Ada dua tiga orang kawan dok (sms dan email) tanya, Ekeng hilang ke mana? Ghaib! Lama tak dengar suara. Lama tak telefon. Dok pi bertapa tang mana? Kena jaga Tok beranak lagi ka? Atau masuk pondok mengaji balik ka? Atau Ekeng kena masuk wad (bukan watt)?
Depa kata, dah lama tak nampak Ekeng. Dalam majlis besar tak pernah jerembab. Dalam majlis kecik tak pernah jeremuh. Kot pekan tak pernah serempak. Kot jalan tak pernah selisih. Kot dalam Blog pun tak jengoi-jengoi.
Sebenarnya la ni Ekeng tak buat apa satu. Ekeng tak pi ke mana. 24 jam Ekeng di rumah. Ekeng tak tau nak buat apa-apa. Ekeng jadi mayau. Buat yang tu rasa salah. Buat yang ni rasa tak betul. Pegang yang ni rasa tak betul. Pegang yang tu rasa tak kena. Jadi semua serba salah!
Ekeng sendiri tak tau pasai apa. Tak reti nak cerita. Nak kata sakit, Ekeng tak sakit. Makan lalu. Tidur lena. Bercakap boleh. Tulis pun boleh. Semua anggota badan masih ok. Lapar Ekeng makan. Mengantuk Ekeng tidur. Masuk waktu Ekeng sembahyang.
Cuma bila Ekeng balik kampung baru-baru ni, adik-beradik kata Ekeng sakit. Badan Ekeng seroh banyak. Depa kata Ekeng 'terkena'. Adik-beradik pun paksa ajak Ekeng pi berubat kat Siam, di sebuah kampung bernama Nai Dam (Ayer Hitam) dalam Wilayah Ligor. (Kalau Legor pun tak tau tang mana - no komen. Kena belajar banyak lagi sejarah bangsa!)
Rupa-rupanya di situ ramai lagi adik-beradik Ekeng. (Lebih 50% penduduk di situ berasal dari Kedah yang menjadi tawanan semasa Perang Kedah-Siam dulu. Depa ni dibawa dan didera dengan dicucuk rotan dan besi di bahagian keting supaya tak boleh melarikan diri - lebih dahsyat dari kunta-kunte yang dibawa dari Afrika ke Amerika dulu-dulu!)
Seronoknya pasai yang tua-tua di situ, masih lagi boleh cakap Melayu dialek Kedah. Masih makan gulai tumis ikan darat, makan pekasam, makan pajeri nenas, makan kerabu tembikai, makan pulut kukus ikan kering, hisap rokok daun, kunyah sireh pinang, dan lagi dan lagi.... macam Ekeng.
Balik pasai cerita Ekeng.... lepas jumpa bomoh, bomoh bagitau Ekeng mengidap sakit 'batu'. Tapi bukan batu karang. Bomoh kata, ada batu dok dalam kepala Ekeng. Besar mana tok bomoh tu pun tak tau. Lekat tang mana pun tak tau. Nak kena belah tenguk dulu baru tau.
Jadi lepas raya kerban ni, maka akan berangkatlah Ekeng anak-bini ke sana. Entah berapa lama bomoh tu ambik masa nak belah kepala untuk mengeluarkan batu tu, Ekeng tau tau. Mungkin sebulan. Mungkin dua. Mungkin tiga. Atau mungkin bertahun-tahun. WAllahu aqlam bissowab! Maka Ekeng pun tak tau bila pula boleh perhidup balik Blog ni. Pasai di sana, langsung putus hubungan. Tiada kemudahan internet macam tempat kita. Yang ada cuma surat khabar dalam Bahasa Siam.
Dengan penuh rasa pilu yang teramat sangat, dengan banjiran air mata yang bergenangan, Ekeng minta ampun dan minta maoh dari hujung rambut sampai hujung kuku kepada semua sekiranya terdapat kesalahan atau terdapat tulisan Ekeng selama ni yang menyentuh hati dan perasaan sapa-sapa.
Hingga jumpa lagi entah bila, sekian dan wassalam!
A'kum ekeng..CCZ membaca psoting ini rasa sedih sangat. Ekeng..CCZ dulu pun sakit jugak. Tak silap posting terawal yang ke 3 CCZ masih dalam keadaan yang tidak sihat. CCZ ada nyatakan juga di situ tentang sakit apa..
BalasPadamKalau Ekeng nak cari doktor kampung yang bagus, buleh cCZ bagi tahu. Siap tunjuk jalan lagi. Ini bukan gurauan.
LORR KENE PINDAH KE BRO?..AISEYMEN..DH KURANG SORANG PEJUANG. APE2 PUN BRO JAGE DIRI ELOK2 KT TMPT BARU NAAA. MUDAH2AN BRO & FAMILY SLMT DUNIA DAN AKHIRAT. TAKE CARE BRO!
BalasPadamEkeng, semoga selamat dalam perjalanan dan juga semoga disembuhkan dari segala mudhorat yang sedang menimpa ekeng.
BalasPadamInsyaAllah, kita akan kembali bersama2 memeriahkan alam siber Malaysia ini.
Take a very good care bro.
Salam Ziarah.....
BalasPadamSemoga tabah untuk menghadapi segala dugaan dan semoga semuanya selamat.Apa yang pasti semua bloggers akan merindui tulisan Ekeng......
Salam bro.. Saya doakan moga apa juga keputusan sdr terutama mengenai kesihatan akan mendatangkan kebaikan yang berpanjangan. Adios bro.. moga kita akan berjumpa di alam nyata dalam masa terdekat!
BalasPadamPun tak tau nak kata apa...
BalasPadamDidoakan semuanya berjalan elok dan sempurna;tabahkan hati, tebalkan iman.
Selamat pergi, dan insyaAllah, selamat balik.
Salam tuan,.. saya doakan apa juga tindakan yang tuan ambil bagi kebaikan dan kesihatan tuan akan mendapat keputusan yang baik dalam jangka panjang.Moga kita akan berjumpa di alam nyata selepas ini untuk berkongsi pengalaman.. Salam dan selamat bercuti..
BalasPadamSedih sungguh rasa hati, kerana Ekeng bukan saja bloger yang berkesan kapada masyarakat bloger, tapi asal sebenarnya Ekeng ni saorang penulis yang amat aktif di Kedah, malah kawasan utara ni.
BalasPadamKita do'akan Ekeng dikurniakan Allah agar dia selamat dan kembali bersama kita dialam cyber.
Perjuangan belum selesai..
Selamat Hari Raya.
BalasPadamSemoga Ekeng tabah dengan dugaan Ilahi. Percaya tidak akan berlaku sesuatu itu dengan izinNya dan tak akan berlaku sesuatu itu tanpa hikmah dan rahmah.
Percayalah hanya orang yang kuat akan berjaya menghadapi cubaan dan dugaan Ilahi.
Kami doakan agar Ekeng sentiasa dilindungiNya sepanjang masa.
Salam Ekeng...
BalasPadamAku betoi-betoi ketinggalan keretapi. Semoga semboh dan kembali keTanah Melayu dengan lebih aggresif!!!
Maaf sahabat, saya lagi tertinggal keretapi, apa sakitnya sahabat kita ekeng ini.
BalasPadamApalah agaknya yang boleh kita sahabat bantu setakat termampu.
Kalau ada apa2 yang boleh saya bantu, sahabat blogger lain bolehlah hubungi saya.