Isnin, 21 September 2009

Mabuk Ketupat

Ekeng paling suka makan ketupat pulut. Ketupat jawi tak berapa sangat. Kalau makan pun takat lima enam biji saja. Tapi kalau jumpa ketupat pulut yang tak dak biji, punya la pulun sampai mertua lalu kot belakang pun tak nampak.

La ni Ekeng masih dok mabuk ketupat. Masih dok mayau! Ekeng tak boleh nak buat posting baru. Mungkin lepas puasa enam ni baru pulih dari mabuk ketupat ni.

Minta maaf dan minta ampun banyak-banyak kepada semua!

7 ulasan:

  1. Saya pun sama, Ekeng. Kalau ketupat jawi, setakat makan ambik syarat boleh la. Tapi kalau ketupat pulut, kena pulak ada inti kacang...

    Dan saya juga hantu lemang. Di luar musim Aidilfitri/Aidiladha, paling koman sebulan sekali merayau cari lemang.

    Satu saja yang ralat; tahun ni sat sangat balik beraya di Kedah. Tak sempat nak beraya dengan kawan-kawan. Paling ralat; tak sempat nak teruskan hajat cari susu kerbau. Dah banyak tahun tak merasa...

    Di mana agaknya saya boleh dapat 'minuman' paling lazat di dunia tu?

    BalasPadam
  2. Saya pun dah lama tak kena susu kerbau. Kawan saya bagitau kat sebelah Kg Tanjong dekat Tunjang masih ada orang jual. Tapi kena booking dulu. Kalau bila-bila Jean nak balik, bagitau dulu, boleh saya tolong booked.

    BalasPadam
  3. Salam Ekeng,
    Rasa macam nak balik malam ni jugak.
    Tak apa, nanti kita berhubung. Saya, kalau part susu kerbau ni tak mau tawar-menawar dah. (Lagi pun susu kerbau, kalau tawar, tak cukup lemak, hilang 'kick'nya). Mudah-mudahan ada rezeki saya/kita.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Bila Jean balik nanti, Insya Allah kalau rezeki dapatlah minum susu kerbau tu. Nak bagi 'kick' lagi kalau waktu tu ada 'ringgi'. Fulamak!

    BalasPadam
  5. Salam lagi sekali,
    Ringgi tu apa? Yang macam emping tu ka?
    Kalau yang tu, lama sungguh tak makan.
    Saya ni sesungguhnya 'hantu' makan 'makanan warisan'. Dulu pernah berkereta tengah-tengah malam pi cari manisan nipah di Yan. Ikut orang menjala udang galah, cari buah berangan balik goreng (lepas tu tumbuk dalam gobek), cari udang bendang buat kerabu pucuk janggus, jangan cerita la lagi...
    Syukur, kita datang dari generasi yang sempat merasa semua itu. Kasihan anak-anak kita yang semakin tak berpeluang merasainya...

    BalasPadam
  6. Emping agak keras, dibuat dari padi pulut yang sudah tua. Ringgi lembut dan dibuat dari padi pulut yang muda. Dua-dua sedap. Kalau emping kerabu (digoreng bersama sambal dan udang kering) lagi terangkat!

    Banyak lagi makanan warisan yang jarang-jarang ditemui. Gulai pucuk mengkudu dengan ikan pekasam. Jeruk maman. Sayur daun geti. Lepat liat. Sagon. Kuih bunga pudak.

    BalasPadam
  7. Jangan seksa saya dengan menyeneraikan makanan-makanan tu la, Ekeng...

    Tengah hari tadi dapat makan kulat sisiaq goreng dengan udang (tapi sayangnya bukan udang bendang). Orang rumah beli kulat tu di pasar tadi. Pekena dengan gulai haruan campur ubi kayu...kalau hari-hari kena macam ni, saya berani lawan timbang dengan ketua puteri bahagian ekeng. Hehe (kalau dia baca, harap dia tak marah).

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.