Khamis, 27 Ogos 2009

SELOKA PUASA

Puasa itu rukun ketiga

cara nak amal mudah saja

tahan lapar tahan dahaga

jaga mulut jaga mata.


Bulan puasa penuh berkat

jauhi maksiat banyakkan ibadat

perkara keji jangan dibuat

takut nanti pahala tak dapat.


Jika puasa tidak dijaga

hanya beroleh lapar dahaga

naik angin tak ketahuan hala

anak bini yang jadi mangsa.


Barangsiapa tidak puasa

PAS dan UMNO tak ada beza

baik Tok Guru atau orang biasa

mokalau tak puasa tetap berdosa.


Belajar puasa haruslah berguru

kerana ibadat tak boleh meniru

adab berpuasa kenalah tahu

agar amalan tak jadi haru-biru.


Ada juga yang puasa buat-buat

curi makan di mana sempat

balik ke rumah buat muka mayat

anak bini tak berani nak dekat.


Ada juga yang puasa sekerat

bagi alasan terlupa nak niat

ada pula yang lebih dahsyat

puasa pulun tapi tak solat.


Puasa la ni banyak bezanya

buat cucur tak guna belanga

di Pasar Ramadhan serba ada

hulur duit dapat beli seraga.


Berbuka puasa dah jadi pesta

sebulan dulu kena tempah meja

ada hiburan penyeri acara

sembahyang magrib terlajak isya.


Kalau berbuka terlampau banyak

perut sengkak payah bergerak

mata berbinau tenguk tak nampak

apa di depan habis tersepak.


Selesai berbuka jangan dok ralit

paksa anak bini jom pi masjid

buatlah tarawikh dan solat witir

tadarus quran atau pun berwirid.


Bulan puasa banyak ganjaran

habis ditambat iblis dan syaitan

kalau masih berlaku kejahatan

ertinya sendiri yang jadi syaitan.


Orang pilitik kenalah beringat

larangan puasa hendaklah taat

apa dicakap haruslah cermat

segala dibuat mestilah berhemat.


Jika selalu menghambur kata

kepada lawan tak kena semata

lawan dapat pahala kita dapat dosa

akhirat nanti dicampak ke neraka.


Nak masuk syurga bukannya mudah

bukan pasai janggut bukan pasai purdah

atau kerana parti yang kita pangkah

sebaliknya Allah tempat kita berserah.


Syurga neraka jangan dibahas

baik orang UMNO atau orang PAS

bimbangkan umat menjadi was-was

kalau yang jahil langsung terbabas.


Bulan Ramadhan bulan berkat

di dalam hadis banyak tercatat

Aduhai Melayu marilah berpakat

semoga bangsa meninggi darjat.


Melayu bergaduh sesama sendiri

orang lain tenguk bersenang hati

kalau masih juga tak sedar diri

akhirnya merempat di negara sendiri.


Bulan puasa bulan mulia

jadikan ia gencatan senjata

mokalu Melayu terus bersengketa

barulah semacam lutung dan kera.

Ahad, 23 Ogos 2009

Minta ampun minta maaf!

Pasai Ekeng berpuasa, jadi Ekeng kena pakai benda ni sebab nak kurangkan bercakap.


Khamis, 20 Ogos 2009

Orang depa lebih teruk lagi....

SATU LAGI HELAH PAKATAN UNTUK ADAKAN PRK

Saya amat tertarik dan setuju dengan tajuk di atas, yang saya jumpa di Blog Sdr Kamal Farsya. Klik tang ni! Tapi penulisnya tidak membuat komen atau ulasan lanjut ke atas tajuk yang agak sensasi itu.

Selama ini PAS di Kedah mengeluarkan berbagai tuduhan dan tohmahan. Kononnya ada usaha dari pihak UMNO (melalui apa yang mereka namakan MK) yang berhempas-pulas untuk membeli ADUN dari PKR untuk menumbangkan Kerajaan Kedah. BN atau UMNO disifatkan sebagai perompak yang sentiasa mencari peluang untuk merampas Kedah semacam yang dilakukan di Perak.

Kononnya lagi, diwarwarkan bahawa akan berlaku proses menumbangkan Kerajaan Kedah semasa Persidangan DUN Kedah baru-baru ini. Maka pulunlah mereka untuk mendapatkan ikrar dan janji daripada ADUN-ADUN yang disyaki akan dibeli. Tapi hingga Sidang DUN Kedah berakhir..... habuk pun tarak !

Sebenarnya apa yang berlaku ada sebaliknya. Rupa-rupanya PAS di Kedah yang tak duduk diam. Dok kira cari jalan macam mana nak buat Pilihanraya Kecil di Kedah. Dulu depa cuba reka-reka isu ADUN Kuala Nerang, YB Dato' Syed Sobri yang dikatakan muflis. Tapi rekaan PAS tak menjadi dan tidaklah berlaku Pilihanraya Kecil di Kedah.

Sekali lagi perangkap PAS mengena. Tapi belum saheh apa yang kena, pelanduk atau biawak gabuk! Kebenarannya mungkin ada kerana budak Abu Hassan ni memang tuang kelas. Adakah kerana baru 2 kali tuang, terus nak buang sekolah? Murid lain lebih teruk displin (Ada yang hisap rokok, minum beer, ada yang kebas bini orang, ada yang pernah masuk lokap), tak kena buang pun. Bertindaklah cara rasional dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Apa pun semua perlu menyerah dan akur dengan apa jua keputusan yang akan dibuat oleh SPR. Wallahu aqlam!

Rabu, 19 Ogos 2009

Depa saja boleh kata ada Pengundi Hantu?

Beberapa hari lepas, KJ, Ketua Pegerakan Pemuda UMNO Malaysia mendakwa terdapat pengundi hantu dalam senarai pengundi yang mengundi PRK Permatang Pasir. Antara lain KJ mendakwa terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan Permatang Pasir dan jumlahnya kira-kira 1,000 pengundi didaftarkan sejak pilihan raya umum lepas.

Menurut KJ lagi, "Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu."

Maka selepas itu, macam-macamlah peluru yang diarah kepada KJ. Baik dari kalangan parti lawan, yang menempelak KJ sebagai ketiadaan modal atau muflis politik. Mahupun dari kalangan teman sekelambu yang agak hairan dengan sikap 'tutup mulut' KJ terhadap beberapa isu yang melanda UMNO. Tiba-tiba KJK mengeluarkan kenyataan mengenai Pengundi Hantu di Permatang Pasir, isu lapuk yang pernah digunakan oleh pembangkang.

