Ahad, 25 Oktober 2009

Mengenal Mentaliti Pembangkang - II

Keratan Blog Tok Guru yang memuatkan saranan Nik Aziz.

Ketua Dewan Ulamak PAS, Harun Taib dengan tegas dan yakin menyatakan bahawa dia tidak percaya bahawa Nik Aziz membuat saranan supaya PAS mengadakan EGM bagi membersihkan parti tersebut. Antara lain Harun Taib memberi alasan, tidak mungkin orang semulia Nik Aziz akan membuat kenyataan begitu. Ekeng sangat-sangat berharap agar Harun Taib nantinya tidak pula menafikan kenyataan tersebut.

Sebelum ini sudah menjadi perkara biasa bagi pemimpin PAS yang terlajak atau tersilap mengeluarkan kenyataan dan kemudiannya menarik balik dengan berbagai alasan. Antaranya termasuklah kenyataan dari Nik Aziz sendiri.

Kalaulah seorang pemimpin atau KETUA yang memimpin 'ulamak-ulamak' PAS sendiri tidak percaya dan menganggap tulisan di dalam Blog Tok Guru iaitu Blog resmi Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan itu, betapa pula 'ulamak' yang lain dalam Dewan Ulamak PAS? Apatah lagi ahli-ahli PAS yang tidak sebanyak ilmu para 'ulamak' PAS? Apa lagi penyokong-penyokong PAS di kampung Ekeng?

Itulah mentaliti pembangkang yang taksubkan pemimpin.

Khamis, 22 Oktober 2009

Mengenal Mentaliti Pembangkang.

Seronok juga Ekeng jenguk dalam Blog kawan Ekeng Depa Kata. Riuh-rendah depa bergebang pasai mentaliti pembangkang. Bila bergebang tu, maklum saja la. Ada yang sokong. Ada yang bangkang.

Ekeng pun tumpang sekaki. (Tapi sebenarnya Ekeng masih ada 2 kaki no!) Ekeng ni macam anak murid Pak Ku Shadat. Banyak juga belajar dari aruah. Dalam memberi pandangan di Blog Jeanbara tu(Jeanbara ni tak reti menyanyi pun!) maka Ekeng pun berselokalah:-

Tak sangka! Memang tak sangka;
Buah cempedak jadi buah nangka;
Cabai burung jadi cabai melaka;
Nak pi Nami terlajak sampai Naka;
Pemimpin depa kata betui belaka;
Pakat angguk kepala semacam pokka;
Dulu tembun la ni tinggai rangka;
Dok kena tipu sampai ke tua bangka;
Janji syurga tapi lepas ke neraka;
Baru semua pakat padan muka!

Isnin, 19 Oktober 2009

Mahfuz Jadi Duta Produk?


Mungkin ramai yang tak kenal siapakah dalam iklan di atas sebab gambarnya kurang jelas kerana Ekeng pakai kamera koman. Maklumlah kamera tikam!

Apa pun Ekeng angkat topi kat YB Mahfuz! Walau pun dah jadi tokoh terkenal dan orang penting dalam PAS, jadi Wakil Rakyat iaitu Ahli Parlimen Kawasan Pokok Sena, namun YB Mahfuz masih sanggup melakukan apa saja demi membantu rakyat di kawasannya. Gambar di atas menunjukkan YB Mahfuz dalam iklan mempromosi makanan tradisi Melayu, dengan aksi menunjukkan kehebatan "lemang"!

Lepas ni Ekeng nak cari YB Mahfuz untuk jadi model dalam iklan dalam wayang kulit Ekeng. Tapi awal-awal Ekeng nak bagitau... tanpa bayaran!

Ahad, 11 Oktober 2009

Aku dok kata dah...!


"Sapa menang?" Tanya Tok Mo sebaik saja kami melangkah masuk ke rumahnya.

Ekeng malas nak layan. Tok Mo ni bukan reti sangat pasai politik. Kami mai kali ini pasai ada hajat lain. Kob yang paksa, ajak Ekeng mai pasai nak minta tolong Tak Mo.

"Tan Sri Isa Samad!" Tiba-tiba Kob yang menjawab bagi pihak Ekeng. Mungkin Kob nak ambik hati Tok Bomoh sebab dia ada hajat nak minta tolong dengan Tok Mo.

