Jumaat, 5 Jun 2009

Innalilla hi wainna ilai hirajiun!!

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita dikembalikan!

Celik-celik mata pagi tadi, aku terima SMS dari seorang kawan memberitahu bahawa bekas (mantankata orang sekarang) Exco Kerajaan Negeri Kedah dan bekas ADUN Tunjang, Dato' Haji Hanafi Ramli telah kembali ke Rahmatullah. Masa aku telefon nak bagitau kematian ni kat Man Tok Din, dia kata kali ni Bang Pi mati batul. Pagi-pagi Man Tok Din dah buat lawak. Aku hairan dan tanya pasai apa dia cakap macam tu? Kata Man Tok Din, kan ka masa Pilihanraya Kecil Pantai Merdeka dulu, pernah gempar khabar angin mengatakan Bang Pi mati? Betul! Aku masih ingat bagaimana orang jadi kelam kabut dan cempara masa tu. Aku kerenyih saja!

Ada kawan aku kata, minggu ni minggu orang mati. Aku kata balik kat dia, mati ni tak dak hari, tak minggu, tak dak bulan. Kalau Tuhan nak ambik nyawa kita, dia tak kira masa. Fikir dan renung-renungkanlah!

Kelmarin dulu pun pula (hari Rabu) seorang tokoh yang disegani di Pendang, Allahyarham Tuan Haji Jasin Tahir iaitu ayahanda kepada Dato' A Kadir Jasin juga telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham aktif dalam politik dan orang kuat Persatuan Penanam Padi Kedah bagi Kawasan Pendang. Aku sempat juga ziarah jenazahnya. Allahayarham yang dipanggil Pak Njang Jasin,
rapit juga dengan aku.

Jenazah Allahyarham Dato' Hanafi atau lebih dikenali sebagai Bang Pi, akan dibawa pulang dari HSB Alor Setar ke kediamannya di Tunjang. Bang Pi memang seorang tokoh yang disegani. Bermula dari bawah, menapak menjadi seorang kontraktor/usahawan dan ahli politik yang berjaya.
Sedikit sebanyak aku akui, belajar dan amat terhutang budi dengan Allahyarham Pak Njang Jasin dan Allahyarham Bang Pi.

Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Allahyarham Dato' Haji Hanafi Ramli dan keluarga Allahyarham Tuan Haji Jasin Tahir! Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin! Amin!! Amin!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.