Isnin, 14 Februari 2011

Ala Cina....




Ekeng terkejut beruk bila sampai di depan Masjid Rantau Panjang, Kelantan baru-baru ni! Memang betul apa yang orang cakap dan memang betul apa yang Ekeng dengar sebelum ni. Sebiji macam tokong Cina. Kalau tak masuk ke dalam, susah nak percaya. Bila masuk baru tau. Memang masjid dan bukan tokong.

Ekeng pun segera teringat pada Masjid lama Niu Jie di Beijing dan masjid di Guangzhou (di nukilkan terdapatnya makam Sahabat Nabi SAW, Saad bin Abu Waqas) yang pernah Ekeng lawati. Hampir ada persamaan. Begitu juga dengan beberapa buah masjid lama di Melaka, termasuk Masjid Negeri - Masjid Al Azim.

Keunikan Masjid Rantau Panjang yang bercirikan senibina Cina tersebut sedikit senayak dapat membuka minda dan persfektif masyarakat Islam, juga masyarakat bukan Islam bahawa Islam bukan hak sesuatu bangsa atau kaum malahan untuk seluruh ummat dan mengganut Islam tidak bererti meninggalkan kesemua ciri hidup dan budaya warisan seseorang.

Dulu bila ada kawan dok becerita pasai keunikan Masjid Rantau Panjang ni, Ekeng memang tanam hajat untuk melawat dan yang lebih penting, dapat bersembahyang di dalamnya. Alahamdulillah setelah sekian lama, akhirnya tanpa dirancang dan tanpa diduga, hajat Ekeng termakbul jugak. Ekeng dapat beriktikaf dan bersembahyang di situ.

Ekeng dan kawan-kawan beraksi sakan mengambil foto berlatarkan pintu gerbang masjid yang cantik dan unik. Cuma sedikit menghairankan Ekeng kerana pintu gerbangnya agak hebat dan besar tetapi pintu masuk ke masjid kecil dan sempit. Tatkala menceritakan kepada seorang rakan kelahiran Kelantan, dia ketawa berdekah-dekah. Rupa-rupanya Ekeng salah masuk. Ekeng masuk ikut pintu belakang.

Terus dia memperli Ekeng, "pintu depan begitu cantik, kenapa pintu belakang yang dipilih?"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.