Bergebang pasai hak kemarin.... hak kemarin dulu.... hak kemarin dulu balik sana.... hak kemarin dulu balik sana lagi.... hak kemarin dulu balik sana nu......!
Ahad, 4 Oktober 2009
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim Berbohong
Kenyataan I: Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayob mendakwa Ketua Putera Umno hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semalam.
Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.Bagaimanapun, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez. Malah, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.
Kenyataan II: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa insiden Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk semasa penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang semalam dicetuskan oleh penyokong PAS berdasarkan pakaian.
Menteri Besar Kelantan itu berkata pakaian (seragam) adalah dalil atau bukti yang tidak boleh diterima. "Sebab pakaian seragam sekarang boleh dibeli di mana-mana, malah uniform polis, tentera boleh dibeli untuk digunakan atas sesuatu tujuan atau niat mereka," katanya.
Kenyataan III: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mendakwa ditumbuk penyokong parti pembangkang semalam, mengalami kecederaan tisu lembut.
Abdul Azeez berkata, beliau dimasukkan ke HKL selepas muntah-muntah dan pitam di rumahnya di Subang Jaya sekembalinya dari pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, Negeri Sembilan.
Komen Ekeng:-
Salahudin Ayob mengatakan bahawa Datuk Abdul Azeez berbohong dan sebenarnya tidak dipukul - memang betul Datuk Abdul Azeez tidak dipukul tetapi ditumbuk. TG Haji Nik Abdul Aziz pula semacam mengaku insiden yang berlaku ke atas Datuk Abdul Azeez - cuma bukan oleh penyokong PAS kerana dalil pakaian (seragam) yang dipakai tidak boleh diterima.
LU FIKIRLAH SENDIRI....!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Biasa laa penyokong Pas kan bebaik semuanya ialaa parti islamik kononnya laa...Yang tidur kat tengah jalan di kuala kangsar dulu pun bukan orang pas...ish..pak lebai bersemungtal dan berjanggut sejemput mana dok menyalak kat tengah jalan ...dan pandai memaki hamun orang..mereka tu kan hanya dok kat masjid jee..yang ada kat ceramah tu orang umno yang menyamar jadik orang pas..nyamar jadik nik ajis nyanyuk dan hadi ...
BalasPadam