Selasa, 25 Januari 2011

Alhamdulillah!

Setelah lebih kurang setahun berubat, akhirnya penyakit yang Ekeng deritai (kata Tok Bomoh - batu ada kepala dalam!) kian sembuh. Koi pelan lega! Sehat wal afiat! La ni Ekeng jadi lelaki normal! (Masa sakit dulu pun, bini dan juga beranak seorang lagi!) Jangan marah no, melawak saja!
Masa dok dalam sakit dulu, boring tak tau nak habaq. Bukan takat boring, lebih dari tu sampai tak tau nak cerita. Cemus tak sangga. Siang nak tunggu malam, rasa berbulan. Malam nak tunggu siang rasa setahun. Masya Allah!
Duit berubat habis banyak mana tak pernah hitung. Perasan kalau takat nak beli 2 biji rumah banglo lepas! Jumpa bomoh ramai mana tak pernah kira. Perasan kalau himpun, penuh 2 biji bas! Mana saja dengar ada bomoh bagus, Ekeng pi cari. Nu... sanggup pi sampai ke Nakhorn Sri Thamarat nu! Tak pa! Duit habis sikit tak menyesal pun asalkan sehat.
Inilah nikmat Allah Taala yang manusia selalu lupa, iaitu sehat tubuh badan! Masa sehat, makan pantang jumpa. Waktu sehat, amal ibadat tak ambik kisah. Ketika sehat, asyik nak berseronok-suka. Bila terlentang sakit baru tau harga dan nilai sebenar nikmat sehat.
Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT yang menyembuhkan Ekeng. Tak tau bomoh mana satu yang bagi sembuh. Tapi Ekeng reti, bomoh hanya ikhtiar berubat, Tuhan yang berkuasa menyembuhkan. Subhanallah!
La ni Ekeng sudah boleh baca walaupun lambat-lambat. Mata tidak lagi kelabu dan berbinau bila dok perhati huruf. Kepala sudah tidak lagi pening bila dok kelebek skrin. Bila dah boleh membaca, bolehlah menulis. Mulai sekarang Ekeng nak menulis kembali di Blog pesaka ini. Berkurung seorang diri dalam rumah tanpa buat apa satu, bahaya jugak. Kalau lama-lama tak berfikir, otak boleh jem! Kalau otak tak jem pun, urat otak boleh tegang. Bahaya!
Rasanya otak Ekeng masih ok lagi ko? Tak berkarat lagi! Tahlah! Ekeng kata ok, mana tau kot orang lain kata tak ok. Macam mana pun Ekeng nak cuba. Cuma Ekeng tak bolehlah nak ulas atawa buat analisa bab-bab politik macam dulu lagi. Pasai Ekeng dah terputus hubungan dengan dunia politik. Pagi petang siang malam Ekeng berkerok dalam rumah. Tak pi berjalan ke mana dah.
Ekeng cuma nak tulis apa yang ada dalam kepala otak Ekeng. Tuhan bagi otak untuk berfikir. Jadi Ekeng cuba nak tulis sesuatu yang telah Ekeng fikir. Bukan pakai hentam ikut dan saja.
Pasai.... apa yang kita tulis, akan dipersoal di Yaumal Mahsyar nanti. Bukan boleh sorok pasai dua-dua malaikat dalam diri kita bertugas 48 jam sehari. Non stop! Jadi kita semua pakat-pakat beringat la pasai semua kita nak mati. Takat la ni, belum lagi ada manusia di dunia mencipta rekod kerana tak mati! Kalau ada sapa-sapa pernah dengar ada manusia hidup tak mati, tolong bagitau kat Ekeng sama na!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.