Selasa, 30 Jun 2009

Betul ka ni?

Mulanya aku cadang tak mau tulis apa-apa pasai ni. Pasai aku ni bukan orang politik. Lagi pula aku tak pi ke majlis tu. Tua-tua aku ni pun, aku masih banyak kerja. Kalut tak tentu kalu. Tapi aku dah baca beberapa tulisan teman-teman dalam Blog masing-masing. Dah tau apa yang Tun kata dalam majlis tu.

Tapi bila terbaca tulisan ni Depa p mana? aku jadi gatal tangan nak tulis. Kata orang, nak tumpang semangkuk.

Kebetulan hari tu masa aku dan seorang kawan nak ke Bank, kami terjerembab dengan seorang ahli MUBARAK yang baru turun dari Bangunan UMNO. Kawan aku yang mengenalkan aku kepada 'brother' ni. Kawan aku bagitau, 'brother” ni bekas senator BN dan mantan seorang Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Kawan aku terus tanya dia, “ramai ka orang?” (Maksud kawan aku tentulah yang pi Majlis Ceramah Tun).


Si 'brother' ni buat muka 'welfare'. “Tak ramai”, kata dia sambil tarik muka bagi lebih kedut.


“Ya lah pasai majlis tertutup untuk orang UMNO saja”, jampuk kawan aku. Terus 'brother' ni potong dan bagitau, katanya jemputan dibuat kepada semua Ketua Cawangan, Pemuda dan Puteri Bahagian-Bahagian yang berdekatan Alor Setar.


“Depa tak mau mai, nak buat lagu mana”, katanya bersungguh-sungguh. “Nasi buat untuk 700 orang pun tak habis”.


“Betul ka tak ramai?” tanya kawan aku macam tak percaya.


Si 'brother' angkat bahu dan perhati ke arah aku. Aku gagah juga senyum, nak ambik hati dia.


"Ih no... nampak sangat orang la ni tak suka kat UMNO!", tambah 'brother lagi.


Aku tumpang terkejut berok bila dengar ayat akhir 'brother' ni. Hangguk tidak, geleng pun tidak.


Tapi kawan aku cepat menyampuk, “bukan orang tak suka kat UMNO tapi orang tak suka kat pemimpin UMNO”.


Tak dan pun bersalam, 'brother' tu terus ke kereta anaknya yang sedia menunggu. Aku tak perasan samada dia dengar atau tidak apa yang dikatakan oleh kawan aku. Tapi aku yakin dia dengar.


Isnin, 29 Jun 2009

Babi Lagi....!

Semarak Babi: BN Menangguk Kesempatan

Oleh: T.T TING

http://www.blogacause.com/blogacause/resources/actanonverba/pig-lipstick.jpg
Babi ni dok tunggu apa akan jadi 1hb Julai ni...

Hari ini ialah hari terakhir. Mohamad Che Nai, Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) antara saki baki jentera bekas Menteri Besar DS Mahdir Khalid (MK) sedang ‘merintih kaki dan tangan’ tidak sabar lagi untuk melepas geram kepada rumah sembelih di Kampong Berjaya. Sepanduk dinaikkan oleh MBAS untuk menarik perhatian orang ramai, menggantikan notis perobohan yang biasanya ditampal. Hati sebahagian orang cina sekitarnya sakit dan pedih melihat gelagat MBAS. Apa yang tidak dibuat di zaman BN, nak dibuat di zaman PR. Mereka juga hendak berpolitik. Politik Babi!.

Politik Babi

Terdesak dengan prestasi lembab Barisan Nasional (BN) di Kedah, babi pula jadi bahan meraih populariti dan propaganda. Apalah nasib babi, sering berguna kepada BN yang nyawa-nyawa ikan untuk bernafas semula, biarlah dengan nafas berbau babi, asalkan dapat hidup menentang Pakatan Rakyat semula.

Sejak sebulan lalu, isu rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya Alor Setar panas dan kelam kabut. Sejarahnya bermula 30 tahun lalu sewaktu kawasan itu belum dibangunkan dengan deretan premis perniagaan seperti sekarang. Dua tiga penyembelih (pemborong) babi mendirikan bangsal untuk menghentak kepala dan mencucuknya hingga mati sebelum dijual sebagai lauk. Tidak dapat dipastikan dari mana bekalan babi hidup diperolehi. 30 tahun dulu Kedah diperintah oleh BN. Tiada apa-apa yang berlaku sehingga kawasan itu dimajukan dan komplen mula kedengaran sekitar tahun 1990-an.

Exco dari BN yang pernah memegang portfolio Kerajaan Tempatan yang bertanggungjawab ke atas MBAS (Majlis Daerah Kota Setar) ialah Dato’ Bashah yang kebetulan juga adalah Adun kawasan terbabit. Dalam kes terbaru, Bashah akan mengapikan sentimen orang Melayu (UMNO) untuk menghentam kerajaan kerana membiarkan rumah sembelih itu. Demontrasi akan diadakan jika rumah itu tidak diroboh. Dia akan ambil kesempatan untuk menunjukkan taring politiknya yang hampir tercabut. Rumah sembelih itu adalah sebahagian talian hayat politik Dato’ Bashah.
Nak tau lebih lagi, klik tang ni

Komen pendek:-

Kesian kat Datuk Bashah. Tak pasai-pasai depa kata dia nak cari kesempatan politik atas isu babi di Kampung Berjaya. Yang aku tau, tak renti-renti dia perjuang masalah tu sejak zaman BN perintah dulu lagi. Aku pernah pi satu majlis perjumpaan Datuk Bashah dengan penduduk Kampung Berjaya dan Telok Yan. (Bekas Pak Mentua aku orang situ la!) . Sakan jugak majlis tu. Depa hentam dia kiri-kanan. Sampai ada yang ugut tak mau keluar mengundi pun ada kalau Pusat Sembelih Babi tak diubah.

Aku nampak dari air muka Datuk Bashah, dari cakap dia, dari pengakuan dia, aku yakin Datuk Bashah memang ambik berat perkara tu. Mesti dia kena bagi perhatian pasai penduduk di keliling Pusat Penyembelihan Babi tu adalah terdiri dari pengundinya. Orang kata, dia ikhtiar habis riang.

Dato' Paduka Ahmad Bashah

Tapi nak pindah Pusat Penyembilan Babi tu bukan semudah nak ubah lau ayam, atau ubah dangau buruk atau nak ubah jamban. Kena ambik kira dari segenap penjuru.

Tak pa la. OK. Kita pendekkan cerita.