"Haa!!!" tempik Tok Mo agak kuat. Macam jerkah menghalau anjing masuk rumah. Ekeng terkejut. Kob juga terkejut. Airliur Tok Mo yang merah menyala bekas mengunyah sireh pinang, tersembur keluar.

"Aku dok kata dah!" sambung Tok Mo dengan nada meninggi. "Aku kata menang, confirm menang!"

Ewah, angkat ekor pulak! Ekeng semakin meluat tenguk kehelan Tok Mo yang mendabik dada. Kalau Ekeng tak suruh Tok Mo 'tenguk' hari tu pun, memang Tan Sri Isa boleh menang. BN menang pasai Bagan Pinang kubu kuat BN dan Tan Sri Isa Samad pula calon paling sesuai.

Haa tidak, huu pun tidak. Ekeng diam tak kata apa. Cuma Kob yang menganggguk-angguk macam pokka, mengiyakan kata-kata Tok Mo.

"Hari ni nasib baik Tok tak posa. Tapi bini pulak pi nat Changloon, tak balik mai lagi! Tak boleh makan kopi la nu Ekeng ooi!"

Pun Ekeng tak jawab apa satu. Ada sesuatu yang tergantung dalam kepala Ekeng, berat macam batu. Cuma menunggu ketika untuk bagitau kat Tok Mo.

"Hang mai kali ni ada hajat apa pulak Ekeng?" tanya Tok Mo.

Waktu yang dinanti telah sampai. Ketika yang ditunggu sudah tiba. Tapi mulut Ekeng masih terkunci rapat. Berat untuk memberitahu pada Tok Mo.

"Kami... kami ada hajat Tok. Nak minta tolong!" Kob yang gelojoh terus menjawab.

"Nak minta tolong apa? Tok bukan boleh bagi projek apa satu cek oi!"

"Kami... kami... nak minta nombor ekor Tok oi!" Tanpa malu tanpa segan, Kob terus memberitahu pada Tok Mo.

Kob memang gelojoh. Bercakap langsung tidak berkias atau berbunga. Langsung tidak berlapik atau bermukaddimah. Tapi, dada Ekeng tiba-tiba saja rasa lapang bila tenguk Tok Mo tersenyum tanda faham. Kepala yang berat pun turut menjadi ringan.

"Lama dah ka dok tikam ekor ni?"

"Lama dah Tok oi tapi tak pernah kena!" jawab Kob. Ekeng memang tak tau apa satu pasai ekor. Bab judi, Ekeng memang jahil. Kalau perkara lain boleh tahan tapi judi minta simpang malaikat 44.

"Ooo lama dah dok tikam ekor. Tapi tak pernah kena nu?" Tok Mo angguk-angguk dan geleng-geleng.

"Ya Tok! Pasai tu kali ni kami mai nak minta tolong kat Tok Mo!" Kob menokok-tambah dengan suara merayu.

"Macam ni!" kata Tok Mo sambil mengalih punggung supaya duduknya lebih selesa. "Kalau dah lama dok tikam ekor tak kena, balik nanti cuba tikam bawah dari ekor! Haa confirm kena!

Kob perhati muka Ekeng. Ekeng tenguk muka Kob. Tok Mo mengangguk-angguk penuh yakin. Mungkin kali ini pun betul kata Tok Mo!

Rabu, 7 Oktober 2009

Tok Bomoh Kata Isa Samad Boleh Menang di Bagan Pinang.

Gambar Hiasan dari www.tokekedai.net.my

Ekeng cukup-cukup mengantuk. Nak celik mata pun tak larat. Tapi Ekeng gagah juga sengkang mata, celik luas-luas pasai nak buat posting ni.

Sebenarnya Ekeng baru saja balik kampung kat Sempadan sana. Tak habis lagi beraya dengan adik-beradik. Masa di kampung tiba-tiba saja Ekeng teringat nak pi rumah Tok Mo (Orang kampung Ekeng panggil Tok Bomoh dengan Tok Mo). Tok Mo tu satu bangsa macam Ekeng juga. Nama Siam tapi tak reti cakap Siam.