Tetapi siang tadi apabila Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang menyerahkan bukti mengenai kewujudan pengundi hantu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), orang UMNO sendiri terkejut berok.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, menyerahkan surat rasmi serta senarai pendaftaran pengundi berkenaan kepada pihak SPR. Katanya, senarai berkenaan adalah bukti peringkat pertama yang diserahkan dan beliau percaya jumlah itu mungkin mencecah 3,000 orang. Nak tau lagi, klik tang ni!

Wauuu banyak tu!

Bagi PAS(juga PR), isu Pengundi Hantu di Permatang Pasir seperti dibangkitkan oleh Pegerakan Pemuda UMNO, sukar untuk diterima dan menganggapnya sebagai rekaan atau diada-adakan. Bagi PAS, Pengundi Hantu tidak wujud di kawasan yang menjadi kubu kuat mereka kerana ianya sudah pasti melibatkan para pengundi atau penyokong PAS. Seolah-olah hanya PAS (juga PR)saja yang boleh mendakwa adanya Pengundi Hantu di kubu UMNO, tetapi UMNO tidak boleh mendakwa wujud Pengundi Hantu di kubu PAS.

Selasa, 18 Ogos 2009

Kenal kot sapa-sapa dalam gambar ni?

Jom kita pakat-pakat tenguk kot-kot ada yang kenal sapa-sapa dalam gambar di atas? Wajah-wajah dalam gambar tersebut adalah para pejuang yang mewakili penduduk-penduduk dalam kawasan Parlimen Padang Serai.

Mereka bergambar di Pusat Khidmat Parlimen Padang Serai selepas mengadakan sidang media bagi menuntut pembebasan Gobalakrisnan dan mendakwa bahawa "penahanan ke atas Gobalakrishnan dan apa yang di laporkan oleh TV3 dan media pro kerajaan adalah tidak benar mengenai apa yang berlaku."

Cuma manusia yang Ekeng bulatkan, nampak warna kulitnya kelabu macam sawo matang, bukan warna hitam berkilat macam keriang dot. Tah la kot mata Ekeng ni kelabu asap, dah tak ketahuan orang. Kalaulah mereka tu Melayu... kesian jadi Melayu macam tu.... Mereka turut sama bantah penahanan Gobalakrishnan oleh polis kelmarin.

Wakil mereka Mr Ravi (macam nama crook dalam filem Tamil) juga berkata "Gobalakrishnan juga telah di kasari dan mengalami kecederaan yang serius. Kecederaan yang dialami seperti bengkak di bahagian dada dan lebam di bahagian rusuk. Selain itu juga hasil daripada imbasan X-ray menunjukkan terdapat keretakan tulang di bahagian tangan. Dada Gobalakrishnan turut terdapat kesan lebam." Nak tau lebih, baca tang ni!

Ayoyo tuan Ravi! Mana tv tuan ada tenguk itu macam punya cerita? India punya atau Tamil Elam punya tv? Atau Tuan Ravi kasi kalih itu peti tv ka? Jadi tuan Ravi punya mata sudah terbalik. Jadi itu polis kasi pukul sama itu Gobalakrishnan? Ayoo yooo kesian sama itu Gobalakrishnan.

Oppps! Berhenti sat!

Depa kata (jangan marah Jeanbara & the gangs), 1hb Ramadahan ni saheh puasa. Cuma yang jadi masalah sikit, samada 1hb tu jatuh hari apa? Hari Jumaat atau hari Sabtu? Semuanya akan menunggu keputusan rasmi Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu yang akan mengumumkannya.

Malam penentuan puasa (juga hariraya) orang ramai akan melangut depan tv nak tenguk perisytiharan. Dulu-dulu, saat-saat begini cukup mendebar dan penuh suspen. Macam tunggu keputusan dari juri Program Realiti kat TV jugak. Pasai waktu dulu sapa pun tak tau tarikh sebenar. Penentuan puasa atau hariraya dulu adalah hanya dengan kaedah melihat anak bulan atau rukyah. Tapi ada juga yang guna kaedah hisab atau falaq.

Kadang-kadang jadi kelam-kabut jugak. Ada setengah tempat masih dok puasa. Baru dok cari daun palas nak balut ketupat. Nak beli daging pun tak berani lagi. Tapi tempat lain dah beraya. Dah hisap rokok bersambung puting. Ketupat lemang semuanya lilas! Kalut! Memang kalut!

La ni Alhamdulillah, kata putus dicapai oleh pihak berkuasa Agama. Kaedah penentuan puasa dan hariraya ditetapkan melalui rukyah (melihat anak bulan) dan juga hisab (kiraan falaq). Beres! Satu Malaysia sambut puasa dan hariraya serentak. Sapa pun tak pertikai lagi.

Cuma ada beberapa hal lagi berkaitan yang belum mencapai kesepakatan. Misalnya kadar zakat fitrah. Satu Malaysia kadarnya tak sama. Negeri banyak beras (Jelapang Padi) macam di Kedah, kadar fitrahnya RM5. Tempat yang tak ada padi, rata-rata berpendapatan tinggi, fitrahnya tak sampai RM5/. Kalau zakat fitrah ini dapat diselaraskan seluruh negara adalah lebih baik.

Ada pandangan yang mengatakan kalau bayar lebih tak pa sebab jadi ibadah. Itu bukan persoalan kerana semua orang faham dan boleh bersedekah dengan banyak cara. Tapi jika terdapat persefahaman dan persamaan perlaksanaan boleh menaik dan memberi imej baik kepada Islam. Jangan dek kelemahan pengurusan atau pentadbiran menyebabkan Islam di pandang lekeh.

Ekeng dah melalut pulak! Apapun, maknanya tak berapa hari lagi kita semua nak sambut puasa. Walaupun belum tentu harinya, tapi hampir 99.9995% 1hb Ramadhan akan jatuh pada hari Sabtu. Kita tunggu pengumumannya!

Kebanyakan kita bukan 'first time' berpuasa. Kebanyakan kita dah lama 'baligh'. Yang setengahnya tu ada yang 'monopause' dah! Yang tua merogon macam Ekeng ni, dah tau sangat bab puasa ni. Tapi.... kalau hal-hal lain kita mahukan perubahan, peningkatan, apakah kita mahu melakukan ibadah puasa macam dulu-dulu jugak? Puasa kita setakat tidak makan dan tidak minum saja?

Sempena wabak H1N1 yang melanda negara sekarang, kita digalakkan memakai topeng mulut. Eloklah tu.... selain dari tak makan, kita kurangkan bercakap perkara-perkara yang kurang berfaedah. Sebagai blogers, kenalah tulis perkara-perkara yang baik dan mulus! Sebagai poliTIKUS (UMNO,PAS,PKR yang Islam), pun sama. Jangan nanti ada pulak fatwa yang menghalalkan maki-hamun dalam bulan puasa ni.