Kalau dulu BN perintah Kedah. La ni PAS pula dipilih oleh rakyat untuk perintah Kedah. Sebagai sebuah Kerajaan yang menjanjikan Kedah Sejahtera dan pemerintahan adil yang berpegang kepada Islam, tak payah banyak bercakaplah dalam isu babi ni. Sekarang adalah masa untuk bertindak. MBAS dah sinting lengan. Harap-harap tak ada pula 'arahan' dari Kerajaan.


Tempoh sebulan dah habis. Jom kita tenguk sapa pulak nak kena!

Ahad, 28 Jun 2009

Nazri berdebat dengan Nik Aziz!

NAZRI AZIZ DEBAT DENGAN NIK AZIZ. SAMA HEBAT!!!




Nazri, Zambery atau Mashitah terima cabaran Nik Aziz


Pemimpin pertama yang terimbas dikepala saya bersedia berdebat dengan Tok Guru Nik Aziz ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Mohamad Nazri Aziz. Dato Najib tak perlulah layan cakap dan terima cabaran. TGNA bukan level Perdana Menteri.
Gambar: Dato Seri Mohamad Nazri. Tokoh UMNO yang paling layak berdebat dengan Nik Aziz

Nazri boleh dianggap mewakili Najib kerana Nazri dari JPM. Sama taraf lah tu. Atau jika ambil kira jawatan TGNA sebagai MB Kelantan, taraf MB Perak pun layak juga berdebat dengan TGNA. Zambery lulusan UIA dan pernah jadi lecturer tentu berkemampuan berdepan dengan TGNA dalam isu ugama.

Jika perlu sangat seorang pendakwah yang hebat, tahu soal ugama, kenapa tidak Dato Mashitah? Lebih menarik TGNA lawan debat dengan seorang wanita? Menterinya Dato Jamil Khir kita simpan dulu sebagai reserve.

UMNO jangan terlalu defensif berdepan dengan PAS. UMNO mesti bersedia untuk menyerang juga. Ini memberi keyakinan kepada anggota parti bahawa UMNO masih bersemangat dan bersedia berdepan dengan siapa sahaja. Jika Ahmad Shabery berani berdepan dengan DSAI takkan tokoh hebat seperti Nazri dan lain-lain semudah itu memberi kemenangan moral kepada Nik Aziz?

Nak panjang lagi baca tang ni

Komen pendek:-

Aku perasan kalau DS Zambery atau Dato' Mashitah tak begitu sesuai berdebat dengan TG Haji Nik Aziz. Tambah-tambah perempuan cantik macam Dato' Mashitah!

Tapi kalau kata Datuk Seri Mohd Nazeri Aziz, memang layak. Memang sesuai. Aku sokong. Cuma nampak tak sepadan, orang muda lawan orang tua. Aku perasan macam kata orang Kedah, tak dan sekali air.... tersungkur dalam bon. (Tu kalau lawan boxing)

Kalau lawan berdebat pun aku perasan macam tu jugak. Cuma aku yakin seratus-peratus, saheh TG Haji Nik Aziz tak berani. Pasai dia tau dah penangan Nazri ni. Tapi TG Haji Nik Aziz akan bagi alasan macam ni,

"Buat apa lawan debat dengan budak berhingus macam tu? Buang masa saja."


Itulah jawapan yang paling sesuai untuk TG Haji Niz Aziz.


Jumaat, 26 Jun 2009

Inilah kelebihan PAS....

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Negeri Pahang Mimpi Jumpa Nabi

Picture+112

Pengerusi kelab penyokong PAS Pahang, Balakirsnan telah memberitahu Ustaz dato` Tuan ibrahim bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Ustaz dato` Tuan ibrahim bertanya bagaimana dia boleh tahu bahawa individu yang datang berjumpa dengannya didalam mimpinya itu adalah baginda Nabi Muhammad s.a.w.?

Balakirsna memberitahu Ustaz dato` Tuan ibrahim bahawa individu yang dilihat didalam mimpinya itu memakai serban dan berjubah dan mengakui bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w. dan baginda Rasulullah s.a.w lalu memberikan satu nama muslim kepadanya.

Kalau nak tahu lebih lanjut, bacalah tang ni!


Komen:-

Hebat! Hebat! Memang hebat orang PAS ni. Baru-baru ini tersebar berita mengenai seorang Imam di Manik Urai, Kelantan mengatakan kalau perhati/tenguk gambar Tuan Guru Haji Nik Azizi pun sudah dapat pahala. Yang ini pula, bukan ahli PAS, tapi Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang, bukan beragama Islam tapi HINDU, namanya Balakrisnan bermimpi berjumpa Nabi Besar Muhammad S.A.W.

Berita ini telah banyak hari aku jumpa. Tapi aku tak berani nak buat komen. Nak tunggu komen atau reaksi orang lain. Aku memang ragu-ragu. Nak tak percayakan pun kejadian ini diceritakan oleh Yang Dipertua PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam salah ceramahnya lalu dimuatkan dalam Blog shabat kita ni.

Kemudian empunya Blog berkenaan memperincikan pula, bahawa kejadian tersebut adalah tidak mustahil dengan diberikan beberapa dalil daripada Hadis Nabi. Malah beliau sendiri rasa terkilan serta cemburu sebab sebagai seorang pengganut agama Islam beliau tak dapat bermimpi berjumpa Nabi, sedangkan Si Balakrismam Hindu jadi Pengerui Kelab Penyokong PAS dan belum Islam sudah dapat mimpi jumpa Rasulullah! Itulah keistimewaan PAS!


Agak-agaknya lah.... kalau nanti bila terdapat orang Islam lain, katakanlah orang UMNO, bermimpi serupa, boleh percaya ke? Kalau orang PKR rasanya mungkin. Tapi orang UMNO....?


Rabu, 24 Jun 2009

Mat Sabu Tolak Dato'

pemimpin rakyat

Tolak gelaran Dato’ …………….

Dalam sibuk2 orang nak muqobalah dan kerajaan perpaduan……ramai orang/ahli PAS marah……sebab tak setuju dengan nak bergabung atau nak berbaik2 dengan umno…

Saya mendapat berita…… Hj Mohamad Sabu telah menolak tawaran untuk mendapat Dato’ untuk ulangtahun TYT Penang yang akan datang nie……

Ini bukan kali pertama rupa2nya….

Ini kali kedua beliau menolak tawaran penganugerahan Dato’ dari TYT Penang…..