Walaupun diperintah PR tapi mini tar ke rumah Tok Mo baru saja diturap. Masih dok merelap. Hitam berkilat. Kalau malam bila kena cahaya lampu kereta Ekeng, nampak merelit macam belakang ular senduk. Tak tau sapa yang buat jalan tu tapi PRlah yang senang-senang dapat nama.

Sampai saja di rumah Tok Mo, Ekeng terus masuk dan duduk atas tikar mengkuang yang disediakan. Tok Mo pun kata kat Ekeng dalam dialek Siamnya, "Ih kesian la kat hang Ekeng oi. Hang mai kali ni, tak boleh makan tak boleh nak minum la. Pasai hari ni Tok posa" Sambil bercakap Tok Mo mengunyah sireh pinang dalam mulut. Bibir mulut Tok Mo merah menyala macam darah ayam kena sembelih.

Tok Mo meludah keluar. Air liur merah pekat Tok Mo yang berlendir campur gelema, jatuh betul-betul dalam kasut kulit Ekeng. Tok Mo senyum. Ekeng pun gagah juga senyum walaupun dalam hati geram mendidih.

Tok Mo cepat-cepat tanya hajat kedatangan Ekeng. Ekeng pun terus bagitau. "Sebenarnya Ekeng nak suruh Tok Bomoh tolong 'tenguk' sapa yang akan menang dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang 11 Oktober nanti?"

Tok Mo angguk dua tiga kali tanda faham. Tok Mo pun kemudian menyalakan lilin sambil membaca jampi yang Ekeng tak ketahuan buah butirnya. Dengan muka serius dan sambil mengangguk-angguk kepalanya yang botak, Tok Mo bagitau kat Ekeng, "Kalau ramai yang bagi undi kat Tan Sri Isa Samad, saheh BN akan menang di Bagan Pinang. Confirm!"

Ewah ewahhh! Sakan juga Tok Mo ni, boleh cakap orang puteh! Kata Ekeng dalam hati sambil menahan mulut supaya tidak terpecah gelak besar.

Melihat keseriusan Tok Mo, Ekeng benar-benar percaya dan yakin sungguh-sungguh dengan apa yang Tok Mo bagitau. Lepas hulur wang pengkeras sebanyak 25 bath, Ekeng pun segera minta diri. Sua saja kaki ke dalam kasut, Ekeng rasa lendir dan tengkuk terus geli-geleman. Cepat-cepat Ekeng masuk dalam kereta. Ekeng terus balik ke rumah dan nak buat posting apa yang Tok Mo 'tenguk' tadi.

Tiba-tiba baru Ekeng terfikir dan tadinya terlupa untuk bertanya pada Tok Mo,"Kalau ramai yang bagi undi kat calon PAS, BN boleh menang juga ka?"

Ahad, 4 Oktober 2009

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim Berbohong


Kenyataan I: Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayob mendakwa Ketua Putera Umno hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semalam.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.Bagaimanapun, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez. Malah, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Kenyataan II:
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa insiden Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk semasa penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang semalam dicetuskan oleh penyokong PAS berdasarkan pakaian.

Menteri Besar Kelantan itu berkata pakaian (seragam) adalah dalil atau bukti yang tidak boleh diterima. "Sebab pakaian seragam sekarang boleh dibeli di mana-mana, malah uniform polis, tentera boleh dibeli untuk digunakan atas sesuatu tujuan atau niat mereka," katanya.

Kenyataan III: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mendakwa ditumbuk penyokong parti pembangkang semalam, mengalami kecederaan tisu lembut.

Abdul Azeez berkata, beliau dimasukkan ke HKL selepas muntah-muntah dan pitam di rumahnya di Subang Jaya sekembalinya dari pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, Negeri Sembilan.

Komen Ekeng:-

Salahudin Ayob mengatakan bahawa Datuk Abdul Azeez berbohong dan sebenarnya tidak dipukul - memang betul Datuk Abdul Azeez tidak dipukul tetapi ditumbuk. TG Haji Nik Abdul Aziz pula semacam mengaku insiden yang berlaku ke atas Datuk Abdul Azeez - cuma bukan oleh penyokong PAS kerana dalil pakaian (seragam) yang dipakai tidak boleh diterima.

LU FIKIRLAH SENDIRI....!