Kalau rajin, cuba jenguk dan renung-renung sama GURINDAM PUASA yang Ekeng letak bahagian atas (tepi sebelah kanan!).

(Ini bukan khutbah atau kuliah agama no! Ekeng ni jahil. Cuma Ekeng nak ajak kita bermuhasabah. Cewahhh! Jangan marah! ) Fikir dan renung-renungkanlah! Selamat berpuasa!

Isnin, 17 Ogos 2009

Jom kita tenguk gelagat seekor lagi pelakon PKR

Satu adegan yang hampir sama dengan apa yang berlaku ke atas Wong Chuan How, pembantu khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu ekoran tindakan Pegawai-pegawai SPRM semasa cuba menahan Wong untuk siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan negeri baru-baru ini. Adegan terbaru ini berlaku di Pusat Penamaan Calon PRK Permatang Pasir di IKBN Bukit Mertajam.

Kalau Wong layak untuk beraksi dalam drama komidi Cina, Gobalakrishnan pula paling layak jika diambil berlakun dalam filem aksi Tamil. Yang pasti, kedua-dua mereka memang layak jadi pelakon!


Gambar di atas menunjukkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ditangkap polis selepas bertindak kasar dan agresif di Pusat Penamaan Calon Pilihan raya kecil Permatang Pasir di IKBN Bukit Mertajam, hari ini. - Foto Osman Adnan (Berita Harian)

BN vs PAS: Tahniah Kamarul Ramizu!

Walaupun telah pasti hanya calon BN dan PAS sahaja yang akan bertanding di PRK Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti, tetapi jutaan tahniah saya kalungkan kepada Sdr Kamarul Ramizu Idris. Ada alasan menarik bagi saya mengapa ucap tahniah tersebut saya tujukan kepada Sdr Kamarul Ramizu, seorang perunding motivasi yang telah 2 kali mencuba diri bertanding dalam PRK. Lihat tulisan saya di sini.

Sdr Kamarul Ramizu merupakan orang pertama atau yang paling awal mengumumkan untuk bertanding pada PRK Permatang Pasir. Saya tidak pasti samada beliau juga merupakan orang pertama yang mengambil borang di Pejabat SPR. Dan saya juga tidak pasti apakah beliau juga merupakan orang yang pertama membayar wang deposit kepada SPR untuk bertanding dalam PRK Permatang Pasir.

Dalam kenyataan kepada pihak akhbar, Sdr Kamarul Ramizu memberitahu kertas pencalonannya ditolak kerana beliau gagal menyerahkan kertas pencalonannya pada tempoh yang ditetapkan.

Menurutnya, sebaik melangkah masuk ke Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, di Jalan Berapit di sini untuk menyerahkan kertas pencalonannya, beliau dimaklumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) Roslan Yahaya bahawa waktu sudah 10 pagi, iaitu tamat waktu pencalonan.

Berkata lagi Sdr Kamarul Ramizu, kelewatannya itu berpunca daripada kesesakan lalulintas menuju ke pusat berkenaan dan beliau hanya tiba di luar kawasan itu hampir jam 10 pagi.

Sdr Kamarul Ramizu sudah cukup pengalaman dan tahu kesesakan yang akan berlaku pada hari penamaan calon kerana telah 2 kali bertanding dalam PRK. Lagi pula Sdr Kamarul Ramizu pergi menyerahkan borang paling ramai 10 orang, bukan ribuan penyokong seperti BN dan PAS. Dengan mengambil kira faktor yang saya sebutkan, dapatkah diterima kelewatan seorang pakar motivasi menghadiri majlis penting sebegini? Semangatnya yang paling tinggi (semasa membuat pengumuman bertanding dan semasa mengambil borang pencalonan)tidak seharusnya 'melewatkan' pergerakan di saat terakhir.

Fikir dan renung-renungkanlah!

Sabtu, 15 Ogos 2009

SPRM Teruskan Tindakan!


Kematian Teoh Beng Hock yang sebelum ini dijadikan isu politik adalah bukti ketara betapa Pakatan Rakyat (PR) begitu marah andai tindakan diambil kepada orang-orangnya. SPRM dan Kerajaan dikecam dan dikutuk dengan hebat. Sehinggakan Kerajaan Selangor (di bawah pemerintahan PR) mengadakan peraturan khas, membenarkan siasatan SPRM hanya boleh dilakukan di premis tertuduh saja. Tentu saja peraturan ini sedikit sebanyak menjejas atau membantut tugas SPRM dan selebihnya memperlihatkan sikap PR yang 'tidak senang' dengan langkah SPRM.

Terbaru ialah sikap beberapa pimpinan PR dan penyokong mereka (dalam blog tertentu) yang mengeksploitasi insiden yang berlaku ke atas Wong Chuan How, pembantu khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu. Pegawai-pegawai SPRM digambar bertindak kasar semasa cuba menahan Wong untuk siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan negeri.

Saya yang hanya berpeluang menonton insiden tersebut melalui TV, boleh menilai apa yang sebenarnya berlaku. Wong tidak akan jatuh kalau dia tidak melawan atau tidak hendak melepaskan diri. Tidak langsung kelihatan unsur-unsur kekesaran oleh Pegawai SPRM terhadap Wong. Tetapi apa yang digambarkan oleh pemimpin PR dan tindakan mereka berlainan sekali dengan apa yang berlaku. Semuanya adalah bertujuan untuk meraih simpati dan sokongan rakyat dan memberi gambaran buruk kepada SPRM.

Yang paling leceh, selama ini seolah-olah parti komponen PRlah menjadi 'wira' atau hero yang memperjuangkan soal intergiti dan rasuah di negara ini. SPRM (sebelum ini BPR) dihentam dan dikritik hebat oleh mereka. SPRM dituduh menjadi alat kepada UMNO dan hanya menjadikan pemimpin PR sebagai sasaran.

Kerajaan sebenarnya sudah cukup terbukti bersikap telus dan tegas dalam memerangi rasuah. Menjadikan institusi berkaitan dengannyanya sebagai sebuah Suruhanjaya Bebas membuktikan betapa seriusnya Kerajaaan menangani isu ini.

SPRM kini menyiasat dan menangkap siapa saja yang disyaki terlibat dalam kes rasuah, tidak kira samada penyokong Kerajaan atau dari Pakatan Pembangkang. Apa yang dilakukan oleh SPRM adalah cukup profesional. Tetapi pihak Pembangkang yang selama ini kuat mendesak supaya perasuah dikenakan, hanya mahukan orang lain yang dikenakan tindakan dan bukan kepada diri dan penyokong mereka.

