Jumaat, 28 Januari 2011

Beginilah Nasib... Bahasaku Yang Malang....!


Pagi tadi aku pi Alor Setar pasai lama dah tak pi. La ni mula nak kemarau. Tanah dah mula nak kering kong. Tapi hujan pun kadang-kadang turun jugak lagi. Tak boleh hairan. Jangan dok pertikai. Ni bukan kerja kita manusia. Ni semua kerja Allah Talaa. Hujan kita bersyukur. Panas pun kita bersyukur.
Tengah dok ralit bawak kereta, ternampak beberapa iklan yang tergantung kat tiang letrik tengah jalan. Maaf, bukan tengah jalan tapi di pembahagi jalan! Banyak. Dalam banyak-banyak tu, ada yang mengguris hati Ekeng. Awat taknya, pasai la ni terasa sangat orang Melayu kita sentot. Pasai nak jaga perut, pasai nak jaga politik, sanggup gadai maruah bangsa. Malah ada yang sanggup gadai maruah agama Islam.
Ingat kot hak sebelah sana saja yang dok buat kerja tu. Rupanya sama. Serupa. 2X5 = 7+3. Jawabnya 10 jugak! Kita serupa! STOP! Jadi isu politik pulak.
Alahai.... kalau nak bagi mesej apa pun.... kat sapa pun dalam dunia Malaysia ni, janganlah sampai membelakangkan Bahasa Malaysia! Bahasa Malaysia bukan untuk orang Melayu saja tapi untuk semua yang mengaku jadi rakyat Malaysia. Dah lebih 50 tahun Bahasa Melayu diiktiraf jadi Bahasa Resmi negara Malaysia! Kena pakat-pakat hormat la. Lagi pulak semua rakyat Malaysia reti aih baca dalam Bahasa Malaysia.
Apa lagi dalam urusan kerajaan. Ini sampai tak dak langsung Bahasa Malaysia. Ada pun sikit sangat, pasai nak bubuh nama Menteri Besar. Yang buat iklan tu pulak, Kerajaan Negeri. Siap dengan logo resmi Kerajaan Negeri. Bukan parti politik yang iklankan. Yang peliknya, orang Cina sama Cina sendiri pun tulis ada jugak pakai Bahasa Malaysia. Cuba tenguk!

Tambah gambar di bawah ni pulak, kompeni yang dok buat arak. Pun ada jugak guna Bahasa Malaysia, di samping bahasa Tok Nenek depa. Depa hormat jugak kat Bahasa Resmi Negara.

Beginilah nasib.... bahasaku yang malang..... oh tuhan!

Selasa, 25 Januari 2011

Alhamdulillah!

Setelah lebih kurang setahun berubat, akhirnya penyakit yang Ekeng deritai (kata Tok Bomoh - batu ada kepala dalam!) kian sembuh. Koi pelan lega! Sehat wal afiat! La ni Ekeng jadi lelaki normal! (Masa sakit dulu pun, bini dan juga beranak seorang lagi!) Jangan marah no, melawak saja!
Masa dok dalam sakit dulu, boring tak tau nak habaq. Bukan takat boring, lebih dari tu sampai tak tau nak cerita. Cemus tak sangga. Siang nak tunggu malam, rasa berbulan. Malam nak tunggu siang rasa setahun. Masya Allah!
Duit berubat habis banyak mana tak pernah hitung. Perasan kalau takat nak beli 2 biji rumah banglo lepas! Jumpa bomoh ramai mana tak pernah kira. Perasan kalau himpun, penuh 2 biji bas! Mana saja dengar ada bomoh bagus, Ekeng pi cari. Nu... sanggup pi sampai ke Nakhorn Sri Thamarat nu! Tak pa! Duit habis sikit tak menyesal pun asalkan sehat.
Inilah nikmat Allah Taala yang manusia selalu lupa, iaitu sehat tubuh badan! Masa sehat, makan pantang jumpa. Waktu sehat, amal ibadat tak ambik kisah. Ketika sehat, asyik nak berseronok-suka. Bila terlentang sakit baru tau harga dan nilai sebenar nikmat sehat.
Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT yang menyembuhkan Ekeng. Tak tau bomoh mana satu yang bagi sembuh. Tapi Ekeng reti, bomoh hanya ikhtiar berubat, Tuhan yang berkuasa menyembuhkan. Subhanallah!
La ni Ekeng sudah boleh baca walaupun lambat-lambat. Mata tidak lagi kelabu dan berbinau bila dok perhati huruf. Kepala sudah tidak lagi pening bila dok kelebek skrin. Bila dah boleh membaca, bolehlah menulis. Mulai sekarang Ekeng nak menulis kembali di Blog pesaka ini. Berkurung seorang diri dalam rumah tanpa buat apa satu, bahaya jugak. Kalau lama-lama tak berfikir, otak boleh jem! Kalau otak tak jem pun, urat otak boleh tegang. Bahaya!
Rasanya otak Ekeng masih ok lagi ko? Tak berkarat lagi! Tahlah! Ekeng kata ok, mana tau kot orang lain kata tak ok. Macam mana pun Ekeng nak cuba. Cuma Ekeng tak bolehlah nak ulas atawa buat analisa bab-bab politik macam dulu lagi. Pasai Ekeng dah terputus hubungan dengan dunia politik. Pagi petang siang malam Ekeng berkerok dalam rumah. Tak pi berjalan ke mana dah.
Ekeng cuma nak tulis apa yang ada dalam kepala otak Ekeng. Tuhan bagi otak untuk berfikir. Jadi Ekeng cuba nak tulis sesuatu yang telah Ekeng fikir. Bukan pakai hentam ikut dan saja.
Pasai.... apa yang kita tulis, akan dipersoal di Yaumal Mahsyar nanti. Bukan boleh sorok pasai dua-dua malaikat dalam diri kita bertugas 48 jam sehari. Non stop! Jadi kita semua pakat-pakat beringat la pasai semua kita nak mati. Takat la ni, belum lagi ada manusia di dunia mencipta rekod kerana tak mati! Kalau ada sapa-sapa pernah dengar ada manusia hidup tak mati, tolong bagitau kat Ekeng sama na!