Khamis, 22 Oktober 2009

Mengenal Mentaliti Pembangkang.

Seronok juga Ekeng jenguk dalam Blog kawan Ekeng Depa Kata. Riuh-rendah depa bergebang pasai mentaliti pembangkang. Bila bergebang tu, maklum saja la. Ada yang sokong. Ada yang bangkang.

Ekeng pun tumpang sekaki. (Tapi sebenarnya Ekeng masih ada 2 kaki no!) Ekeng ni macam anak murid Pak Ku Shadat. Banyak juga belajar dari aruah. Dalam memberi pandangan di Blog Jeanbara tu(Jeanbara ni tak reti menyanyi pun!) maka Ekeng pun berselokalah:-

Tak sangka! Memang tak sangka;
Buah cempedak jadi buah nangka;
Cabai burung jadi cabai melaka;
Nak pi Nami terlajak sampai Naka;
Pemimpin depa kata betui belaka;
Pakat angguk kepala semacam pokka;
Dulu tembun la ni tinggai rangka;
Dok kena tipu sampai ke tua bangka;
Janji syurga tapi lepas ke neraka;
Baru semua pakat padan muka!

3 ulasan:

  1. HEHEHEH STUJU SGT BRO!..PAKATAN NI PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK NAAA

    BalasPadam
  2. Chak pooong....Chak poong....

    Maka berbunyilah gughi yang dipukoi dengan slipar jepun oleh Awang Batil....gooonnggg!!!!!

    BalasPadam
  3. pembangkang.. nama pun pembangkang.. kerja dia asek bangkang jer la

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.