Sekiranya SPRM mengambil tindakan (walaupun masih di peringkat siasatan) terhadap pemimpin atau penyokong PR, berbagai halangan Apa lagi yang dikehendaki oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan SPRM? Jawapannya, itulah Pembangkang!

Jumaat, 14 Ogos 2009

Depa pun macam kita juga



马华主办“领袖特别汇报会”挺翁
召集逾千区会领袖解释千万疑云

郭史光庆
8月14日
中午 12点28分


在张庆信自揭引爆千万政治献金捐款疑云之后,马华总会长翁诗杰也在第一时间矢口否认,并透过三管齐下的策略来反击,包括报警刑事诽谤、发律师信喊告,更申请法庭禁令要求张庆信封口。

分批会晤马华中委

针对这场风波所触及的马华党内神经,翁诗杰也将今日开始分批会晤马华中委,以稳住军心。多位马华高层已经在昨日一起前往“慰问”翁诗杰及一起陪同他召开记者会,誓成为其后盾。

演变成为造势大会

更令人瞩目的是,马华也将在来临的星期天中午12点,于吉隆坡总部召开一场“领袖特别汇报会”,召集全国区会领袖出席。这场汇报会极有可能演变成为基层领袖力挺总会长的造势大会。

虽然马华总部发出的邀请短讯和信件并没有注明汇报会的内容,但一般相突然召集中委和区会领袖,是要针对巴生自贸区连串风波,特别是本周爆发的千万捐款疑云做出解释,以释清疑云及巩固基层支持力量。

总部昨晚发出短训


这场由中央党部主办的汇报会事出突然,区会领袖是在昨晚才开始接获来自马华总部的手机短讯,正式通知函将也只是在今早才发出。

受邀出席汇报会的包括马华各区会主席、署理主席、副主席、秘书、财政、组织秘书,以及马青与妇女组区会领导层。

马华党内消息指出,若受邀的基层领袖皆出席汇报会,届时人数将达到1200人。

上任最大型汇报会

消息也形容,这场汇报会也是自从翁诗杰在去年10月接任总会长职以来,所主办的最大型汇报会。

党内有人筹1亿倒翁

翁诗杰昨晚在出席吉打港口区会的宴会上也再次放话,马华遭到金钱及外来势力渗透,而党内有人正在筹集逾1亿令吉资金来进行“倒翁运动”。

翁诗杰进一步揭露,在他当上总会长不到一个星期,就听闻有人准备召开特大“倒翁”,足见有人在他上任一星期就看他不顺眼。他更代为估计,有关的1亿令吉已足够兴建20所新华小。

Selasa, 11 Ogos 2009

Kamarul Ramizu - Tak Serik Lagi Ka?


Masya Allah!

Tak dan apa-apa lagi, PAS atau BN yang jadi gergasi pun belum umum nama calon, pasai nak Mesyuarat tiga empat kali dulu, nak kena kaji dan teliti dalam-dalam, nak kena saring dan tapis untuk pilih calon yang betul-betul sesuai dan layak, nak cari calon yang boleh diterima oleh pengundi, tut tut.... dia yang besar 'tungau', tanpa buat kajian, tanpa fikir panjang, awal-awal lagi dah umum nak bertanding di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos ini. Tenguk dan baca tang ni!

Kalau sebelum ni dia belum pernah bertanding dalam mana-mana PRK, kita boleh terima hasratnya untuk mencuba, untuk menawar khidmat bakti kepada pengundi. Tapi dah dua kali PRK dia masuk bertanding, iaitu di PRK Parlimen Bukit Gantang dan yang terbaru di DUN Penanti. Bukan lama, baru sangat lagi, iaitu bulan Mac dan April lepas. Gam bekas poster calon pun masih dok melekat di setengah dinding rumah. Plastik simbol parti yang bertanding pun masih dok tersangkut kat ranting pokok. Kedua-dua PRK tersebut masih dok melekat dalam ingatan setiap orang, termasuk diri dia sendiri.

Keputusan penuh kedua-dua PRK itu pun tentu dia masih ingat.

Mustahil dia lupa. Tak mungkin dia tak ingat. Mengaji pun tinggi jugak, sampai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), King Edward VII, Taiping. Dia masih muda. Umur baru 43 tahun. Ingatan tentu masih kuat. Zahir bathin masih bertenaga (wallahu aqlam!). Jumlah undi yang dia dapat dalam kedua-dua PRK itupun bukan lebih tiga angka. Tak sampai 100 undi. Senang nak ingat. Parlimen Bukit Gantang dia dapat 62 undi. DUN Penanti dia dapat 56 undi. Jarak undi yang dia dapat dengan undi calon yang menang, jauh bagai bumi dengan langit! Sampai hilang deposit RM5,000. Itu belum masuk belanja-belanja lain.

Dia tak serik lagi ka? Betul itu hak dia sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, dia diberi hak untuk boleh bertanding dalam mana-mana pilihanraya. Tapi kata orang-orang tua (atau orang tua-tua), kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan dicuba. Pi lah mancing kot alor atau parit belakang rumah dulu. Paling tidak pun kata pepatah, ukur baju di badan sendiri!

Daripada hilang deposit begitu saja, alangkah murni dan mulia jika wangnya yang banyak itu dibuat kepada perkara berkebajikan. Niat yang ikhlas dan baik akan menjadi sia-sia jika salah cara perlakuannya. Semoga Allah terus memberikan taufik dan hidayah kepada insan bernama KAMARUL RAMIZU.

Bila orang lain buat demontrasi, apa kata depa?


Sebelum ni apa-apa sikit kalau tak puas hati, depa buat demontrasi atau tunjuk perasaan. Kalau depa tak buat, tapi suku-sakat depa buat, pun depa akan ikut. Bukan setakat tumpang sekaki tapi tumpang dua-dua kaki. Bagi depa, demontrasi adalah sebahagian amalan atau proses demokrasi. Tok Guru depa petua boleh buat demontrasi kalau tak puas hati kat Kerajaan. Halalal toiyiban! Tok Guru depa pun ikut sama berdemontrasi.

La ni di Kedah depa jadi Kerajaan. Tapi kadang-kadang, sesetengah dari depa lupa. Dok mamun lagi. Dok ingat depa masih pembangkang. Dapat dok atas pentas, boleh 'mike', dok perderas lagu lama jugak. Dok pakai nada 'G minor' jugak. Nak buat geno, dah besa! Maklumlah, lama sangat dok jadi pembangkang.