Walau sebenarnya cuma Penang sahaja yang ingatkan kat dia…… negeri lain yang PAS perintah jangan harap…

Walaupun sebenarnya ….itulah prinsip beliau kerana…Dato’ tiada membawa apa2 makna di dunia ni…..beliau berkata begitu, setelah merujuk kepada para ustaz dan ulama ….kerana hidup di dunia ini yang penting ialah mencari “Mardho Tillah…..” bukan nama atau pangkat, disamping keikhlasan untuk berjuang…..

Bak kata Mat Toi juga…….” semua dunia tu…….”

Prinsip pemimpin PAS lain……ha ha …..awak dan saya tahu


Komen:-

Demikian berita yang aku terbaca di
http://pemimpinrakyat.blogspot.com/

Bagus dan mulialah hati insan seperti Mat Sabu.

Ikut Pemimpin Rakyat yang empunya blog tu, ini bukan kali pertama Mat Sabu tolak anugerah dari TYT Penang.

Mungkin banyak kali dah kot? Hairan juga macam mana Pemimpin Rakyat dapat tahu semua ni? Selalunya anugerah-anugerah macam ni rahsia. Pada Hari Keputeraan baru dihebahkan. Mungkin Pemimpin Rakyat ni ada cable baik punya.

Kata Pemimpin Rakyat, cuma negeri Pulau Pinang yang bukan diperintah PAS, ingat dan hargai jasa Mat Sabu. Tapi negeri-negeri yang diperintah PAS iaitu Kelantan dan Kedah, macam tak iktiraf jasa dan sumbangan Mat Sabu.

Bukan macam tu! Sebenarnya di negeri lain yang diperintah PAS, depa kena bagi kat orang-orang depa dulu. Depa kena tenguk orang keliling depa. Habis orang depa, baru giliran orang luar. Betul dak?

Memang betul seperti tulisan Pemimpin Rakyat. Mat Sabu bukan pemimpin yang berjuang untuk rebut gelaran dan pangkat. Mat Sabu berjuang bukan kerana nama. Semua tu duniya....

Kalau betul apa yang ditulis oleh Pemimpin Rakyat, aku setuju dengan pendirian Mat Sabu. Ada anugerah ini payah. Kena jaga status dan standard. Kalau tak ada Dato' macam sekarang, senang sikit. Nak buat apa pun bebas. Makan-minum kedai catok orang tak kisah. Pakai baju cap pagoda dengan kain pelikat cap gajah pun orang tak kata apa. Naik kereta cabuk pun orang tak peduli.

Apa lagi Mat Sabu orang politik yang lantang bersuara. La ni tengah laku. Nak hentam sapa boleh. Nak tutuh sapa pun tak pa. Tapi kalau ada Dato' payahlah sikit. Tak gitu ka?

Selasa, 23 Jun 2009

Makeup bagi lebih

Ada kawan tanya pasai apa aku selalu tukar rekaletak blog. Dulu fesyen lain. La ni tukar fesyen lain pulak dah. Siap dengan renungan, seloka dan pantun pulak lagi.

Senang saja aku jawab. Makanan pun kalau nak bagi ada selera, kena tukar-tukar lauk. Kalau tiap-tiap hari temenung rebus, nak buka mulut pun segan. Tapi kalau buat gulai ka, goreng ka, asam pedas ka, sambal tumis ka, boleh gagah. Nak sedap lagi kalau sekali sekala tukar lauk, ikan tamban kiat atau anak selangat kering atau temenung lengat atau gelama masam, pun boleh pi tiga empat pinggan!

Cicit Tok Nadoq ni dah tua melandoq, pipi pun dah keredot, bangkit pun kena terkesot-kesot, jalan pun terhencot-hencot. (Cewahhh jadi macam boria la pulak) Kenalah selalu makeup nak bagi orang berkenan. Kena selalu lumur minyak atar. Kena selalu telan ubat dan minum tonik nak bagi kuat. Minyak angin jangan bagi putus. Periuk tanak akar kayu jangan bagi kering. Urut pun jangan lama berselang. (Bab perangat ubat tanak, bab urut-mengurut ni, jangan dok harap kat Tok sangat. Tok tak berapa suka kalau kita terlebih kuat. Maklumlah! Tua-tua ni pun Tok mudah cemburu.)

Apa pun kita buat, kena ubah-ubah. Kena tukar cara atau gaya. Tak boleh satu cara atau satu gaya. Kalau dulu gaya kuak lentang, la ni cuba pula gaya kuak bebas atau gaya kuak kupu-kupu atau cuba gaya berani Mat Rempit angkat tayar motor depan. Kena cuba semua baru kita tau mana yang lebih selesa.

Kalau selalu di atas pun tak baik jugak. Sekali-sekala kena turun merasai keperitan orang bawah. Orang bawah pun sekali sekala ingin juga merasa nikmat bila jadi orang atas. Janganlah dari dulu, kini dan selamanya tak berubah-ubah. Bahaya! Kena ingat ooo, bila-bila masa boleh terbalik kuang!

Apa pun syukur, Alhamdulillah Tuhan masih bagi akal waras kat Cicit Tok Nadoq. Cicit Tok Nadoq belum nyanyok. Masih boleh berfikir mana yang baik mana yang buruk. Mana yang betul mana yang tipu. Mana yang temberang dan mana yang auta. Kalau dah nyanyok, kencing berak tak ketahuan hala, Cicit Tok Nadoq tutup buku!

Wallahu aqlam bissowab!

Isnin, 22 Jun 2009

Hai lah Nasib.....!

Start petang tadi sampai malam ni.... sampai esok.... lusa..... tulat.... tungging..... tungging buyung.....(lepas tu apa lagi haa?), riuh pasai Pakatan Rakyat tolak gagasan Kerajaan Perpaduan. Confirm! Pi la tang mana pun, saheh isu ni paling top. Sebelum ini pun dah riuh-rendah merata ceruk. Di luar nu pun bertengkar sakan. Dalam internet ni pun perang sakan.

Punya hangat isu ni, hinggakan Tok Guru Nik Aziz yang penyabar tu pun hilang sabar dan naik syeikh, marah dan minta Ustaz Nasaruddin dan kuncu-kuncu masuk UMNO. Bukan marah main-main. Marah sungguh-sungguh! Kalau budak kecik, saheh kena jentik sampai terkeluar air kencing.

Teringat marah Tok Guru, macamlah marah pak kat anak yang buat salah besar. Oleh terlampau marah, pak sanggup halau anak suruh keluar dari rumah. Mak masuk sabar pun pak tak peduli. Dengan-dengan mak kena jerkah. Marah pak sampai ke malam. Tidur pun beralih belakang bagi kat mak.

