Selasa, 8 Februari 2011

Ala Melayu....


Tatkala petaka banjir melanda bumi Kedah hujung tahun lalu, Ekeng tak ada di sini. Kan ke Ekeng kena dok berulang pi balik pi balik, berubat di Nakhorn! Jadi Ekeng tak taulah cerita pasai bah besar tu. Depa dok cerita banjir tu besar dan dahsyat. Air laju dan mai dengan cepat. Ada yang kata macam Tsunami! Ekeng tak tau nak gambar dahsyat macam mana. Bila balik mai, tinggal bekas saja. Nampak la jugak sikit-sikit takok kat dinding dan tiang rumah kawan-kawan yang kena.
Kawasan Taman yang keliling kelalang kebanyakannya kena banjir. Tapi kawasan rumah Ekeng tak kena. Syukur Al hamdulilah kerana Allah SWT menyelamatkan rumah Ekeng.
Tapi anak Ekeng bagitau, kalau nak tenguk macam mana dahsyatnya, dia suruh tenguk keadaan banjir di Johor. Anak Ekeng kata, lebih kurang sama. Bezanya cuma di Johor air cepat surut. Yang di Kedah dulu lambat surut.
Hop! Stop! Cerita pasai banjir di Kedah tu cerita lama. Cerita dah basi. Yang tak basi, yang masih dok jadi topik panas, cerita pasai wang bantuan banjir. Bukan pasai Kerajaan tak bagi. Boleh kata semua yang terlibat dah dapat bantuan tu. Walaupun wang bantuan tu taklah banyak mana, tapi sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan bebanan mangsa. Syukurlah!
Kita kena tabik la kat Kerajaan pasai bantuan ni. Macam dengan Operasi Pyramid tu la, membantu membawa balik rakyat Malaysia dari Mesir. Ni bukan cerita politik. Inilah sikap prihatin dan tanggungjawab sesebuah Kerajaan! Ekeng dah berjanji, mulai kini dan akan datang, tak mau sentuh bab-bab politik dalam Blog Ekeng ni. Tapi geram jugak. Yang dok politikkan benda tu adalah mereka yang muflis politik.

Balik pasai bantuan banjir. Depa mai habaq kat Ekeng, ada yang 2 kali dapat bantuan. Ada yang laki dapat, bini pun dapat. Masya Allah! Nak tak percaya pun, benda betoi benar. YB Dato' Paduka Ahmad Bashah, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah pun macam dah confirm benda ni dan minta SPRM buat siasatan.
Apa nak kata.... ada lagi dari kalangan(sebahagian kecik) bangsa Ekeng yang berperangai buruk macam tu. Ala Melayu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.