Ahad, 25 Oktober 2009

Mengenal Mentaliti Pembangkang - II

Keratan Blog Tok Guru yang memuatkan saranan Nik Aziz.

Ketua Dewan Ulamak PAS, Harun Taib dengan tegas dan yakin menyatakan bahawa dia tidak percaya bahawa Nik Aziz membuat saranan supaya PAS mengadakan EGM bagi membersihkan parti tersebut. Antara lain Harun Taib memberi alasan, tidak mungkin orang semulia Nik Aziz akan membuat kenyataan begitu. Ekeng sangat-sangat berharap agar Harun Taib nantinya tidak pula menafikan kenyataan tersebut.

Sebelum ini sudah menjadi perkara biasa bagi pemimpin PAS yang terlajak atau tersilap mengeluarkan kenyataan dan kemudiannya menarik balik dengan berbagai alasan. Antaranya termasuklah kenyataan dari Nik Aziz sendiri.

Kalaulah seorang pemimpin atau KETUA yang memimpin 'ulamak-ulamak' PAS sendiri tidak percaya dan menganggap tulisan di dalam Blog Tok Guru iaitu Blog resmi Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan itu, betapa pula 'ulamak' yang lain dalam Dewan Ulamak PAS? Apatah lagi ahli-ahli PAS yang tidak sebanyak ilmu para 'ulamak' PAS? Apa lagi penyokong-penyokong PAS di kampung Ekeng?

Itulah mentaliti pembangkang yang taksubkan pemimpin.

Khamis, 22 Oktober 2009

Mengenal Mentaliti Pembangkang.

Seronok juga Ekeng jenguk dalam Blog kawan Ekeng Depa Kata. Riuh-rendah depa bergebang pasai mentaliti pembangkang. Bila bergebang tu, maklum saja la. Ada yang sokong. Ada yang bangkang.

Ekeng pun tumpang sekaki. (Tapi sebenarnya Ekeng masih ada 2 kaki no!) Ekeng ni macam anak murid Pak Ku Shadat. Banyak juga belajar dari aruah. Dalam memberi pandangan di Blog Jeanbara tu(Jeanbara ni tak reti menyanyi pun!) maka Ekeng pun berselokalah:-

Tak sangka! Memang tak sangka;
Buah cempedak jadi buah nangka;
Cabai burung jadi cabai melaka;
Nak pi Nami terlajak sampai Naka;
Pemimpin depa kata betui belaka;
Pakat angguk kepala semacam pokka;
Dulu tembun la ni tinggai rangka;
Dok kena tipu sampai ke tua bangka;
Janji syurga tapi lepas ke neraka;
Baru semua pakat padan muka!

Isnin, 19 Oktober 2009

Mahfuz Jadi Duta Produk?


Mungkin ramai yang tak kenal siapakah dalam iklan di atas sebab gambarnya kurang jelas kerana Ekeng pakai kamera koman. Maklumlah kamera tikam!

Apa pun Ekeng angkat topi kat YB Mahfuz! Walau pun dah jadi tokoh terkenal dan orang penting dalam PAS, jadi Wakil Rakyat iaitu Ahli Parlimen Kawasan Pokok Sena, namun YB Mahfuz masih sanggup melakukan apa saja demi membantu rakyat di kawasannya. Gambar di atas menunjukkan YB Mahfuz dalam iklan mempromosi makanan tradisi Melayu, dengan aksi menunjukkan kehebatan "lemang"!

Lepas ni Ekeng nak cari YB Mahfuz untuk jadi model dalam iklan dalam wayang kulit Ekeng. Tapi awal-awal Ekeng nak bagitau... tanpa bayaran!