Ahad, 27 September 2009

Tahniah Rakan-rakan Blogers!

Hari ini Ekeng dapat beraya selepas habis selerah puasa enam. Raya kali ni pun (lepas puasa enam) bini Ekeng yang rajin tu, buat juga ketupat pulut. Siap dengan gulai (likat) daging. Maklumlah, hariraya lepas makan tak berapa puas. Sapa yang teringin nak makan ketupat pulut, mai la ke rumah Ekeng. Rakyat marhain macam Ekeng, memang amalkan rumah terbuka sepanjang tahun.

Tapi kali ni Ekeng beringat, tak mau makan ketupat pulut banyak-banyak macam hariraya lepas. Bukan setakat mengantuk, takut nanti mabuk ketupat. Dok mayau siang malam. Sampai nak buat apa satu pun tak boleh. Depa kata kalau banyak makan ketupat pulut, darah boleh naik! Kalau makan setakat sepuluh biji tak pa kot no?

Hari ni juga Ekeng dapat merayau ke blog kawan-kawan yang dah lama Ekeng tak jenguk. Tahniah kepada rakan-rakan yang masih gigih dan tak jemu-jemu menulis sejak dulu, kini dan selamanya. Tanpa mengira bulan puasa atau bulan raya. Banyak topik yang disentuh oleh teman-teman tapi sempat Ekeng membuat komen.

Kepada para pengunjung yang singgah di Blog Ekeng, sekali lagi Selamat Hariraya dan maaf zahir batin.

5 ulasan:

  1. Ekeng..terliurnya cCZ dengar ketupat..CCZ macam ekeng gak..puasa lepas raya sehari..tapi sampai puasa ke tiga sajalah..sebab adik kawin..tak posalah sampai hari ni..

    Apa pun..selamat kembali berblog..

    Psst, makan ketupat banyak-banyak tak pe sebab orang Kedah boleh bantu Kerajaan Haprak kutip sampah yang tak diangkut lagi tuh..kui kui kui..

    BalasPadam
  2. raya dah lepas. tapi aku nak kongsi cerita sebelum raya mengenai 1 parti politik kat malaysia ni. biasa la sebelum raya, dah jadi adat kat malaysia ni semua orang berlumba-lumba nak bagi sumbangan. parti politik yang satu ni pun nak juga bagi sumbangan. tap yang peliknya..pemimpin-pemimpin dari parti ni hanya pilih orang dari partinya sahaja untuk terima sumbangan walaupun orang tu dah kaya, keja makan gaji, kereta bederek kata rumah berbanding orang yang susah, keja motong getah walaupun sepanjang bulan posa ujan x berenti, x leh motong, anak pun ramai tapi x layak terima sumbangan sebab dia bukan dari parti tu atau x sokong mana-mana parti. agaknya nak bagi sumbangan pun bukan ikhlas kerana allah tapi kerana parti

    BalasPadam
  3. T/Kasih CCZ pasai punya minat ketupat pulut macam Ekeng.
    Pasai sampah? Sabar sat! Sabar tu separuh dari iman. Kebersihan juga separuh dari iman. Maka jadilah mereka sebagai orang yang beriman.
    Sebenarnya depa ni panjang akal dan ada kaedah tersendiri.
    Masa BN memerintah dulu, habis tanah-tanah bukit bagi dijadikan jalan dan projek pembangunan. Bukit di Kedah dah kurang. Jadi sampah-sampah tu depa nak biar untuk dijadikan bukit bagi menggantikan bukit-bukit yang dirobohkan. Cuma setakat la ni, sampah-sampah yang terkumpul di Bandaraya Alor Setar masih belum cukup saiz. Ketinggiannya baru sama dengan Gunung Keriang. Depa nak biar bagi sama tinggi dengan Gunung Jerai baru boleh diproses. CCZ boleh sabar kot nu?
    Terima kasih juga kat Cuteycutey kerana bagitau kisah tu. Janganlah pertikai sebab depa tu buat kerja memang ikhlas untuk parti. Pemimpin depa semua orang-orang alim. Dan depa semua dah dapat Sijil Lulus untuk masuk syurga.

    BalasPadam
  4. Ekeng...selamat hari raya...maaf zahir batin...

    Amboi...mentang2 la saya dok jauh dah...teruih "depa" lupakan saya noooo...takpalah...dah depa lupakan saya...nak buat lagu mana...saya ni orang "kecik" jaaa...hehheh...tak penting pun...

    Anyway...dok jauh2 ni yg ajaq saya rindu...rindu pada perjuangan yang jauh di utara...but I still alive to get rid of PR...demi Islam, Bangsa dan Tanah Melayu..Salam untuk semua...semoga lebih hebat tanpa saya...

    BalasPadam
  5. Sorry Duke! Bukan lupa. Bukan tak ingat. Sepanjang bulan puasa, Ekeng macam bertapa! Pejabat UMNO tak pijak langsung. Ekeng tak banyak buat posting kat Blog. Tak banyak melayari internet. So jarang-jarang jenguk Blog teman-teman. Jangan kecik hati no pasai hati Duke tu memang dah kecik!

    Dah tua-tua macam Ekeng ni, kena la rebut peluang lebih sikit di bulan Ramadhan. Maklum la, dulu tak dan nak buat.

    Apa pun, mari kita teruskan perjuangan! Mai kita tulis apa yang kita nak tulis. Jangan kira orang baca atau tak baca. Jangan peduli orang suka atau tak suka. Jangan peduli orang ambik peduli atau tak ambik peduli kat kita.

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.