Nasib baiklah anak tu cerdik sikit, badan kecik tapi akal jenuh. Anak pun tak lari keluar rumah. Kalau anak lari sungguh, baru mak ayah nak teriak balik guri! Tapi entahlah labu! Nasib Ustaz Nasaruddin lepas ni nak jadi kot mana. Dalam Mesyuarat petang tadi pun dia tak bersama. Yang saheh, malam ni pak tentu tidur tak bagi belakang kat mak. Connfirm! Bimbang kot kot mak la pulak buat perangai, kalih belakang kat pak....

Ahad, 21 Jun 2009

SN DATUK SHAHNON AHMAD

Nak tumpang tanya sikit na? Datuk Shahnon Ahmad lagu mana? Sapa tau tolong cerita sikit no.

Aku tanya ni bukan pasai apa, pasai dah lama aku tak dengar cerita bekas MP PAS Kawasan Sik ni? Dah lama juga aku tak dengar dia tak ulas atau bagi komen pasal politik. Nak kata dia keluar dari PAS tak patut sangat pasai kalau tak silap aku, dulu dia isytihar diri jadi ahli PAS seumur hidup. Dan Tuan Guru Haji Nik Aziz pun suka kat Datuk Shahnon, pernah pertahan Datuk Shahnon masa heboh pasal novel "SHIT" dulu.

Masa riuh-rendah seluruh negara pasai PPSMI pun aku tak dengar suara pengarang novel Ranjau Sepanjang Jalan ni. Kalau ada Datuk Shahnon ikut berdemontrasi, atau ikut sama bekempen, tentu keluar gambar dalam surat khabar atau dalam TV. Boleh jadi jugak aku terlepas pandang. Atau boleh jadi perjuangan seorang tokoh sasterawan macam Datuk Shahnon akan terlihat dalam karya-karyanya nanti.

Atau mungkin Datuk Shahnon dah pencen politik? Boleh jadi juga Datuk Shahnon nak rehat, nak duduk senang-lenang dengan keluarga, tak mau ambik peduli lagi bab-bab politik. Atau boleh jadi, dalam sengap-sengap.... Datuk Shahnon kembali aktif mengarang. Alhamdulillah!

Beginilah yang dikatakan manusia, mudah berubah-ubah. Hari ini suka, esok dah tak suka.
Seorang lagi Sasterawan Negara yang dulunya tak minat berpolitik ialah Datuk A. Samad Said. Tapi ikut kata Datuk A. Samad Said, dia bukan berpolitik atau memasuki mana-mana parti politik. Apa yang dilakukan selama ini ialah berjuang supaya kerajaan menarik balik PPSMI. Dan Datuk A. Samad Said tidak akan berganjak atau berhenti dari perjuangannya selagi PPSMI tidak dihapuskan. Dalam mempastikan hasrat dan perjuangannya berjaya, Datuk A. Samad Said akan menggunakan apa juga cara yang dihalalkan, termasuk menggunakan platform politik.

Datuk A. Samad Said turut sama berdemontrasi menentang PPSMI. Sanggup berada di pentas politik bagi menyuarakan perjuangannya. Hingga sekarang Datuk A. Samad Said masih gigih dan kerap kali muncul di pentas PAS atau PKR. Datuk A. Samad Said tidak berkempen politik, cuma menyuarakan perjuangannya mengenai isu Bahasa Melayu.

Macam mana pun aku harap dan selalu mendoakan agar Datuk Shahnon terus sihat dan terus aktif berkarya bagi memajukan kesusasteraan bangsa. Aku teringin nak baca novel Datuk Shahnon tentang pengalamannya menjadi ahli politik PAS.

Ahad, 14 Jun 2009

Tok Long Chin sapa haa?

Hujah Anwar Pasai Pa di benarkan Chin Peng pulang...

Atas dasar perikemanusiaan, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu," katanya dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi hari ini.

"Sejarah kita kena dilihat secara objektif dan (kita) ambil sikap peri kemanusiaan. Yang sudah sudahlah, kita kerja," kata Anwar, sambil menyifatkan isu komunis dimainkan media pro-pemerintah.



Tersentot
kepala aku bila dengar kata Pak Syeikh Anwar nak suruh Tok Long Chin dia balik mai ke Malaysia. Dosa Tok Long Chin bukan besar sangat.... sikit cet!!! Sekerat kuku pun tak dak. Jadi patut sangatlah dosa Tok Long Chin diampunkan dan kita semua rakyat Malaysia lupakanlah apa juga kekejaman dan kesalahan yang dilakukan oleh wira bangsa tu.

chin peng and communist malaya








Betullah kata DSAI tu, atas dasar kemanusiaan, kita ampunkan semua orang yang buat salah dan buat kerja terkutuk. Dan atas dasar kita juga sebagai manusia dan manusia tak sunyi dari berbuat salah, pun kita ampunkan semua orang yang buat salah.

Apa lagi yang pernah buat salah atau buat kerja terkutuk tu pulak, orang yang reti hukum dan pandai agama. Boleh bagi ceramah agama dan boleh baca khutbah dalam masjid. Ayat Quran dan hadis meniti atas mulut.

Tapi dalam kes
Pak Long Chin ni, dia tak jahil hukum dan buta agama pasai dia komunis. Komunis mana ada percaya pada agama? Tapi pasai kita nak jaga hati anak-cucu dan suku-sakat Pak Long Chin untuk bantu kita dalam politik, kita ampunkanlah Pak Long Chin. Nanti kita sambut kepulangan Pak Long Chin dengan tepak sireh, tepung tawar dan paluan kompang, siap dengan bacaan doa pulak lagi. Fulamak.... baru betul-betul sambutan sebagai wira bangsa!!!

Teringat kat aruah pak penakan aku yang ditangkap bintang tiga semasa depa dapat memerintah selama 3 hari. Ikut cerita mak penakan aku, lakinya ditangkap sebelah malam oleh sekumpulan orang Tok Long Chin dan dibawa ke Paya Mengkuang lalu dibunuh. Dari kampung aku saja, lebih sepuluh orang yang ditangkap bintang tiga dan tak balik-balik hingga kini. Tak taulah kot kot Tok Long Chin boleh ikhtiar bawa balik depa.

Tu belum ambik kira abang aku sendiri yang kena tembak oleh anak buah T
ok Long Chin kat Gubir. Kakinya cedera dan tidak sembuh hingga sekarang Sampai sekarang (dah lebih 30 tahun) tak boleh berjalan betul. Berubat merata tempat tapi tak lega jugak. Tak taulah kot kot bila Tok Long Chin balik mai ke Malaysia, DSAI boleh bawa Tok Long Chin pi berubat kaki abang aku bagi lega.

