat mesyuarat. Bila Syeikh Anwar buka mulut, habis semua kecut telor, kena ikut.
Dalil keenam:- Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz belum lagi keluar fatwa.
Dalil ketujuh:- Kalau DAP Kedah tak rujuk DAP Pusat, dan PAS Kedah pun tak rujuk juga kat PAS Pusat, apa pun keputusan di Kedah tak boleh pakai. Semua kena tunggu Pusat.
Dan dalil PERTAMA sekali, macam aku sebut awal tadi, semua ni adalah pelakon bangsawan. Agak-agaklah, sapa jadi pengarah depa?
Rabu, 1 Julai 2009
Apa dah jadi... apa dah jadi...?
'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah
Gara-gara didakwa menconteng perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini. LAGI....
Berita kedua:-
Tiga lagi siswa UM dicari polis
Polis menjejaki tiga lagi suspek kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding sebuah dewan Universiti Malaya selepas dua pelajar diseret ke mahkamah hari ini. LAGI....
Berita ketiga:-
Tragedi di bilik asrama UTM
Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.
Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir. LAGI....
Komen ringkas:-
Mereka adalah generasi pewaris negara di masa akan datang. Mereka adalah dari kalangan remaja yang istimewa dan bernasib baik kerana berjaya menjejak kaki ke menara gading, sedangkan di luar sana, masih terdapat ribuan lagi remaja yang tidak berjaya.
Bagi mempastikan kejayaan mereka, tiada sebarang kerja (berat atau ringan) diwajibkan selama mereka menuntut. Tugas mereka hanyalah belajar dan belajar dan belajar.
Tapi apa dah jadi..... apa dah jadi....? Kesian ibu yang mengandung 9 bulan 10 hari. Kesian bapa yang berpuluh tahun membesarkan. Sedihnya, mereka sendiri tidak kesiankan diri sendiri.