Apapun di Kedah depa jadi Kerajaan. Bila jadi Kerajaan depa tak boleh buat atau tumpang demontrasi. Gian dengan ketagih tak sangga. Dok pasang telinga, tunggu dengar kalau ada sapa-sapa nak buat demontrasi lagi. Setakat Kuala Lumpur depa tak heran. Kalau bawa kereta tak sampai 5 jam. Lebuhraya hak BN buat ok lagi. Tol mahal no problem.

Kata Lebai Minyak Nyior (orang lama masih ingat kot Lebai Minyak Nyior yang dok jual ubat kat Pekan Rabu dulu-dulu) "Kalau kita ambik bini orang; orang ambik bini kita. Kalau kita buat kat orang; nanti orang buat kat kita!

Betul sungguh kata-kata Lebai Minyak Nyiur. Cuba baca tulisan Pak Tuan tang ni! Macam tak percaya kat Alor Setar boleh ada demontrasi.

Haru jugak. Kalut jugak. Nak tak ikut, depa pernah buat kerja macam tu. Nak ikut pun, hak mai demontrasi tu sikit cet. Tak sampai 200 orang. Puak tu tak tidur atau bergolek guling-gantang atas jalan pun. Tak lompat naik atas bonet kereta sapa-sapa pun. Puak peniaga tak kena tutup kedai pun.

La ni orang lain buat demontrasi? Apa depa kata?

"Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akhirnya mengalah kepada desakan peniaga yang mahu sistem bidaan bagi mendapatkan tapak perniagaan bazar Ramadan dikembalikan kepada sistem undi seperti diamalkan sebelum ini.....

.....Pertikaian mengenai sistem bidaan bermula 4 Ogos lalu apabila seramai 200 peniaga berkumpul di pejabat MBAS bagi menyatakan bantahan mereka terhadap sistem itu selain menuntut supaya ia dikembalikan kepada sistem lama iaitu sistem undian."


Jawapan lanjut depa ada boleh tenguk tang ni! Bukan pasai depa telus, bukan pasai depa prihatin. Depa pernah buat kerja macam tu, mau tak mau depa kena ikut.

Apa pun tahniah Pak Tuan! Hidup Bin Shahab!

Isnin, 10 Ogos 2009

"Seekor" Lagi Pemimpin DAP Tunjuk Biadab!



Oleh kerana ‘ketegar’ dengan arahan Speaker, akhirnya seorang lagi ADUN dari DAP diperintah keluar Dewan. ADUN berkenaan (Datuk Keramat), Jagdeep Singh Deo hari ini diarah keluar daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Kelmarin insiden yang hampir sama berlaku di Dewan Undangan Negeri Kedah, bila mana seorang ADUN dari PKR, Lim Soo Nee melabelkan Kerajaan BN dulu sebagai ‘paria’. Keadaan menjadi kecoh apabila beberapa ADUN BN meminta supaya Lim menarik balik tuduhannya. Baca tulisan Ekeng di sini!

Walaupun pada mulanya Lim juga ‘ketegar’ atau berkeras, akhirnya setelah Speaker Dewan mengeluarkan arahan, Lim terpaksa akur dan menarik balik tuduhannya. Dan nasib Lim agak baik kerana tidak diperintah keluar Dewan seperti yang berlaku ke atas Jagdeep Singh Deo.

Kedua-dua Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah Melayu, iaitu bangsa yang menjadi sasaran tuduhan liar ADUN Pakatan Rakyat. Saya tidak tahu macam manalah agaknya hati dan perasaan kedua-dua Speaker Dewan Negeri berkenaan apabila ada orang lain tergamak dan berani menuduh bangsa Melayu sebagai ‘paria’ dan ‘perompak’.

Sekadar mengulangi apa yang Ekeng pernah tulis sebelum ini, diperturunkan semula prasa berkenaan dengan sedikit suntingan atau update.

“Nampak sangat pemimpin-pemimpin bukan Melayu dari PKR begitu lantang dan banyak menyerang orang Melayu dan agama Islam. Apakah trend ini sengaja dicipta untuk menyakitkan hati dan perasaan orang Melayu dan umat Islam? Ataukah mereka ini sudah tidak segan-silu atau sudah naik tocang kerana 'sleeping partner' Melayu (dan Islam) mereka pun pernah memaki hamun orang Melayu Islam dengan bahasa yang lebih dahsyat?

Mustahil pemimpin politik seperti Lim Soo Nee tidak tahu makna 'paria' dan sensitifnya perkataan atau panggilan tersebut bagi masyarakat India? Kalau Lim Soo Nee nak tau kasar atau tak kasar, suruh dia sebut 'paria' kat Ahli Parlimennya (Padang Serai), Gobalakrishnan. Kalau Golabalakrishnan boleh senyum lagi dan tak marah, maknanya 'paria' tu tak kasar.

Mustahil pemimpin politik seperti Jagdeep Singh Deo tidak tahu makna? Kalau Jagdeep Singh Deo nak tau kasar atau tak kasar, suruh dia sebut 'perompak' kepada Karpal Singh. Kalau bapanya boleh senyum lagi dan tak marah, maknanya 'perompak' tu tak kasar atau bapanya tidak faham erti perkataan tersebut”

Bagi saya yang berada di luar Dewan dan tidak berpihak ke mana-mana parti politik, dan hanya menerima tempiasnya, pun merasa hati ini bagaikan disayat sembilu halus lagi tajam, cukup ngilu dan amat terhiris. Maha pedih dan begitu menyakitkan! Marah! Geram! Dan entah apa-apa lagi perasaan yang membuak di dada.

Setakat untuk kedua-dua insiden yang mencabar maruah bangsa ini, samada rela atau redha, tertekan atau terpaksa, sekalung syabas saya tujukan khas kepada kedua-dua Speaker berkenaan, iaitu Dato' Dr Abdul Isa Ismail dan Datuk Abdul Halim Hussain Sekurang-kurangnya untuk isu ini, Dato’-Dato’ berdua tidak menjadi ‘tunggul’ atau menjadi ‘burung belatuk’.

Ahad, 9 Ogos 2009

Memang Betul Sidang DUN Kedah Cipta Sejarah.

"Betul Betul Betul!"

Itulah dialog Ipin dalam siri animasi "Upin & Ipin" yang popular di TV9 dan menjadi ikutan anak-anak masakini. Sayangnya nada suara atau gaya sebutan tidak dapat diterakan bersama.

Dan itulah dialog yang terpancut keluar dari mulut aku sebagai respon atau reaksi awal apabila diberitahu oleh seorang kawan yang baru balik dari Sidang DUN Kedah petang tadi, mengatakan Sidang DUN kali ini agak kecoh.

"Apa yang betul?" tanya balik kawan aku tu.