Sabtu, 13 Jun 2009

Manohara Odelia Pinot

JAKARTA 11 Jun - Manohara Odelia Pinot menghangatkan lagi bantahan mengenai isu Ambalat apabila menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, semalam.

Isteri kepada Tengku Temenggong Kelantan yang mendakwa didera oleh suaminya itu menyertai demonstrasi anjuran Laskar Merah Putih membantah kononnya kapal Tentera Laut Diraja Malaysia menceroboh perairan Indonesia di Ambalat, Laut Sulawesi.

Dengan bersemangat, Manohara, 17, dalam bahasa Inggeris meminta kerajaan Indonesia bersikap tegas menangani isu blok Ambalat.

"Tanah Ambalat mutlak milik kita," kata Manohara yang berbaju Laskar Merah Putih dan berteriak dari dalam kereta Toyota Alphard di depan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia yang terletak di Jalan HR Rasuna Said.

Dalam pada itu peguam Manohara, Farhat Abbas memberitahu, Manohara akan membuat laporan kepada Kementerian Luar Indonesia minggu depan tentang penderaan yang dilakukan oleh suaminya itu.

Laporan polis itu, jelasnya, bagi membolehkan aduan dibuat di Ibu Pejabat Polis Indonesia dan seterusnya dipanjangkan kepada Polis Diraja Malaysia.

Menurut Farhat, Manohara yang turut memiliki kewarganegaraan Amerika Syarikat juga akan ke kedutaan negara itu di Jakarta, esok untuk membuat aduan tentang kes yang sama.

"Dia kan juga warganegara Amerika. Kalau Indonesia tidak mampu membantu, kita ke Amerika," katanya seperti dipetik Detiknews hari ini.

Beberapa hari ini, media Indonesia menyiarkan kesan luka dikelar pada tubuh, dada, paha dan punggung model jelita itu hasil daripada pemerikaan perubatan yang telah dibuatnya.

Pemeriksaan air kencing dan darah turut dilakukan bagi membuktikan dia pernah disuntik dengan ubat-ubatan seperti didakwanya. - Utusan

Komen:-

Aku dok agak dah!

Sejak mula berita tentang kekecohan rumahtangga Manohara dan Tengku Temenggong Kelantan tersiar di akhbar Malaysia, aku macam tak berapa percaya. Nampak macam ada sesuatu yang tak kena. Mungkin ada udang di sebalik mie. Atau ada tujuan lain yang cuma Manohara seorang saja yang tau. Tidak beberapa lama selepas itu, tersiar berita di akbar-akhbar Malaysia (berserta gambar) menunjukkan bahawa tiada apa yang berlaku dalam rumahtangga mereka. Maka keyakinan aku makin bertambah bahawa ada sesuatu yang tak betul.

Dan bila Manohara lari balik Indonesia dan terus dedahkan berita penderaannya kepada media, masih aku rasa ada tujuan di sebaliknya. Kemudian bila tersiar berita kehadiran Manohara dalam tunjuk perasaan mengenai isu Ambalat di depan Kedutaan Malaysia di Jakarta, aku yakin sungguh-sungguh bahawa bekas model ini ada maksud lain.

Tujuan Manohara buat semua ni sebenarnya bukan untuk meraih simpati masyarakat Indoensia tetapi untuk mencari publisiti murahan. Sebelum berkahwin, Manohara hanyalah model biasa yang tidaklah begitu top atau terkenal. Mungkin apa yang diimpikan hasil dari perkahwinannya dengan kerabat Diraja Kelantan itu tidak tercapai. Lalu menyesal dan ingin kembali bebas dan ingin terus hidup dipenuhi glamour sebagai model.

Bukan mudah untuk kembali memulihkan imej "janda" agar kembali popular. Mau tidak mau, jalan pintas perlu dicari. Hanya dengan kembali ke Indonesia dan kemudian diberikan publisiti secara murahan, akan melonjak populariti Manohara. Barangkali selepas ini, beliau akan banyak menerima tempahan untuk menjadi model atau dilamar berlakun dan menjadi artis.

Namun tidak sepatutnya beliau mengambil kesempatan mengenai apa yang menimpa ke atas dirinya dengan menyertai tunjuk perasaan bersabit isu Ambalat. Mungkin selepas ini akan ada lagi tindakan lain daripada Manohara.

Sewajarnya isu peribadi Manohara diselesaikan mengikut lunas undang-undang kerana kedua-dua negara mempunyai undang-undang yang menjaga kepentingan rakyatnya. Manohara tidak sepatutnya mengambil tindakan sendirian sebelum proses undang-undang diambil. Apa lagi kini Tengku Temenggong Kelantan melalui Peguamnya telah membuat laporan polis. Berilah ruang untuk pihak berkuasa di Malaysia (juga Indonesia) membuat siasatan bagi membuktikan benar tidaknya dakwaan Manohara. Apa pun tindakan Manohara yang hanya menyebelahi dan membetulkan diri sendiri hanya akan memburukkan keadaan dan hubungan kedua-dua negara.

Telah banyak kes-kes penderaan yang lebih dahsyat melibatkan rakyat Indonesia di Malaysia atau kes yang melibatkan rakyat Malaysia di Indonesia, telah dapat diselesaikan menurut lunas diplomatik.

Rabu, 10 Jun 2009

PI MAI PI MAI MACAM TU LA JUGAK

40 peratus untuk PKR. 30 peratus untuk PAS. 30 peratus untuk DAP.
Itu bentuk agihan kontrak pengurusan sisa pepejal yang didakwa diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor.
Dakwaan itu dibuat oleh seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sebuah portal berita tempatan.
Dan susulan dakwaan itu Pemuda UMNO Selangor membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat perkara tersebut.
"Kita (Pemuda) mahu supaya SPRM menyiasat perkara ini. Pada pandangan kami, amalan seperti ini tidak telus dan mempunyai kepentingan tertentu," kata Ketua Pemuda Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali.
Di Selangor juga ada cerita ini…
Pada 2007, Kerajaan Selangor telah membuat keputusan agar Dewan Orang Ramai Kaum Cina yang didirikan secara haram atas tanah perkuburan orang Islam dipindahkan segera ke Tanah Perkuburan Cina disebelahnya.Malangnya apabila kerajaan Pakatan Rakyat menang pilihan raya 2008 bagi memerintah negeri Selangor, keputusan itu dibatalkan. Sebaliknya persatuan orang Cina yang mendirikan dewan tersebut secara haram dikehendaki membayar pampasan kepada MAIS.Menurut sumber, EXCO telah mengarahkan tanah perkuburan Islam seluas empat ekar (termasuk tapak dewan tersebut) dijual kepada kumpulan ini. (Nak baca sepenuhnya, klik tang ni)
Itu di Selangor.
Di Pulau Pinang pula ada cerita yang tak kurang menariknya. Ia mengenai dakwaan berlakunya penyelewengan berhubung pengambilan tanah kampung berkenaan bagi tujuan pembangunan.
Penduduk kampung berkenaan, melalui Pertubuhan Penduduk Kampung Lorong Buah Paladi telah membuat laporan kepada SPRM cawangan Pulau Pinang mengenai perkara itu.
Mudah-mudahan di Kedah tak dak la cerita macam ni na…

