Jumaat, 4 September 2009

DUN Siputeh - Dato' Abu Hassan Tak Lena Tidur

Tulisan saya sebelum ini cukup memberikan gambaran bahawa Kerajaan dan kempimpinan PAS di Kedah sedaya mungkin akan mengambil apa jua tindakan bagi mempastikan bahawa kerusi DUN Siputeh dikosongkan dan Pilihanraya Kecil akan diadakan.

Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak dan Speaker DUN Kedah, Dato' Dr Isa Ismail menyatakan bahawa secara teknikal DUN Kota Siputeh telah kosong. SPR yang dirujuk secara teknikal pula memutuskan DUN Siputeh tidak kosong. Oleh kerana terdapat dua pendapat, maka perlu ada pihak ke tiga untuk dirujuk iaitu Mahkamah. Itu pendirian Kerajaan PAS yang jelas akan membawa kes berkenaan ke Mahkamah.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya tindakan yang bakal diambil oleh Kerajaan PAS terhadap kes ini, mengatakan bahawa negara kita mempunyai undang-undang dan Speaker DUN Kedah berhak untuk mencabarnya di Mahkamah.

Cuma persoalannya, apakah nanti Kerajaan PAS Kedah hanya akan menerima keputusan Mahkamah sekiranya keputusan itu nanti berpihak kepada mereka?

Jika benarlah Kerajaan Kedah meneruskan hasrat untuk membawa kes ini ke Mahkamah, bermakna kerusi DUN Siputeh masih belum selamat bagi BN juga bagi penyandangnya YB Dato' Abu Hassan. Semuanya akan bergantung kepada keputusan Mahkamah.

Kalaulah keputusan Mahkamah nanti mengekalkan keputusan SPR, maka selamatlah BN dan selamat jugalah YB Dato' Abu Hassan. Sekiranya keputusan Mahkamah menjadi sebaliknya, semuanya (BN, Dato' Abu Hassan dan PAS) masih belum selamat kerana perlu berentap dalam Pilihanraya Kecil dan hanya pengundi yang akan menentukan.

Kalaulah keputusan Mahkamah kelak akan membawa kepada berlakunya Pilihanraya Kecil di DUN Siputeh, selamatkah Dato' Abu Hassan? Pertama adakah beliau yang menjadi punca masalah akan dicalonkan semula oleh BN? Andai Dato' Abu Hassan dicalonkan semula, mampukah beliau mempertahankan kemenangan?

Dato' Abu Hassan dikhabarkan oleh beberapa teman yang rapat dengannya, sebelum ini mengidap penyakit sukar untuk lena. Situasi sekarang akan menjadikan Dato' Abu Hassan semakin sukar untuk lena.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.