Pasai sebelum ni ramai yang jangka suatu sejarah akan tercipta dalam Sidang DUN Kedah kali ini. Tenguk tang ni! Kononnya, mungkin Kerajaan PAS akan tumbang angkara seorang bekas pemimpin BN yang kononnya giat berusaha membeli beberapa orang ADUN PKR.

Kawan aku tersengih macam kerang busuk bila mendengar penjelasan aku. "Tarak apa pun!"

Mengikut cerita kawan aku, yang berlaku hanyalah riuh-rendah apabila seorang ADUN dari PKR Lim Soo Nee berkata "Kerajaan BN paria...."

Lantas melompat sakanlah beberapa orang ADUN BN seperti Dato' Syed Sobri Syed Hashim (BN-Kuala Nerang), Tajuddin Abdullah (BN-Belantek), Mohd Rawi Abdul Hamid (BN-Air Hangat) dan lain-lain wakil rakyat BN yang meminta Lim tarik balik perkataan yang disifatkan sebagai kasar.

Untuk perhatian, Lim Soo Nee inilah yang dikhabar-anginkan oleh pihak tertentu, antara ADUN yang akan 'dibeli' BN. Lim inilah juga yang sebelum ini menjadi juara mempertahankan isu merobohkan Pusat Cucuk Babi di Kampung Berjaya.

Lim mulanya 'ketegar' dan tak mau tarik balik kerana katanya ’paria tidak kasar sangat’. Tapi Lim akhirnya tarik balik lepas Speaker DUN Dato' Dr Abdul Isa Ismail masuk campur dan berkata “paria” menjadi kasar bergantung kepada orang yang mendengarnya.

Nampak sangat pemimpin-pemimpin bukan Melayu dari PKR begitu lantang dan banyak menyerang orang Melayu dan agama Islam. Apakah trend ini sengaja dicipta untuk menyakitkan hati dan perasaan orang Melayu dan umat Islam? Ataukah mereka ini sudah tidak segan-silu atau sudah naik tocang kerana 'sleeping partner' Melayu (dan Islam) mereka pun pernah memaki hamun orang Melayu Islam dengan bahasa yang lebih dahsyat?

Mustahil pemimpin politik seperti Lim Soo Nee tidak tahu makna 'paria' dan sensitifnya perkataan atau panggilan tersebut bagi masyarakat India? Kalau Lim Soo Nee nak tau kasar atau tak kasar, suruh dia sebut 'paria' kat Ahli Parlimennya (Padang Serai), Gobalakrishnan. Kalau Golabalakrishnan boleh senyum lagi dan tak marah, maknanya 'paria' tu tak kasar.

Dari cerita kawan aku tu, aku nak ucap syabas kepada Mohd Rawi yang jadi hero baru. Nanti aku nak ambik Mohd Rawi jadi hero dalam wayang kulit aku. Boleh kot?

Yang membuat aku senyum panjang bila Mohd Rawi berkata “Inilah kali pertama perkataan yang tidak sepatutnya digunakan dalam Dewan Yang Mulia ini diucapkan oleh wakil rakyat dari PKR,”, menjadikan Sidang DUN kali ini benar-benar mencatat sejarah walaupun tiada langsung angin berhembus untuk menjatuhkan Kerajaan PAS.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Betoi ka Kerajaan Kedah akan ditumbangkan?

Panas atau sengaja nak bagi panas? Kalau baca tang ni, memang panas. Aku ulang tanya sekali lagi; Memang panas atau saja-saja nak bagi panas? Benda sejuk kalau nak bagi panas memang mudah. Cucur yang sejuk gedi, kalau nak bagi panas memang boleh. Nasi sejuk pun semacam. Boh saja dalam belanga. Letak atas dapur. Buka api. Jadi panaslah!

Isu yang tak dak, kalau nak bagi ada juga boleh. Isu boleh dicari dan direka. Isu yang sejuk, kalau nak bagi panas juga boleh. Isu yang basi pun, kalau pandai diadun dan diragi semula, boleh jadi 'fresh' atau segar.

Ada orang sengaja mencipta atau mereka-reka isu untuk menghentam pihak lawan bagi menunjukkan dia bijak berkerja dan pandai dalam menyusun strategi. Kadang-kadang ada orang mengorek isu lapuk dan kemudian memanaskannya. Bila ramai yang memberi fokus kepada isu tersebut, sekaligus akan melonjak dirinya jadi popular. Sesetengah orang memang diketahui mempunyai isu tapi pandai mencari isu lain untuk melindungi atau mengalihkan pandangan terhadap dirinya.

Saya tidak tahu untuk mengkategorikan isu yang ditimbulkan dalam KedahLanie dan dalam blog Setpol Menteri Besar Kedah. Tapi beberapa kepelikan berlaku di dalam mengendalikan isu berkenaan.

Kenapa Ketua Whip DUN Kedah, perlu memanggil semua ADUN PR untuk menyatakan solidariti mereka, sedangkan yang dikhabar anginkan untuk melompat hanya beberapa ADUN PKR? Cukup mereka yang terlibat saja dipanggil dan diminta menyatakan pendirian.

Pelik juga jika yang mengatur Sidang Akhbar di Mentalon dan menjemput wartawan juga dilakukan Setpol Menteri Besar dan bukannya Setiausaha atau Pegawai Akhbar MB. Bertambah pelik lagi jika soalan-soalan panduan disediakan oleh Setpol, seolah-olah wartawan yang dijemput tiada kredibiliti langsung.

Perkara yang digah-gahkan ini bukan mustahil berlaku. Tapi lojiknya harus diambil kira. Siapa MK dalam kepimpinan UMNO Kedah kini? MK cuma MT UMNO dan Ketua Bahagian yakni secara otomatis sebagai Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Dengan kapasiti itu kita sedia maklum sejauh mana pengaruh dan bidang kuasanya.

Untuk apa dia berhempas-pulas atau sanggup bermati-matian 'membeli ADUN tertentu' kerana dia sendiri cukup yakin bahawa dirinya (buat masakini) tidak mungkin kembali ke Wisma Darul Aman. Masa dan peluang baginya telah berlalu dan tidak mungkin (dalam isu ini) MK mengorbankan apa segala untuk orang lain.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Ku sangka seorang rupa-rupanya.....

Semasa menulis tentang nasib Muhamad Che Nai yang dapat hadiah besar berkait isu Babi di Kedah, klik tang ni aku belum lagi tenguk memo pertukaran KCS (Pegawai Tadbir Negeri Kedah). Tulisan aku masa tu berdasarkan tips dari member rapat yang dok kerja di Wisma Negeri. Selalunya apa yang depa bagitau, boleh dipercayai 99.99%.