Mat Cincang

KLIK
Posted by jeanbara at 9:15 AM

Komen:-

Inilah jenis politik yang menjadi amalan pada sekelompok masyarakat Malaysia yang mengaku dirinya saja betul. Tenguk apa pun pada satu sisi saja. Tak perhati kiri kanan dah. Pandang belakang jauh sekali. (Takut bila ternampak, geram sendiri!) Bila orang lain buat, depa kata salah. Tapi kalau depa buat, ok, tak pa! Kalau depa menang, depa kata adil. Bila depa kalah, depa kata tak adil. Kalau boleh kat orang, depa kata Masya Allah. Bila boleh kat depa, depa kata Alhamdulillah!Cuma yang aku dok mengkelan, kalau betul nak perjuangkan kebaikan dan ketelusan, janganlah kita sekali-kali menghampiri apa jua kemungkaran. Melakukannya jauh sekali. Usahlah jadikan alasan, ala.... dia pun manusia biasa!Ayat akhir Mat Cincang "Mudah-mudahan di Kedah tak dak la cerita macam ni na…" aku tak berapa sedap dengar. Dalam beberapa blog yang aku tersesat masuk, ada juga cerita-cerita ni. Di luar pun ada orang dok bercakap. Lama mana boleh tutup?Apa pun kita tunggu tenguk, apakah penutupan Pusat Penyembelihan Babi di Kampung Telok Yan/Kampung Berjaya dalam Bandaraya Alor Setar akan menjadi kenyataan. Atau akan ada lagi memo dari tangan gabai pada saat-saat akhir kepada Pengurusan MBAS. Hidup Tilong!!!! Sabai dii????

Selasa, 9 Jun 2009

Infaq

Menghadiri Majlis Perkahwinan

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah bersama isteri Datin Paduka Hizam Ahmad Awang (kiri), Timbalannya Ir Muhammad Guntur Mansor Tobeng (dua'kanan)dan Setiausaha UMNO Bahagian itu (kanan) menghadiri majlis kenduri di beberapa buah kampung dan taman sempena musim cuti sekolah.

Ahmad Bashah menerima 150 undangan majlis kenduri kahwin selepas mengistiharkan sumbangan 500 biji telur ayam dan 50 kilogram beras kepada orang ramai di dalam bahagian itu yang ingin mengadakan kenduri kahwin.
(La... semua segak-segak. Sapa yang kahwin ni?)
Komen:-

Hebat! Hebat! Kalau seorang terima undangan kenduri hingga 150 majlis, memang hebat. Nak boleh pi sehari paling kurang 20 buah rumah. Tu pun balik malam tidur tak beralih ke mana. Jenuh panggil orang mai mengurut.
Mungkin akan ada orang kata, undangan tu tak berapa ikhlas pasai sebenarnya depa tu nak kan sumbangan YB. Dato' Paduka Ahmad Bashah - 500 biji telor ayam dan 50 kilogram beras. Ikhlas atau dak, itu soal dalaman. Soal niat. Sapa pun tak boleh baca apa yang ada dalam kepala dan hati perut seseorang, hatta doktor pakar yang pakai teleskop canggih. Kerja tu kerja Tuhan!

Ada pula orang kata, nak hairan apa pasai YB Dato' Bashah banyak duit. Orang kaya. Kalau betul YB Dato' Bashah tu kaya, banyak duit, Alhamdulillah. Baguslah! Kita kena syukur dan tumpang seronok pasai dia pun saudara Islam kita juga. Kalau bangsa kapiaq kaya miliana, pernah ka kita dok cemburu atau mengutuk? Kita kena bangga kalau orang Islam kaya, tak hidup melarat atau papa kedana kerana tak dak duit.

YB Dato' Bashah seorang pemimpin. Alhamdulillah juga pasai walaupun dia banyak duit, YB Dato' Bashah tak jadi Haji Bakhil. Orang lain boleh tumpang sama. Ni nak mai bulan puasa ni, kanji pulak. Ingat aku.... sumbangan kanji YB Dato' Bashah dah lama dah..... Orang yang dok makan kanji YB Dato' Bashah pun perasan beribu-ribu orang dah.

Ada juga orang (Islam) kaya, sekupang pun kita tak boleh rasa, itu pun kita tak patut nak kutuk. Sebab kita tak tau derjat amalan/ kebajikan yang dia buat. Itu pun kerja Tuhan. Kita yang jahil ni janganlah dok tebiang nak masuk campur kerja Tuhan. Kerja mudah hak Tuhan suruh kita buat pun kita tak larat nak buat, macam mana nak campur kerja Tuhan pulak! Pakat-pakat buat kerja kita sudahlah no!

Lagi satu aku agak, mereka yang mengundang YB Dato' Bashah tentulah orang dalam kawasannya saja. Kalau dok tang lain atau buat kenduri tempat lain, tak kan gamak kot nak buat muka tebal minta kat YB Dato' Bashah. Carilah orang lain pulak...

Aku harap pemimpin lain pun yang Islam tu (jangan kiralah parti apa pun), yang ada duit-duit lebih, buatlah infaq/kebajikan sama. Bahagian dunia kita dapat. Bahagian akhirat pun kita dapat. Insya Allah! Janganlah dok pulun isi temoloq kita saja.

Mudah-mudahan YB. Dato' Bashah dimurahkan lagi rezeki, dipanjangkan umur dan panjangkan juga..........?

Insya Allah!


Ahad, 7 Jun 2009

Kalau UMNO Kucing, PAS apa ya?

Umno macam kucing, kata MB Kedah

SHAH ALAM, 7 Jun: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno umpama kucing, "baik di depan tetapi awas di belakang kita dia akan curi ikan kita."

Azizan berkata demikian ketika membuat ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 55 dekat sini hari ini.

