Khamis, 2 Julai 2009

Seloka Babi

Seloka kali ni pasai babi

kisah terjadi di negeri sendiri

cerita dah riuh serata negeri

babi pula menjadi selebriti.

Dalam surat khabar atau di tv

berita disiar berulang kali

dalam internet riuh sekali

dahsyat lagi di kedai kopi.

Ada yang kutuk ada yang keji

ada yang puji ada yang maki

ada yang meloko berdiam diri

pasai dah dapat makan free.

Pasai babi kena ambik peduli

jangan dok hebat atas kerusi

silap haribulan tak dapat undi

kalah pilihanraya teriak balik guri.

DAP marah anjur demontrasi

sanggup berjemur di panas matahari

tenguk FRU mai dengan lori

depa tak hairan pasai dah mangli.

Dari pagi sampai tengahari

DAP dok halang tak bagi jadi

pekerja MBAS tak ambik peduli

pasai tak ada arahan MB.

Arahan Tilong depa patuhi

pesan Mat Cik Nai jangan lari

kalau kali ni pun kerja tak jadi

salah seorang mesti gila babi.

Jengkaut tak kira kayu dan besi

Habis disodok menyembah bumi

Bulldozer tolak himpun ke tepi

kering nanti boleh cucuh api.

Tamatlah sudah isu sensasi

penduduk sekitar senang hati

masuk tidur semerbak wangi

bangkit pagi pun tak bau babi.

Cuma DAP berkecil hati

ungkit habis perangai MB

apa diminta semua tak bagi

buat DAP macam anak tiri.

PAS buat onar dah banyak kali

DAP kata tak boleh jadi

lalu merajuk membawa diri

keluar pakatan kerana babi.

DAP sangka MB nak simpati

rupanya MB cukup keras hati

macam halau suruh pi lagi

pasai DAP tak kenang budi.

Dahsyat jugak isu kali ni

hebat dari selsema babi

pemimpin PAS tak sedap hati

takut hilang lagi satu negeri.

Azizan kata bergaduh laki bini

hari ini lari esok balik lagi

Anwar Berahim tumpang sekaki

salahkan media bagi publisiti.

Cerita seloka tak habis di sini

banyak lagi isu sensasi

salah silap harap diampuni

di lain ketika berjumpa lagi.

Pak Ku Shadat sudah pun mati

moga rohnya Tuhan rahmati

Cucu Tok Nadoq jadi pengganti

seni warisan sama dihargai.

Dari kepala otak:-

Ekeng a/l Etong

Cicit Tok Nadoq

2 Julai 2009.

7 Dalil pasai apa DAP Kedah tak keluar PR.

Jadi ka DAP Kedah keluar dari Pakatan Rakyat (PR)? Penyokong UMNO jangan seronok lagi. Penyokong PR pun jangan sedih lagi. Parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rapuh ni memang terkenal sebagai pelakon-pelakon drama. PAS cekap dalam Makyong. PKR dengan teater moden yang serba boleh. DAP pula ahli Opera Cina yang terkenal. Telah banyak kali kita tengok lakonan mereka sebelum ini.

Kenyataan Thomas Su, Pengerusi DAP Kedah “untuk keluar PR” nampak macam tak berapa nak ikhlas. Memang masa awal DAP berdemontrasi di Pusat Penyembelihan Babi Kampung Berjaya, DAP ingat Menteri Besar akan keluar arahan baru supaya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menghentikan operasinya. Tapi MBAS meneruskan juga operasinya dan akhirnya tamatlah sudah riwayat sebuah Pusat Penyembelihan Babi yang penuh kontroversi dan sekian lama menghantui penduduk Alor Setar.

Kenyataan Ustaz Azizan “kalau depa nak keluar, keluarlah!“ pun tak bersungguh. Ayatnya masih dok lekat kat rengkung. Nadanya macam orang tengah mengkelai dengan bini dan bini ugut nak balik rumah mak dia. Suruh tidak melarang pun tidak. Sayang kat DAP masih ada.

