Selasa, 29 September 2009

Minta Gedembai Tutup Mulut!!!


Sah. Muktamad. Confirm!

Suka atau tidak, berkenan atau tidak, setuju atau tidak, Tan Sri Isa Samad telah diumumkan sebagai Calon BN di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang 11 Oktober nanti.

Kalau kita benar-benar sayangkan parti (UMNO) jangan lagi kita pertikai atau turut memperlekeh pemilihan Tan Sri Isa Samad. Kalau kita benar-benar sayangkan parti (UMNO), kita mesti akur dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

Tan Sri Isa Samad telah pun melalui proses hukuman bagi membasuh dosa atas kesalahan yang dilakukan. Sedangkan ramai lagi pemimpin yang melakukan kesalahan sama seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Isa Samad, masih bebas dan memegang jawatan dalam parti. Tan Sri Isa lebih bersih dari mereka!

Bagi pembangkang, letaklah siapapun menjadi Calon BN di PR Badan Pinang, hatta bayi yang putih bersih dari sebarang dosa, mereka akan tetap memperlekeh dan habis-habisan menyerang hingga ke isu peribadi. Sedangkan ada calon mereka yang berlumuran najis dan dosa, tetap mereka puja dan memberi sokongan. Itu memang sikap pembangkang!

Pucuk pimpinan parti telah membuat keputusan. Berilah kepercayaan dan sokongan padu kepada pemimpin kita. Semoga tidak akan ada suara-suara sumbang dari kalangan ahli-ahli UMNO sendiri yang memperlekeh atau mempertikai kerana sebelum ini pun kita telah banyak bersuara memberikan pandangan. Semoga Gedembai-Gedembai dalam UMNO atau BN, tidak lagi membuka mulut; Jika boleh, bersin atau batuk pun jangan!

Kalau boleh tudung kita tudung. Kalau boleh tutup kita tutup. Jika Tan Sri Isa Samad kalah, bererti parti kita kalah.

8 ulasan:

  1. Parti Pakatan Haram lagi teruk akhlak daripada ADUN-ADUN BN pun boleh menang. Cuma kena hati-hati dengan puak-puak 1 parti nie sebab pejenis KAKI FITNAH & MENGAIBKAN SESAMA ISLAM.

    Puak2 nie akan berkeliaran di sesuatu kawasan yang sedang menghadapi PR. Sesi Ceramah, Tarbiah & Usra atas nama majlis ilmu tetapi mukadimah dgn Ayat Quran, Isinya penuh caci maki & fitnah, penutupnya "Yang Baik datang dari Allah dan Yang buruk datang dari Orang UMNO"

    Jadi berhati2 lah dengan golongan ini.

    dinzi

    BalasPadam
  2. Salam, kenapa perlu mempertikaikan lagi, itulah pilihan masyarakat Bagan Pinang, mereka lebih tahu hati budi Tan Sri Isa Samad sebagai pejuang bangsa dan agama....

    Apa, pemimpin PAS khawarij, PKR pengkhianat dan DAP komunis terlalu bagus ke ? penipu rakyat, penjual agama dan tak kurang juga kaki maksiat, perasuah.......

    Mereka yang jumud sahaja yang tidak nampak iblis disebalik jubah dan serban....

    BalasPadam
  3. Aku juga telah mengambil ketetapan untuk menerima TSIS sebagai calon UMNO. dah depa mau.

    dua tiga haro dok kelitin rakyat Bagan Pinang depa dok kata mau kat dia juga. Kita ikut jerlah....

    BalasPadam
  4. Yang gambi,

    Allah kata pakaian taqwa adalah sebaik-baik pakaian......bukan serban, bukan jubah. Kalau aku kata itu pakaian sunnah(adat) orang-orang Arab, ramai pula yang tak jadi syiekh akan 'naik syiekh'!!!!!

    BalasPadam
  5. Gedembai? mana boleh tutup mulut dia.

    Dia hebat, dia tokoh, dia negarawan, dia mana takut mati, dia mana pedulu negara nak telungkup n dia dia dia dia macam lah yang tak boleh nak cakap lagi.

    Kota Setar Selatan n Lunas ada sejarah hitam, kerana gedembai tak peduli apa nak jadi. Dia bersuara Perikatan di Kota Setar Selatan dan BN di Lunas meghudum.

    Yang baik semua dari Allah dan yang tidak baik itu perbuatan manusia.

    BalasPadam
  6. Mudahnya menabur kejian dari mengungkapkan syukur. Sekurang-kurangnya di tangan Tun, Malaysia menjadi negara maju. CCZ takut kalau di bawah tangan siberangan, lalang setinggi nyiur pun sedap untuk dijadikan tilam berdengkur..Mudahnya manusia melupai nikmat hasil titik peluh dan keringat insan-insan lain. Tahniah!

    BalasPadam
  7. ISA SURAT KHABAR LAMA YANG PATUT DIKITAR SEMULA

    PON BLEH JADI CALON...KAH..KAH..KAH

    BalasPadam
  8. ADA-kah UMNO/BN akan senasib parti LDP di JEPUN?????
    RATA2 org Melayu dah muak,fed up dan TAK kisah dgn HIDUP/Mati UMNO dan BARISAN NASIONAL.....TU SEBAB BYK YG TOLAK UMNO....

    Ini adalah disebabkan beberapa pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu,saperti berikut nya;
    1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
    2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
    3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
    4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
    5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
    6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
    7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
    8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
    9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
    10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
    Hukum2 Allah saperti Hudud diperLEKEHkan dan SEKULARISMA didahului
    11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
    12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
    13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
    14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.Kes pulau BATU PUTIH,menampilkan keLEMAHAN...
    15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
    16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu,drp memperBAIKI MeCD...
    17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.(cuma mampu capai 15-18%saja equiti untuk
    org MELAYU..!!)
    18.MemBIARkan MCA dan MIC memanipulasikan UMNO/BN selama 50 tahun...satu contoh:Men Kesihatan Liow,minta peruntukan rm150juta setahun untuk vaksin cervical cancer sbb ramai wanita Cina yg kena cancer ini,tapi untuk nk tolong peniaga2 MIM,Mara dah habis
    peruntukan....
    19.UMNO cuma tolong kumpulan UMNO Elitis,GuangXi Putra(yg ada koneksion &kaki ampu dlm UMNO)tapi
    ahli2 biasa tak di endahkan....
    20.Kadang2 org Melayu rasa di anak tiri kan,kerana undi org Melayu seolah tak ada nilai,tetapi apabila org Melayu dah "FED UP & MELUAT",tiada MAAF bagiMU,UMNO...!!

    FIKIR2KAN LAH menjelang PRU 13(2012/2013)....!!!!!!!!!!

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.