"Menjadi perangai kucing juga dia akan berak di mana-mana sahaja hatta atas sejadah sekalipun," kata Azizan yang disambut gelak ketawa perwakilan
dan pemerhati muktamar.

Namun, Azizan berkata, "kita tetap masih boleh runding dengan Umno ni."

Azizan berkata, sehingga hari ini, Umno masih berusaha untuk mencuri Adun PAS dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah.

"Mereka tidak berhenti dari membuat kerja ini," kata Azizan.

oleh Siasah

Komen:-

Memang betoi kata Ustaz Azizan tu, UMNO macam kucing.
Boleh berkawan tapi tak boleh harap. Dulu pernah juga Ustaz Azizan ibaratkan UMNO macam merang. Merang suka koyak pukat. Bukan setakat ambik ikan. Tapi merang koyak pukat bagi lingkup. Lepas ni Ustaz Azizan nak samakan UMNO dengan binatang apa pulak lagi ya?

Kata Ustaz Azizan lagi, kucing berak merata. Bukan setakat atas sejadah dia berak Ustaz oiii. Atas katil tempat kita dok bergelumiang dengan bini kita pun dia berak. Itulah binatang uang namanya kucing! Tapi yang hairannya, ramai orang sayang kucing. Ramai yang ambik kucing bela. Bagi makan sedap-sedap. Bagi mandi pakai sabun wangi dan syampoo mahal. Tempat tidur kucing pun elok. Ramai bela kucing buat kawan. Sanggup dakap dan dukung merata. Ada yang sanggup cium lagi. Ada setengah orang sayang kucing lebih pada sayang kat manusia. Hairan sungguh!

Musuh tradisi kucing ni apa haa? Rimau? Lembu? Kambing? Ayam? Itek? Dak kot? Perasaan hak dok bermusuh turun-temurun dengan kucing ni ....

Mangsa kucing pula? Saheh la tikus.

Jumaat, 5 Jun 2009

Turun ke bawah?

Man Tok Din cukup pantang mokalu dengar kawan-kawan sebut phrasa begini. Salah. Tak betul. Tak ikut nahu atau tatabahasa Melayu. Orang yang mengaku dirinya Melayu tak patut guna ayat begini. Bagi Man Tok Din, mokalu sebut turun, tak payah lagilah nak tambah ke bawah. Memang turun ertinya pergerakan sesuatu dari atas ke bawah. Mana boleh turun ke atas? Begitu juga dengan naik. Cukup mokalu sebut naik saja. Tak payah tak tambah ke atas. Sebab orang faham yang naik semuanya ke atas. Lojik juga pandangan Man Tok Din. Dia bukan profesor atau tokoh atau pakar bahasa. Man Tok Din cuma tukang gerau (tukang masak) di gedehoq masa musim kenduri. Oleh kerana orang kampung pun sekarang ni buat kenduri pakai kontrak atau 'catering', maka peranan Man Tok Din dan krewnya pun makin hilang. La ni orang lebih kenal Man Tok Din sebagai kaki gebang kedai kopi. Sentuh topik apa pun, agama, bendang, kebungetah, sawit, ekonomi atau politik, akta atau enekmen, dalam atawa luar negara, semua Man Tok Din boleh masuk daun. Tapi banyak juga yang Man Tok Din bercakap benda lojik. Macam istilah tadi, turun ke bawah, naik ke atas. Memang ada lojiknya. Lojik pun mokalu terbit atau keluar dari orang bawah, payah juga orang nak atas nak pakai.

Hari ni aku sekeluarga pi makan kenduri aruah di Merbok. Masuk hari ini, bermakna empat harilah bini aku gantung periuk pasai tiap-tiap hari ada kenduri. Minggu depan lagi jujuh. Maklumlah musim cuti sekolah la ni, semua pakat kalut nak buat kenduri. Maka tengahari tadi aku pi lah sembahyang Jumaat di masjid Kampung Bendang Dalam. Lepas sembahyang bagi salam kini kanan, ternampak kelibat macam Dato' Tajul Urus Md Zain, Ketua UMNO Bahagian Merbok yang sebelum Pilihanraya Kecil Bukit Selambau, pendapatnya sedikit kontroversi sebab mahukan calon UMNO yang bertanding. Memang sah, sebelum nak keluar masjid, aku nampak dia berjabat salam dengan ramai orang. Habis bersalam, aku nampak dia dah nak beredar. Sampai kat kaki lima masjid, bersalam pula lagi dengan jemaah yang memang dok tunggu Dato' Tajul. Aku perasaan, dekat setengah jam, baru dia dapat keluar dari masjid.

Dari masjid aku terus ke rumah kenduri. Lepas tu nampak Dato' Tajul datang. Tak sangka pula kenduri aruah pun dia nak datang! Lagi-lagi aku tak sangka, sebagai Ketua UMNO Bahagian, Dato' Tajul seorang diri. Ke masjid seorang diri. Pi makan kenduri seorang diri. Tanpa ada juak-juak, tanpa ada 'langau-langau' yang mengekori.

Lama juga Dato' Tajul kat rumah kenduri. Sakan bergebang dengan orang kampung. Ramai yang ambil peluang jumpa dia, berbisik macam-macam. Dari jauh aku dengar banyak juga perancangan Dato' Tajul untuk UMNO Bahagian Merbok. Tak kisahlah!

Pejam celik pejam celik, baru aku terfikir, ini agaknya pendekatan baru UMNO di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib yang mahukan UMNO turun ke bawah. Dalam konteks ni aku rasa, kalau kata UMNO turun, tanpa tambah perkataan ke bawah, rasa pelik, janggal dan boleh bawa makna lain. Mungkin aku kena rujuk balik dengan Man Tok Din. Aku nak bagitau kat dia, bahawa ada masa, ada ketika, kita boleh guna phrasa turun ke bawah. Contohnya dalam konteks program UMNO turun ke bawah.

Agak-agak Man Tok Din boleh terima dak?

Innalilla hi wainna ilai hirajiun!!

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita dikembalikan!

Celik-celik mata pagi tadi, aku terima SMS dari seorang kawan memberitahu bahawa bekas (mantankata orang sekarang) Exco Kerajaan Negeri Kedah dan bekas ADUN Tunjang, Dato' Haji Hanafi Ramli telah kembali ke Rahmatullah. Masa aku telefon nak bagitau kematian ni kat Man Tok Din, dia kata kali ni Bang Pi mati batul. Pagi-pagi Man Tok Din dah buat lawak. Aku hairan dan tanya pasai apa dia cakap macam tu? Kata Man Tok Din, kan ka masa Pilihanraya Kecil Pantai Merdeka dulu, pernah gempar khabar angin mengatakan Bang Pi mati? Betul! Aku masih ingat bagaimana orang jadi kelam kabut dan cempara masa tu. Aku kerenyih saja!

