Ahad, 1 November 2009

MBAS kenakan bayaran letak kereta. Jangan marah....


Ekeng baru ternampak iklan di atas. Terus Ekeng tangkap gambar dan tunjuk kat kawan-kawan. Depa marah dan tuduh macam-macam. Kononnya Kerajaan PAS cakap lain, bikin lain. Depa ungkit-ungkit pasai manifesto PAS menjelang Pilihanraya lalu yang menjanjikan kesejahteraan untuk rakyat. Menteri Besar Kedah pun dok bercakap sampai berbuih mulut, nak melaksanakan pemerintahan yang adil dan telus pasai untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

Ekeng perasaan, masa kempen dulu PAS tak sentuhkan pasai tempat letak kereta percuma.

Punyalah marah sampai depa pi cari Manifesto PAS dan tunjuk kat Ekeng.

Ekeng tepuk bahu depa! Jangan marah, pujuk Ekeng! Sejak PAS ambil-alih Kerajaan Kedah, kan depa tak kena pun bayaran tempat letak kereta dalam kawasan MBAS? Lama jugak tu, dah lebih setengah tahun. OK la!

Bayaran tempat letak kereta dikenakan pasai nak bagi kesejahteraan kat rakyat juga. Duit kutipan tu nanti nak diguna untuk bayar upah orang sapu sampah; nak diguna bayar upah orang angkut sarap; nak diguna bayar upah orang kerat rumput; nak diguna bayar upah orang cuci parit dan longkang.

Nanti kalau sampah tak disapu; kalau sarap tak diangkut; kalau rumput tak dikerat; kalau parit dan longkang tak dicuci; maka hidup rakyat juga tidak sejahtera!

Lepas tu Ekeng terus bangkit. Ekeng tau... depa cukup merekam!

8 ulasan:

  1. Salam bro,

    kah....kah.....kah...... inilah cara depa nak cari duit, lepas kutip derma, cara apa lagi nak dapat duit woi......kah.....kah.....kah....woit Melayu ! sampai bila nak kena tipu dengan puak-puak munafik ni hah......kah.....kah.....kah....kah....(ni kawan pinjam cara tukartiub.blogspot lembu buat blog)

    BalasPadam
  2. Akupun nak tiru juga....

    Harg harg harg.....jangan kata kat depa, depa buat tak zalim depa buat tak kejam, depa buat tak dosa....Harg harq harq tuih...

    Keh keh keh...ka ni depa dok jaga alam sekitar dengan membersihkan pokok-pokok hutan yang menyemakkan mata memandang......Depa lebih ghisau semak dihutan dari samapah dibandar....huk huk huk...

    BalasPadam
  3. Lepas ni depa akan buat satu lagi untuk kutip duit cara mudah. Kahwin lebih dari satu dipermudahkan di Kedah dengan mengenakan bayaran yang agak lumayan..buleh kan..?

    BalasPadam
  4. Salam Ziarah........

    Ala depa buat apa pun tak pa masuk syurga nak heran apa kalau depa dok kutip bayaran letak kereta ni pun kata kerajaan kebajikan kena la semua free Kedah Sejahtera konon tak sejahtera la lagu ni dok kutip buat apa.........

    BalasPadam
  5. Hahahahha....hahhahahhahhahhaaa!!!

    Bergema KLCC aku gelak kat posting Ekeng kali ni...muahhahahhahhaha...

    P/s: nasib baik tak guling2 gelak...muahahhah...tatatertib orang Kedah kena jaga diperantauan ni...hehhehhe..

    BalasPadam
  6. salam ekeng..nak bagitahu yang ccz dah ada blog satu lagi..blog yang diwujudkan bagi menyemarakkan seni penulisan kreatif..nanti ekeng join k.http://teratakkisah.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. Salam ekeng,

    Setakat senyum saja na. Dah masak sangat dengan janji manusia.

    Nak tanya sikit, hilang pi mana, macam banyak hari takdak cerita baru? Ikut depa pi bela rusa di Langkawi ka atau dah sampai ke Masjid Nabawi?

    BalasPadam
  8. Terima kasih (YANGGAMBI, Detguaq, CCZ, lagenda, Duke Of UMNO, jeanbara serta semua pengunjung) kerana masih sudi mela[ang masa menjenguk Blog Ekeng! Ekeng mengalami sedikit masalah. Insya Allah bila selesai nanti, Ekeng akan cuba aktif semula.

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.