Isnin, 28 September 2009

Sampah jadi bukit & Bukit dari sampah

Petang tadi, dekat-dekat waktu nak merelop, dekat-dekat nak masuk magrib, Ekeng dengar bini dok berleter sakan tapi tak berapa ketahuan biji butir. Ingatkan bini berleter kat anak-anak. Tapi anak-anak semua keluar rumah. Bila Ekeng jenguk keluar, baru tau yang bini dok tengah berleter dengan jiran-jiran sebelah rumah. Sabit gamat sangat, ada tiga orang jiran. Seorang jiran kiri rumah. Seorang jiran kanan rumah. Seorang lagi jiran depan rumah.
Semakin dekat, baru Ekeng tau depa dok berleter pasai Majlis Bandaraya Alor Setar dah banyak hari tak kutip sampah. Berleter pasai sampah dalam plastik yang berterabur digonggong anjing dengan kucing. Berleter pasai sampah di tempat buang sampah tepi jalan bertimbun dan hampir sama tinggi dengan Gunung Keriang.
Kemudian depa meleret pula pasai rumput dah lama tak dipotong, punyalah tinggi kalau rimau menyorok pun boleh lepas. Depa ungkit pasai air longkang hitam dan likat berdanur macam minyak selinder lori hantu. Sekali tenguk pekat macam 'lingkung' yang selalu dibubuh dalam air cincau atau lincikang.
Macam-macam depa berleter. Hebat juga bini Ekeng dan jiran-jiran, sama naik dengan komen rakan-rakan Bloggers yang Ekeng sempat baca di beberapa Blog.
Perbahasan depa makin hangat. Ekeng nak suruh bini masuk pun tak gamak. Mau tak mau, Ekeng gagah juga mencelah.
Kemudian Ekeng bagitau kat depa, pasai sampah ni minta depa sabar sat! Sabar tu separuh dari iman. Kebersihan juga separuh dari iman. Maka jadilah mereka orang-orang yang beriman.
Sebenarnya Kerajaan la ni panjang akal dan ada kaedah tersendiri dalam menangani isu sampah. Tenguk saja Projek ZIPY. BN nak ambik tanah orang kampung. Tapi Kerajaan baru guna akai, tebus guna laut. Dalam isu sampah ni, Menteri Besar sendiri dah bagi jaminan akan selesaikan bulan November nanti.
Ekeng bagitau lagi, masa BN dulu habis tanah merah dan batu-batu dari bukit dan gunung-gunung dikorek dan diangkut keluar untuk dibuat jalanraya dan segala macam projek pembangunan. La ni bukit dan gunung di Kedah koi pelan kurang. Sebagai alternatif, satu kaedah baru ditemui, sampah-sampah boleh dijadikan bukit dan gunung buatan bagi menggantikan bukit dan gunung yang dipunahkan oleh BN dulu.
Cuma setakat la ni, sampah-sampah yang terkumpul di Bandaraya Alor Setar masih belum cukup saiz. Ketinggiannya baru sama dengan Gunung Keriang. Depa nak biar bagi sama tinggi dengan Gunung Jerai baru boleh diproses menjadi bukit atau gunung buatan.
Ekeng nampak ketiga-tiga jiran mengulum senyum, mungkin berpuas hati dengan langkahan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menangani isu sampah. Cuma bini Ekeng yang memuncung mulut macam muncung burung tiung. Lepas tu Ekeng tenguk seorang demi seorang jiran masuk ke rumah masing-masing.
"Jangan marah. Nanti kena jual!" kata Ekeng kepada jiran-jiran. Bini Ekeng baru tersengih macam kerang busuk dan kemudian ikut masuk ke rumah. Magrib dah masuk.

2 ulasan:

  1. hehehe..betul lah tu ekeng..jiran-jiran tu semua senyum tapi dalam hati, ekeng ni depa nak rebus..yelah..BN pun ekeng tembak, PAS pun ekeng tembak..dua-dua kena..full stop ekeng tu yang 1st class..

    BalasPadam
  2. Isu sama saja tapi skrip yang berbeza. Lepas ni akan ada versi satira pulak. Jangan cemuih jenguk Blog Ekeng yang tak sepertinya.

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.