Kemarin dulu balik sana, masa aku nak masuk hutan, ada member telefon bagitau memo pertukaran KCS dah keluar. Dia bagitau lebih 30 KCS yang terlibat. Nak suruh dia baca pun ramai sangat. Nak suruh dia faks kat aku, dalam hutan mana ada faks. Line telefon pun tak dapat. Internet jauh sekali la. Frust juga pasai tak boleh nak tenguk senarai tu. Nak buat geno, demi anak-bini, kenalah jugak masuk hutan cari makan. (Jangan tanya aku masuk hutan buat kerja apa. Tapi kalau nak ikut, bila-bila masa boleh.)

Petang kemarin kami keluar hutan. Lepas mandi dan salin baju, aku terus terkam pi rumah member. Bila dia tunjuk fotostat senarai pertukaran yang dikeluarkan oleh Pejabat SUK, baru aku tau. Rupa-rupanya lebih 30 orang KCS yang terlibat dalam pertukaran tersebut. Ada yang senior. Ada yang junior. Ada yang junior, langkah 3/4 kepala yang senior. Ada yang naik pangkat. Ada yang pindah Pejabat tapi gred sama jugak.

Member aku dok pot pet pot pet(mengomel panjang) pasai pertukaran KCS kali ni yang dia anggap pelik dan berlainan dari dulu-dulu. Dia tak puas hati. Tapi apa boleh buat, terima sajalah. Siap bungkus la. 16 Ogos ni, mau tak mau kena pindah pejabat baru.

Masa dok belek tenguk senarai tu, aku terkejut berok bila tenguk nama Pegawai Daerah Pendang, Encik Shukor Ghani yang ditukarkan menjadi Pegawai Daerah Bandar Bharu. Encik Shukor ni baru sangat jadi DO Pendang, perasaan tak sampai 6 bulan. Pasai apa dia pun kena tukar? Yang ganti dia mai ke Pendang pulak, DO Bandar Bharu. Kong kalikong betul la...

Setelah member aku bagitau, baru aku faham lagi mengerti. Rupanya, hebat jugak isu babi di Kedah ni. Sama hebat dengan H1N1.

Mulanya aku sangka Mad Che Nai seorang saja yang dapat hadiah pasai berjaya dalam mengetuai operasi merobohkan Pusat Cucuk Babi di Kampung Berjaya, rupanya Encik Shukor Ghani (DO Pendang yang tolak cadangan Pusat Cucuk Babi di Kampung Cina) pun dapat hadiah jugak.

Nanti Mad Che Nai dan Shukor Ghani boleh la menyanyi lagu "Kita serupa.... kita serupa!

Selasa, 4 Ogos 2009

Isu Babi di Kedah - Mad Che Nai dapat hadiah besar!


Isu Pusat Cucuk Babi di Kampung Berjaya yang kontroversi telah mula dilupai orang. Cuma Kerajaan PAS Kedah yang masih tanggung bala untuk dapatkan tempat baru sebagai pengganti. Sehingga hari ini belum ada kata putus di kawasan mana Pusat Cucuk Babi yang baru akan beroperasi.

Apa pun, Pusat Cucuk Babi tersebut telah ruyup, hilang dari peta negeri Kedah. Tapak bekas Pusat itu sekarang jadi padang jarak padang tekukur. Kerajaan Kedah atau MBAS mempunyai perancangan untuk membangunkan tapak berkenaan. Kononnya, utusan telah pun dihantar oleh Kerajaan Negeri untuk berunding dengan Wakil Kerajaan Pusat bagi mendapatkan peruntukan.

Kata yang empunya cerita lagi, Datuk Paduka Ahmad Bashah setuju untuk membantu dengan syarat cukup mudah, tidak seperti syarat yang dikenakan oleh Tuan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka. Syaratnya, Kerajaan Negeri kelak hendaklah mengisytiharkan bahawa Projek berkenaan adalah atas bantuan kewangan Kerajaan Pusat. Kata yang empunya cerita lagi, ha tidak, hu pun tidak dari Kerajaan PAS Kedah.

Berbalik kepada isu babi. Bercakap mengenai isu ini, makhluk yang bernama Mohamad Che Nai tidak dapat disembunyikan peranan dan sumbangannya dalam sejarah keruntuhan Pusat Cucuk Babi di Kampung Berjaya. Samada sebagai hero atau crook, Mohamad Che Nai tetap sebagai peneraju utamanya. Ada yang mengutuk, ada yang memuji. Nak tau lanjut klik tang ni. Kalau tak mau tang tu, mai klik tang ni pun boleh.

Dalam cerita purbakala masyarakat Melayu, kalau seseorang Pahlawan berjaya melaksanakan sesuatu perintah istana, dia akan mendapat penghargaan dan hadiah lumayan dari Raja. (Tak payah diberikan contohnya) Begitu juga jika, perompak hatta penyamun sekali pun jika berjaya menjalankan misi yang diarahkan oleh Ketuanya, dia akan menerima hadiah atau habuan istimewa.

Atas segala jasa dan sumbangannya melenyapkan Pusat Cucuk Babi dari muka bumi Bandaraya Alor Setar, Mohamad Che Nai anak kelahiran Kampung Tiak ini tidak terkecuali untuk mendapat penghargaan atau hadiah atau habuan yang cukup istimewa. Pewar-war atau perkhabaran mengenainya telah dikeluarkan. Maka berkuatkuasa pada 16hb Ogos 2009 ini, membawa dirilah pula manusia bernama Mohamad Che Nai ini, berkelana ke Pejabat barunya di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah.

Selamat bertugas Mohamad Che Nai!

Isnin, 3 Ogos 2009

Awat jadi lagu tu?

Tak dan habis penat dok jaga Tok beranak, ada orang mai bawa 'cerita' pasai kelam-kabut masa Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Serai hari Sabtu lepas. Kawan yang bawa cerita ni kata, sampai tumbuk-menumbuk. Wah memang dahsyat! Macam filem Cina kot no? Nak tak percaya pun, kawan yang bawa cerita ni jugak orang UMNO. Aku kata kat dia, awat jadi lagu tu? Dia kata, tu la... Pemimpin UMNO Kedah teruk!

Laaaaa! Pasai apa bertumbuk di Mesyuarat UMNO Bahagian, lepas tu pi tuduh kata Pemimpin UMNO Kedah teruk? Tak kena la macam tu. Tak kan Pemimpin nak suruh ahli bertumbuk? Betul la UMNO Padang Serai bawah UMNO Kedah. Tapi pentadbiran Bahagian UMNO adalah tanggungjawab Ketua Bahagian.

Dia kata lagi, pasai perkara tu berlaku depan Datuk Sahfie Afdal, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Jadi, malu la UMNO Kedah. Nak malu apa? Baguslah kalau berlaku depan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Datuk Shafie dapat tenguk dan buat penilaian sendiri terhadap UMNO Bahagian Padang Serai.

