Jumaat, 28 Januari 2011

Beginilah Nasib... Bahasaku Yang Malang....!


Pagi tadi aku pi Alor Setar pasai lama dah tak pi. La ni mula nak kemarau. Tanah dah mula nak kering kong. Tapi hujan pun kadang-kadang turun jugak lagi. Tak boleh hairan. Jangan dok pertikai. Ni bukan kerja kita manusia. Ni semua kerja Allah Talaa. Hujan kita bersyukur. Panas pun kita bersyukur.
Tengah dok ralit bawak kereta, ternampak beberapa iklan yang tergantung kat tiang letrik tengah jalan. Maaf, bukan tengah jalan tapi di pembahagi jalan! Banyak. Dalam banyak-banyak tu, ada yang mengguris hati Ekeng. Awat taknya, pasai la ni terasa sangat orang Melayu kita sentot. Pasai nak jaga perut, pasai nak jaga politik, sanggup gadai maruah bangsa. Malah ada yang sanggup gadai maruah agama Islam.
Ingat kot hak sebelah sana saja yang dok buat kerja tu. Rupanya sama. Serupa. 2X5 = 7+3. Jawabnya 10 jugak! Kita serupa! STOP! Jadi isu politik pulak.
Alahai.... kalau nak bagi mesej apa pun.... kat sapa pun dalam dunia Malaysia ni, janganlah sampai membelakangkan Bahasa Malaysia! Bahasa Malaysia bukan untuk orang Melayu saja tapi untuk semua yang mengaku jadi rakyat Malaysia. Dah lebih 50 tahun Bahasa Melayu diiktiraf jadi Bahasa Resmi negara Malaysia! Kena pakat-pakat hormat la. Lagi pulak semua rakyat Malaysia reti aih baca dalam Bahasa Malaysia.
Apa lagi dalam urusan kerajaan. Ini sampai tak dak langsung Bahasa Malaysia. Ada pun sikit sangat, pasai nak bubuh nama Menteri Besar. Yang buat iklan tu pulak, Kerajaan Negeri. Siap dengan logo resmi Kerajaan Negeri. Bukan parti politik yang iklankan. Yang peliknya, orang Cina sama Cina sendiri pun tulis ada jugak pakai Bahasa Malaysia. Cuba tenguk!

Tambah gambar di bawah ni pulak, kompeni yang dok buat arak. Pun ada jugak guna Bahasa Malaysia, di samping bahasa Tok Nenek depa. Depa hormat jugak kat Bahasa Resmi Negara.

Beginilah nasib.... bahasaku yang malang..... oh tuhan!

2 ulasan:

  1. Pi mana dah CCZ komen taksat..tup-tup hilang..Ekeng pi mana sampai lama tak dengaq habaq?start-start enjin terus bagi asap kat Ostat ni...ni yang ostat maghah2..

    Ekeng..yang ni saja ostat tau yang lain ostat tak tau...hehehe..kita gelak sikit-sikit sudahlah..nak buat lagu mana..oghang kedah pilih ostat!

    BalasPadam
  2. CCZ! Terima kasih banyak kerana masih ingat Ekeng dan masih sudi baca tulisan Ekeng yang suka merapu. Ekeng tak pi mana-mana. Cuma dok mengurung diri dalam rumah.
    Terima kasihhhhh!

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.