Bergebang pasai hak kemarin.... hak kemarin dulu.... hak kemarin dulu balik sana.... hak kemarin dulu balik sana lagi.... hak kemarin dulu balik sana nu......!
Isnin, 14 Februari 2011
Ala Cina....
Ekeng terkejut beruk bila sampai di depan Masjid Rantau Panjang, Kelantan baru-baru ni! Memang betul apa yang orang cakap dan memang betul apa yang Ekeng dengar sebelum ni. Sebiji macam tokong Cina. Kalau tak masuk ke dalam, susah nak percaya. Bila masuk baru tau. Memang masjid dan bukan tokong.
Ekeng pun segera teringat pada Masjid lama Niu Jie di Beijing dan masjid di Guangzhou (di nukilkan terdapatnya makam Sahabat Nabi SAW, Saad bin Abu Waqas) yang pernah Ekeng lawati. Hampir ada persamaan. Begitu juga dengan beberapa buah masjid lama di Melaka, termasuk Masjid Negeri - Masjid Al Azim.
Keunikan Masjid Rantau Panjang yang bercirikan senibina Cina tersebut sedikit senayak dapat membuka minda dan persfektif masyarakat Islam, juga masyarakat bukan Islam bahawa Islam bukan hak sesuatu bangsa atau kaum malahan untuk seluruh ummat dan mengganut Islam tidak bererti meninggalkan kesemua ciri hidup dan budaya warisan seseorang.
Dulu bila ada kawan dok becerita pasai keunikan Masjid Rantau Panjang ni, Ekeng memang tanam hajat untuk melawat dan yang lebih penting, dapat bersembahyang di dalamnya. Alahamdulillah setelah sekian lama, akhirnya tanpa dirancang dan tanpa diduga, hajat Ekeng termakbul jugak. Ekeng dapat beriktikaf dan bersembahyang di situ.
Ekeng dan kawan-kawan beraksi sakan mengambil foto berlatarkan pintu gerbang masjid yang cantik dan unik. Cuma sedikit menghairankan Ekeng kerana pintu gerbangnya agak hebat dan besar tetapi pintu masuk ke masjid kecil dan sempit. Tatkala menceritakan kepada seorang rakan kelahiran Kelantan, dia ketawa berdekah-dekah. Rupa-rupanya Ekeng salah masuk. Ekeng masuk ikut pintu belakang.
Terus dia memperli Ekeng, "pintu depan begitu cantik, kenapa pintu belakang yang dipilih?"
Selasa, 8 Februari 2011
Ala Melayu....
Tatkala petaka banjir melanda bumi Kedah hujung tahun lalu, Ekeng tak ada di sini. Kan ke Ekeng kena dok berulang pi balik pi balik, berubat di Nakhorn! Jadi Ekeng tak taulah cerita pasai bah besar tu. Depa dok cerita banjir tu besar dan dahsyat. Air laju dan mai dengan cepat. Ada yang kata macam Tsunami! Ekeng tak tau nak gambar dahsyat macam mana. Bila balik mai, tinggal bekas saja. Nampak la jugak sikit-sikit takok kat dinding dan tiang rumah kawan-kawan yang kena.
Kawasan Taman yang keliling kelalang kebanyakannya kena banjir. Tapi kawasan rumah Ekeng tak kena. Syukur Al hamdulilah kerana Allah SWT menyelamatkan rumah Ekeng.
Tapi anak Ekeng bagitau, kalau nak tenguk macam mana dahsyatnya, dia suruh tenguk keadaan banjir di Johor. Anak Ekeng kata, lebih kurang sama. Bezanya cuma di Johor air cepat surut. Yang di Kedah dulu lambat surut.
Hop! Stop! Cerita pasai banjir di Kedah tu cerita lama. Cerita dah basi. Yang tak basi, yang masih dok jadi topik panas, cerita pasai wang bantuan banjir. Bukan pasai Kerajaan tak bagi. Boleh kata semua yang terlibat dah dapat bantuan tu. Walaupun wang bantuan tu taklah banyak mana, tapi sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan bebanan mangsa. Syukurlah!
Kita kena tabik la kat Kerajaan pasai bantuan ni. Macam dengan Operasi Pyramid tu la, membantu membawa balik rakyat Malaysia dari Mesir. Ni bukan cerita politik. Inilah sikap prihatin dan tanggungjawab sesebuah Kerajaan! Ekeng dah berjanji, mulai kini dan akan datang, tak mau sentuh bab-bab politik dalam Blog Ekeng ni. Tapi geram jugak. Yang dok politikkan benda tu adalah mereka yang muflis politik.
Balik pasai bantuan banjir. Depa mai habaq kat Ekeng, ada yang 2 kali dapat bantuan. Ada yang laki dapat, bini pun dapat. Masya Allah! Nak tak percaya pun, benda betoi benar. YB Dato' Paduka Ahmad Bashah, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah pun macam dah confirm benda ni dan minta SPRM buat siasatan.
Apa nak kata.... ada lagi dari kalangan(sebahagian kecik) bangsa Ekeng yang berperangai buruk macam tu. Ala Melayu....
Ahad, 6 Februari 2011
Ala Thai....
La ni Ekeng suka makan di luar. Terutama makan malam. Bini cuma masak untuk makan siang saja. Jadi sebelah malam nak tukar selera la pulak.
Budaya orang kita la ni pun dah berubah, ramai yang suka makan kat luar. (Makan luar? Jangan dok salah tafsir pulak!). Kalau dulu, sapa makan kat luar, depa kata bini segan (malas) masak. La ni dah jadi perkara biasa. Kalau sapa yang tak suka makan di luar, depa tuduh kedekut la pula.
Nak cari kedai makan cukup senang. Banyak. Siap pasang dengan lampu warna-warni lagi. Meriah! Kedai makan tumbuh macam kulat musim hujan. Depa buka dari petang sampai pukul 2 atau 3 pagi. Pi la waktu mana pun, Kedai makan mesti ada pelanggan.
Tapi dalam banyak kedai makan tu, boleh kata kebanyakannya menjual masakan ala Thai. Nasi Kandar hanya dalam Bandar saja. Itu pun tak banyak macam kedai makan ala Thai yang berselirat rata jalan.
Sapa punya kedai makan ala Thai ni? Tuan punya kedai saheh la orang tempatan. Yang memasaknya, yang melayannya, yang menjualnya, yang mengurusnya.....?
Macam tak percaya, tapi memang benar. Ekeng tenguk sendiri dan kira satu-satu. Sepanjang Jalan Langgar (tak sampai 3 kilometer), bermula dari Simpang Derga hingga ke Simpang Hutan Kampung, kiri dan kanan jalan, ada 8 buah kedai makan yang menjual masakan ala Thai. Dari Simpang Hutan Kampung sampai Simpang Kepala Batas, ada 6 kedai. Dari Kepala Batas, patah balik pi sampai Pantai Johor, lagi la banyak.... Jalan Putera lagi. Jalan Kuala Kedah lagi. Tu kat Alor Setar. Kat tempat lain entah la. Mungkin tak banyak kot?
Katalah sebuah kedai, ada 5 hingga 10 pekerja. Kalau 10. Kalau 100. Kalau.... kalau...
Bagus la. Boleh la adik-beradik Ekeng yang susah cari makan kat tempat depa di sana nu, boleh mai tumpang cari makan di sini. Depa bukan orang lain, sebangsa dan seagama dengan kita jugak. Kan? Kan?
Langgan:
Catatan (Atom)