Ada kawan aku kata, minggu ni minggu orang mati. Aku kata balik kat dia, mati ni tak dak hari, tak minggu, tak dak bulan. Kalau Tuhan nak ambik nyawa kita, dia tak kira masa. Fikir dan renung-renungkanlah!

Kelmarin dulu pun pula (hari Rabu) seorang tokoh yang disegani di Pendang, Allahyarham Tuan Haji Jasin Tahir iaitu ayahanda kepada Dato' A Kadir Jasin juga telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham aktif dalam politik dan orang kuat Persatuan Penanam Padi Kedah bagi Kawasan Pendang. Aku sempat juga ziarah jenazahnya. Allahayarham yang dipanggil Pak Njang Jasin,
rapit juga dengan aku.

Jenazah Allahyarham Dato' Hanafi atau lebih dikenali sebagai Bang Pi, akan dibawa pulang dari HSB Alor Setar ke kediamannya di Tunjang. Bang Pi memang seorang tokoh yang disegani. Bermula dari bawah, menapak menjadi seorang kontraktor/usahawan dan ahli politik yang berjaya.
Sedikit sebanyak aku akui, belajar dan amat terhutang budi dengan Allahyarham Pak Njang Jasin dan Allahyarham Bang Pi.

Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Allahyarham Dato' Haji Hanafi Ramli dan keluarga Allahyarham Tuan Haji Jasin Tahir! Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin! Amin!! Amin!!!

Khamis, 4 Jun 2009

Sila oo sila!!!

Mula-mula sekali aku nak minta ampun dan minta maaf banyak-banyak kat adik kakak yang tersesat masuk blog ini. Sila ooo sila!!! Mokalu tetamu mai rumah, jangan peduli kenal atau tak kenal, jangan kisah samada tetamu tu diundang atau tak undang, kita kena layan. Tetamu kena jaga dan rai sama rata. Panggil depa masuk ke dalam rumah. Kena jamu air hangat atau mokalu sampai kob makan, kena jamu nasi. Jangan tunjuk lekeh! Masuk waktu sembahyang, suruh depa sembahyang dalam bilik tidur kita. Kalau tetamu jantan, bagi kain pelikat. Mokalu tetamu betina, bagi kain batik. Kain yang kita tak pakai lagi, kalau boleh yang dok ada cap lagi. Mokalu dah merelop, semawa depa tidur. Tetamu kena rai. Apa depa nak buat pun jangan kata apa. Jangan larang pasai depa tu tetamu. Itu pesan Tok Wan aku (Tok Nadoq). Itu yang depa tinggal sebagai pesaka - bersopan-santun, berbudi-bahasa, merendah diri, malu-alah. Harta dan duit ringgit depa tak tinggal pasai semua tu boleh cari sendiri.

Tapi Tok Wan aku pernah bisik kat aku, layan tetamu pun ada takat. Hormat tetamu pun had. Depa kena hormat kita. Depa kena reti adat budaya kita. Tetamu tak boleh bebas sampai nak bergajah berkuda dalam rumah kita. Mokalu depa buat onar, bagi celaru-celara atau bagi haru-biru, masa tu boleh kita ligan dengan kepala penyapu atau hambat dengan batang cangkul. Biar bagi depa lari sampai tak cukup tanah. Aku pun selalu dok ingat pesan Tok Wan aku tu.

Maaf la pasai guna bahasa dialek Kedah. (Nak buat macamana pasai dari dok dalam bedung (macam kain lampin) sampai dekat-dekat nak masuk kain kafan, dok bercakap Kedah siang malam pagi petang. Keluar mai pun dari perut orang Kedah. Ayah orang Kedah. Bini orang Kedah. Pak mentua orang Kedah. Cuma mak mentua orang Perlis pun cakap Kedah juga. Tok Wan, Tok Njang, Tok Cai aku pun orang Kedah juga) Tapi sebelum depa, mai pada mana tah la! Tak pernah selongkar cari asal-usul. Boleh jadi mai pada Benua India tapi kulit aku tak gelap. Boleh jadi dari Benua Cina tapi mata aku tak sepet. Mokalu kata mai pada Arab, perasan dak kot. Pasai nama aku tak mula dengan Syed. Tapi mokalu tenguk pada nama, confirm depa kata aku keturunan Siam. Wallahu aqlam bissowab!!!

Sebenarnya lama sangat dah aku dok cadang nak buka blog sendiri. Tapi sapalah aku ni? Mampu takat dok bergebang di kedai kopi atau di balai lintang masjid. Merapu tak ketahuan hala. Ilmu tak ada, baca pun malas. Mengaji takat Darjah 6 Sekolah Melayu. Masuk sekolah pondok pun pasai Tok duduk di pondok.Aku teringat kata Man Tok Din, nak buka blog di internet bukan macam buka blok menoreh getah. Jangan tiru orang. Orang buka gerai goreng pisang, kita pun buka. Orang jual air tebu, kita pun jual air tebu. Orang meniaga MLM, kita pun meniaga. Orang buat bisnes, kita pun buat bisnes. Orang gulung tikar, kita gulung kain dok melilau kot rumah.

Betul juga kata Man Tok Din. Hari ni buka blok kat internet, masuk seminggu ok. Masuk sebulan ok. Dua bulan ok lagi. Masuk bulan ketiga, KO! Sapa nak baca tulisan hang, tanya Man Tok Din. Fikir punya fikir, tak jadi buka blog. Baik merayau kat blog orang. Tekoh naik syeh, tumpang semangkuk bagi komen.

Bila aku jumpa Chin Lepat Liat, bersembang pasal blok ni, aku kerenyih tak kering gusi. Otak pun pusing balik 360 darjah. Kata Chin Lepat Liat, mokalu dok dengar cakap orang, lama-lama depa buat kita jadi arang. Tambah-tambah dengar cakap orang luar, lama-lama tinggal seluar. Jangan dok peduli kat orang, kata Chin Lepat Liat. "Orang yang ada Phd, yang Prof, yang ada ijazah, yang Tan Sri, yang Dato' dah berlunggok depa tulis dalam blok depa. Tu pandangan depa yang pandai dan ada ilmu. Tulisan dan pandangan dari otak orang bodoh macam hang, pun orang nak juga. Hang buka blog. Mesti ada orang baca. "

Betul ka kata-kata Chin Lepat Liat??