Ahad, 13 September 2009

MB Kedah baru sedar BN dah lama haram arak?

Kedah Sudah Ada Undang-Undang Penjualan Arak - MB

ALOR SETAR, 13 Sept (Bernama)-- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak mengetahui mengenai cadangan kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat seperti dibangkitkan oleh Dewan Pemuda Pas.

"Semalam saya bermesyuarat dengan Dewan Pemuda Pas Pusat tapi tiada yang membangkitkan perkara ini. Saya kena dapatkan maklumat mengenainya terlebih dahulu," Imbang Penuhkatanya ketika ditanya mengenai cadangan dewan berkenaan.

Azizan berkata beliau tidak melihat cadangan itu sebagai satu keperluan mendesak memandangkan Kedah sudah ada undang-undangnya sendiri berhubung kaedah penjualan arak.

"Di sini hanya kedai-kedai tertentu sahaja yang diberikan lesen penjualan arak kerana ada penganut agama lain yang minum arak kerana agama mereka tidak mengharamkannya.

"Saya rasa tiada masalah bagi orang Islam kerana mereka tahu memang haram minum arak," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kulim, Lim Soo Nee sebagai anggota Exco Negeri yang baru di Istana Anak Bukit, di sini Ahad.

Azizan bagaimanapun melahirkan rasa terkejutnya mengenai cadangan supaya kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mengharamkan terus penjualan arak di negeri yang mempunyai majoriti umat Islam.

"Bila pula Dewan Pemuda Pas ada kuasa ke atas kerajaan negeri," kata Azizan.

Timbalan Pengerusi Dewan Pemuda Pas, Azman Shapawi Abd Rani berkata semalam mereka akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak itu.

-- BERNAMA

Komen Ekeng A/L Etong:-

Ertinya undang-undang itu sudah ada sejak BN perintah Kedah lagi. Ertinya juga, BN dah buat undang-undang ikut Islam. Arak hanya boleh dijual di kedai-kedai tertentu dan untuk bukan Islam saja. Ertinya apa yang BN buat dulu dah betul sebab tu Kerajaan PAS sekarang tak bercadang nak mengharamkan penjualan arak.

5 ulasan:

  1. Bukan setakat Ustaz Azizan saja, tapi masih ramai Pemimpin PAS lain pun tak sedar juga bahawa Kerajaan BN dulu dah banyak buat undang-undang mengikut Islam. Sebab itulah dulunya mereka menuduh macam-macam kat BN.

    Ustaz Azizan pun kalau tak jadi MB masih tetap menuduh BN tak ambil apa-apa tindakan terhadap penjualan arak di Kedah. Bila dia jadi MB baru dia sedar dan meneruskan undang-undang yang dibuat oleh BN dulu.

    BalasPadam
  2. Salam, mereka bukan untuk berfikir pasai undang-undang Islam, mereka yang nak kan kuasa, Islam hanya sebagai batu loncatan untuk dapatkan kuasa....

    BalasPadam
  3. Berani ekeng tegur ustaz azizan?Satlagi dia kata pulak bila pula ekeng ada kuasa nak tegur dia?Yang boleh tegur dan perbetul Ustaz Azizan ialah Lim Kit Siang saja.

    Jenis pandai sombong ni lagi susah. kalau bodoh sombong, tak susah. Dia terjun dengan orang yang pekak badak sama dengan dia saja. yang pandai sombong ni lah yang leceh. Dia buat-buat terror jawab macam orang lain bodoh pulak. Kita yang terjun bukan dia.

    BalasPadam
  4. alah...undang2 sapa pun boleh buat tapi awat masa BN dulu x mau kuat kuasa...kerajaan PR perintah selangor mcm2 benda boleh dibuat...x pernah kaa kerajaan Bn nk haramkan penjualan arak di kawasan majoriti melayu??memang undang2 dah lama ada tapi awat sekarang baru nak kuat kuasa??

    BalasPadam
  5. Salam sejahtera,

    Mata kekadang salah melihat, mulut kekadang tersalah ucap, hati pula kekadang tersalah duga. Justeru, saya memohon maaf di hari mulia kerana tersalah kata dan terkasar bahasa selama kita bertemu atau berkenalan di alam maya.

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Dzahir dan Batin.

    - Yopman
    sanasinigitugini.

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.