Bergebang pasai hak kemarin.... hak kemarin dulu.... hak kemarin dulu balik sana.... hak kemarin dulu balik sana lagi.... hak kemarin dulu balik sana nu......!
Ahad, 11 Oktober 2009
Aku dok kata dah...!
"Sapa menang?" Tanya Tok Mo sebaik saja kami melangkah masuk ke rumahnya.
Ekeng malas nak layan. Tok Mo ni bukan reti sangat pasai politik. Kami mai kali ini pasai ada hajat lain. Kob yang paksa, ajak Ekeng mai pasai nak minta tolong Tak Mo.
"Tan Sri Isa Samad!" Tiba-tiba Kob yang menjawab bagi pihak Ekeng. Mungkin Kob nak ambik hati Tok Bomoh sebab dia ada hajat nak minta tolong dengan Tok Mo.
"Haa!!!" tempik Tok Mo agak kuat. Macam jerkah menghalau anjing masuk rumah. Ekeng terkejut. Kob juga terkejut. Airliur Tok Mo yang merah menyala bekas mengunyah sireh pinang, tersembur keluar.
"Aku dok kata dah!" sambung Tok Mo dengan nada meninggi. "Aku kata menang, confirm menang!"
Ewah, angkat ekor pulak! Ekeng semakin meluat tenguk kehelan Tok Mo yang mendabik dada. Kalau Ekeng tak suruh Tok Mo 'tenguk' hari tu pun, memang Tan Sri Isa boleh menang. BN menang pasai Bagan Pinang kubu kuat BN dan Tan Sri Isa Samad pula calon paling sesuai.
Haa tidak, huu pun tidak. Ekeng diam tak kata apa. Cuma Kob yang menganggguk-angguk macam pokka, mengiyakan kata-kata Tok Mo.
"Hari ni nasib baik Tok tak posa. Tapi bini pulak pi nat Changloon, tak balik mai lagi! Tak boleh makan kopi la nu Ekeng ooi!"
Pun Ekeng tak jawab apa satu. Ada sesuatu yang tergantung dalam kepala Ekeng, berat macam batu. Cuma menunggu ketika untuk bagitau kat Tok Mo.
"Hang mai kali ni ada hajat apa pulak Ekeng?" tanya Tok Mo.
Waktu yang dinanti telah sampai. Ketika yang ditunggu sudah tiba. Tapi mulut Ekeng masih terkunci rapat. Berat untuk memberitahu pada Tok Mo.
"Kami... kami ada hajat Tok. Nak minta tolong!" Kob yang gelojoh terus menjawab.
"Nak minta tolong apa? Tok bukan boleh bagi projek apa satu cek oi!"
"Kami... kami... nak minta nombor ekor Tok oi!" Tanpa malu tanpa segan, Kob terus memberitahu pada Tok Mo.
Kob memang gelojoh. Bercakap langsung tidak berkias atau berbunga. Langsung tidak berlapik atau bermukaddimah. Tapi, dada Ekeng tiba-tiba saja rasa lapang bila tenguk Tok Mo tersenyum tanda faham. Kepala yang berat pun turut menjadi ringan.
"Lama dah ka dok tikam ekor ni?"
"Lama dah Tok oi tapi tak pernah kena!" jawab Kob. Ekeng memang tak tau apa satu pasai ekor. Bab judi, Ekeng memang jahil. Kalau perkara lain boleh tahan tapi judi minta simpang malaikat 44.
"Ooo lama dah dok tikam ekor. Tapi tak pernah kena nu?" Tok Mo angguk-angguk dan geleng-geleng.
"Ya Tok! Pasai tu kali ni kami mai nak minta tolong kat Tok Mo!" Kob menokok-tambah dengan suara merayu.
"Macam ni!" kata Tok Mo sambil mengalih punggung supaya duduknya lebih selesa. "Kalau dah lama dok tikam ekor tak kena, balik nanti cuba tikam bawah dari ekor! Haa confirm kena!
Kob perhati muka Ekeng. Ekeng tenguk muka Kob. Tok Mo mengangguk-angguk penuh yakin. Mungkin kali ini pun betul kata Tok Mo!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Alhamdulillah...
BalasPadamTahniah TS Isa kerna dipilih menjadi ADUN Bagan Pinang. Tahniah juga pada penyokong dan blogger penyokong Barisan Nasional kerana membuatkan TS Isa menang dengan majoriti besar.
Tapi percayalah, selepas ini pelbagai tuduhan dari Pengencing Rakyat terutama PAS akan lempar pada pihak SPR, Polis, Tentera, UMNO dan BN.
Usaha kita sebenarnya tidak berakhir disini, langkah yang seterusnya adalah terus mendedahkan segala pembohongan puak Pengencing Rakyat ini. Biar rakyat menghukum semua tindakan mereka pada PRU ke-13 nanti. InsyaAllah.....
PAS 4 all = Israel 4 all = Piss 2 all
www.israel4all.com
Rakyat tidak selamanya menerima cramah penipuan, fitnah dan caci maki PAS-pakatan......
BalasPadamRakyat telah menguji mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, ternyata mereka hanya pandai berhujah fitnah, tetapi tidak mampu melaksanakan janji-janji merreka.
Itulah balasan kepada pendusta......
inilah balasan mereka PAS yang selalu menghina, mengutuk, memfitnah kerajaan BN.. terimalah kekalahan terbesar di dalam banyak2 PRK kali ini.. Jangan terima saja.. beralih terus ke BN .. tiada gunanya menyokong perjuangan Pakatan yang rapuh tidak sekukuh BN.. hanya BN yang mampu membentuk negara ini dan membuatkan negara lain tetap memandang tinggi terhadap Malaysia.
BalasPadamKalau Malaysia jatuh ditangan PAS, DAP atau PKR, alamatnya peperangan dengan negara-negara kuasa besar akan tercetus. itukah yang kita mahukan? Sudah tentu tidak. syabas buat kemenangan di Bagan Pinang. Tahniah kepada petugas-petugas BN, bloggers-bloggers yang mempertahankan BN di Bagan Pinang. Tapi jangan leka, perjuangan masih belum tamat lagi. Kita perlu tawan semula negeri2 yg perlu ditawan!
shonzu, YANG GAMBI & Media Cyber!
BalasPadamMenang di Bagan Pinang dengan bergaya dan dengan jumlah majoriti yang cukup besar, melenyapkan kedukaan dalam kekalahan lalu. Ertinya Tuhan masih tetap merestu perjuangan UMNO. Ertinya juga, rakyat masih mahukan BN yang terbukti telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia.
SLM BRO EKENG...YEZZEKKK!!..TELEKAN EKENG MENJADI!..X SIA2 JD PAWANG HEHEHE...YEHAAAAAAA!!!!
BalasPadamAlhamdulillah pengundi di Bagan Pinang pandai memilih yang mana yg elok dan boleh memanjukan kawasan mereka..1Malaysia benar2 telah menyatupadukan undi BN..PAS mesti wat post mortem kalah di PRK ni tanpa menang di saluran apatah lagi di peti undi...
BalasPadam