Isu sebenar DAP Kedah bukan sangat pasai Pusat Penyembelihan Babi yang dirobohkan tu. (Minta maaf – Tak boleh kata Pusat Penyembelihan. Mummy Rokiah kata – sejak bila babi disembelih? Kena kata Pusat Cucuk Babi). Lama dah DAP mengkelan dan dok taram kat Kerajaan PAS Kedah ni. Dah lama dah tapi tak pernah keluar dari mulut. Cara Thomas Su cakap pun kita boleh agak dah.

Dari segi teknikal aku rasa, DAP Kedah masih belum keluar dari Pakatan Rakyat (PR). Kena tunggu keputusan DAP Pusat dulu.

Jadi ka DAP Kedah keluar dari PR? Aku payah nak percaya. Aku ada 7 dalil untuk mengatakan 'TAK':-

Dalil kedua:- seperti kata Ustaz Azizan, DAP Kedah tak rujuk langsung kat DAP Pusat. Jadi DAP Pusat yang akan menentukan.

Dalil ketiga:- PAS akan pulun sedaya boleh tak mau bagi DAP keluar. Walaupun DAP cuma 1 kerusi dalam DUN Kedah tapi kedudukan PAS macam nyawa di hujung tanduk, pasti telah diambil kira oleh PAS. La ni pulak dok gah macam-macam pasai ada yang nak lompat keluar.

Dalil keempat:- Isu yang dibawa oleh DAP Kedah, membuktikan kaum Cina tak puas hati kat Kerajaan PAS Kedah. Ini juga satu lagi virus baru yang diakibatkan babi. Virus babi Kampung Berjaya ni berbahaya dan mudah berjangkit kepada orang bukan Islam lain di Kedah. PAS akan guna segala bomoh untuk cegah virus ni.

Dalil kelima:- Syeikh Anwar Ibrtahim belum masuk campur lagi. Peringkat Tertinggi PR belum buat mesyuarat. Bila Syeikh Anwar buka mulut, habis semua kecut telor, kena ikut.

Dalil keenam:- Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz belum lagi keluar fatwa.

Dalil ketujuh:- Kalau DAP Kedah tak rujuk DAP Pusat, dan PAS Kedah pun tak rujuk juga kat PAS Pusat, apa pun keputusan di Kedah tak boleh pakai. Semua kena tunggu Pusat.

Dan dalil PERTAMA sekali, macam aku sebut awal tadi, semua ni adalah pelakon bangsawan. Agak-agaklah, sapa jadi pengarah depa?



Rabu, 1 Julai 2009

Apa dah jadi... apa dah jadi...?

Berita pertama:-
'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah

Gara-gara didakwa menconteng perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini. LAGI....



Berita kedua:-
Tiga lagi siswa UM dicari polis

Polis menjejaki tiga lagi suspek kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding sebuah dewan Universiti Malaya selepas dua pelajar diseret ke mahkamah hari ini. LAGI....

Berita ketiga:-
Tragedi di bilik asrama UTM

Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir. LAGI....

Komen ringkas:-


Tiga berita di atas ialah mengenai mahasiswa yang sedang mencari atau menuntut ilmu di Universiti. Kedua ibubapa dan seluruh keluarga pastinya sepanjang masa berdoa dan berharap agar mereka berjaya di Universiti dan kelak menjadi manusia berguna. Kerajaan telah menyediakan ruang dan peluang pendidikan kepada mereka (mungkin juga memberikan pinjaman) berserta prasarana yang baik bagi mempastikan mereka dapat belajar dengan sempurna dan selesa.

Mereka adalah generasi pewaris negara di masa akan datang. Mereka adalah dari kalangan remaja yang istimewa dan bernasib baik kerana berjaya menjejak kaki ke menara gading, sedangkan di luar sana, masih terdapat ribuan lagi remaja yang tidak berjaya.

Bagi mempastikan kejayaan mereka, tiada sebarang kerja (berat atau ringan) diwajibkan selama mereka menuntut. Tugas mereka hanyalah belajar dan belajar dan belajar.

Tapi apa dah jadi..... apa dah jadi....? Kesian ibu yang mengandung 9 bulan 10 hari. Kesian bapa yang berpuluh tahun membesarkan. Sedihnya, mereka sendiri tidak kesiankan diri sendiri.