Dia kata lagi, punca bergaduh tu pun pasai AJK UMNO Bahagian Padang Serai tak bagi atau menghalang sekumpulan ahli yang nak serah Memorandum kat Datuk Shafie. Memorandum tu pulak sebagai membantah terhadap satu tindakan yang diambil oleh Ketua UMNO Bahagian Padang Serai.

Aku kata kat kawan yang bawa cerita tu, pasai apa Jawatankuasa UMNO Bahagian tak bagi puak yang nak serah Memorandum kat Datuk Shafie? Biaq pi la depa nak serah. Kalau halang, itu yang jadi masalah. Kalau tak bagi serah tang tu, tentu depa akan ikut dan cari Datuk Sahfie sampai dapat. Depa akan ikhtiar nak serah jugak Memorandun tu kat Datuk Shafie.

Ketua dan AJK UMNO Bahagian tak patut halang. Lagi pun belum tentu Datuk Shafie Afdhal nak terima bulat-bulat isi kandung Memorandum tu. Dia nak buat kajian dulu. Kalau tak salah, Ketua dan AJK Bahagian nak takut pasai apa? Kalau depa betul, depa nak halang buat apa?

Cuma silap puak yang nak serah tu pun ada jugak. Nak serah bantahan apa pun boleh. Tapi bagilah kena cara dan tempat. Cari masa atau tempat yang sesuai. Jangan ganggu majlis. Mungkin AJK yang halang pasai tu, tak mau majlis tercemar. Banyak lagi cara boleh serah Memorandum tu.

Aku teringat satu insiden yang hampir sama berlaku sekitar tahun 90an (aku tak ingat tarikh yang tepat) dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar. Waktu tu Tan Sri Khalid Abdullah jadi Ketua. DS Anwar Ibrahim yang datang rasmi Mesyuarat tersebut. Gaya Anwar naik dan baru duduk atas pentas, seorang ahli Cawangan meluru ke pentas dan serah satu Memorandum kat Anwar. (Ahli tu pun jenis 'wire spark' juga kot!) Isi Memorandum ialah mengenai rasa tak puas hati beberapa Cawanagan kat Ketua Bahagian. Tapi Ketua dan AJK Bahagian buat 'cool' saja. Malah semua bagi tepukan.

Dalam kes UMNO Bahagian Padang Serai ni, tak dak sapa yang salah kalau dua-dua puak dapat duduk semeja. Yang jadi masalah, pasai dalam UMNO Bahagian Padang Serai memang ada masalah. Kalau UMNO Bahagian yang ada masalah, jangan salahkan orang lain. Dalam situasi begini, UMNO kena mengurangkan masalah. Bukan menambah masalah.

Aku ucap terima kasih la kat kawan yang bawa cerita ni kat aku. Pasai dok kalut jaga Tok beranak, aku terlupa nak bagi terima kasih kat dia. Cuma aku nak pesan, benda-benda macam ni jangan dok pi cerita kat orang. Tak elok sangat aih dok pi tunjuk kurap kat orang!

Kesian kat Tok....!

Pertama sekali minta ampun minta maaf banyak-banyak kat adik-kakak semua pasai dah banyak hari tak buat posting. Tak dan. Kalut sangat. Aku ambik cuti mengejut, kena jaga tok beranak. Dah tak dak orang lain nak jaga Tok. Klinik tolak. Hospital tak mau terima. Nak tala cari bidan kampung, pun semua bidan kampung dah pupus dari muka bumi.

Kesian kat Tok...!

Aku jumpa semua pegawai klinik dan hospital nak minta tolong. Bersyarah panjang kat depa pasai konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Dato' Seri Najib, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Depa tak tau apa satu pasai konsep 1 Malaysia. Depa kira, masuk kerja jolok 'punch card'. Balik kerja jolok sekali lagi. Di rumah depa pun tah-tah ka kena jolok lagi?

Depa tak hairan pun masa aku dok bersyarah pasai konesp 1 Malaysia. Depa buat telinga badak. Depa tak pakai. Alasan depa senang sangat, pasai umur tok kanyaq lagi. Baru nak masuk 100 tahun. Mau tak mau, sebagai cucu, aku kena jaga tok.

Kesian kat Tok...!

Nak harap kat Tok Wan tak boleh langsung. Beda dia sendiri tak lepas. Tok Wan uzur. Selalu senak kembung. Selalu sangat sakit urat dan lenguh sendi. Selalu kebas kaki tangan. Dok kuat dengan akar kayu dengan minyak angin saja. Akar kayu tak pernah luak atas para. Periuk tanak atas dapur tak pernah susut. Botol minyak angin berceretek tepi dinding. Kole ubat tanak tak boleh jauh dari hujung kepala. Tidur malam, minyak angin bau semerbak satu kelambu.

Tok Wan juga selalu senak kembung. Kurang makan, dah masuk angin. Lebih makan, angin keluar tak berhenti, depan belakang. Tok Wan jugak besiaq, kerap kencing. Nak kencing pun kadang-kadang tak dan sampai bilik air. Tok Wan pancut tang mana dan. Tok Wan sakit pinggang, payah nak tunjai bangkit. Tok Wan sakit lutut, tak larat nak meruet sana sini. Mata rabun kedua belah, tenguk semua nampak kelabu. Nak kencing kena pegang. Nak makan kena suap.

Kesian kat Tok...!

La ni tok dah ok. Kena ubat tanak 7 periuk. Campur pulak kacip Fatimah, ragi dengan akar tojah langit, tambah lagi air daun ketum, muka tok naik merah macam ayam bertelor. Walaupun belum habis pantang tapi belah malam Tok dah berani tidur dekat-dekat Tok Wan. Tapi Tok Wan macam tu jugak, tidur keras kaku macam batang pisang. Tak sedar apa satu.

Tok memang taat dengan petua. Pagi petang siang malam Tok bertunku. Lapik dengan daun gelembir lembu nak bagi cepat kecut kulit perut. Semua kerja Tok boleh urus sendiri. Boleh basuh kencing berak anak. Boleh basuh dan jemur lampin. Boleh bancuh susu anak. (Tok tak boleh bagi susu badan pasai susu Tok dah 'expired'. Boleh masak moi anak. Boleh rebus dan lenyek pisang anak.

Cuma satu yang aku dok pening kepala, pasai Tok mudah lupa. Kadang-kadang bancuh susu sampai sejuk gedi. Pasai tak ingat anak dok tang mana. Kena tunggu anak teriak baru Tok boleh tau.

Kesian kat Tok....!

Syit........... Jangan habaq kat orang!