Sabtu, 13 Jun 2009

Manohara Odelia Pinot

JAKARTA 11 Jun - Manohara Odelia Pinot menghangatkan lagi bantahan mengenai isu Ambalat apabila menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, semalam.

Isteri kepada Tengku Temenggong Kelantan yang mendakwa didera oleh suaminya itu menyertai demonstrasi anjuran Laskar Merah Putih membantah kononnya kapal Tentera Laut Diraja Malaysia menceroboh perairan Indonesia di Ambalat, Laut Sulawesi.

Dengan bersemangat, Manohara, 17, dalam bahasa Inggeris meminta kerajaan Indonesia bersikap tegas menangani isu blok Ambalat.

"Tanah Ambalat mutlak milik kita," kata Manohara yang berbaju Laskar Merah Putih dan berteriak dari dalam kereta Toyota Alphard di depan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia yang terletak di Jalan HR Rasuna Said.

Dalam pada itu peguam Manohara, Farhat Abbas memberitahu, Manohara akan membuat laporan kepada Kementerian Luar Indonesia minggu depan tentang penderaan yang dilakukan oleh suaminya itu.

Laporan polis itu, jelasnya, bagi membolehkan aduan dibuat di Ibu Pejabat Polis Indonesia dan seterusnya dipanjangkan kepada Polis Diraja Malaysia.

Menurut Farhat, Manohara yang turut memiliki kewarganegaraan Amerika Syarikat juga akan ke kedutaan negara itu di Jakarta, esok untuk membuat aduan tentang kes yang sama.

"Dia kan juga warganegara Amerika. Kalau Indonesia tidak mampu membantu, kita ke Amerika," katanya seperti dipetik Detiknews hari ini.

Beberapa hari ini, media Indonesia menyiarkan kesan luka dikelar pada tubuh, dada, paha dan punggung model jelita itu hasil daripada pemerikaan perubatan yang telah dibuatnya.

Pemeriksaan air kencing dan darah turut dilakukan bagi membuktikan dia pernah disuntik dengan ubat-ubatan seperti didakwanya. - Utusan

Komen:-

Aku dok agak dah!

Sejak mula berita tentang kekecohan rumahtangga Manohara dan Tengku Temenggong Kelantan tersiar di akhbar Malaysia, aku macam tak berapa percaya. Nampak macam ada sesuatu yang tak kena. Mungkin ada udang di sebalik mie. Atau ada tujuan lain yang cuma Manohara seorang saja yang tau. Tidak beberapa lama selepas itu, tersiar berita di akbar-akhbar Malaysia (berserta gambar) menunjukkan bahawa tiada apa yang berlaku dalam rumahtangga mereka. Maka keyakinan aku makin bertambah bahawa ada sesuatu yang tak betul.

Dan bila Manohara lari balik Indonesia dan terus dedahkan berita penderaannya kepada media, masih aku rasa ada tujuan di sebaliknya. Kemudian bila tersiar berita kehadiran Manohara dalam tunjuk perasaan mengenai isu Ambalat di depan Kedutaan Malaysia di Jakarta, aku yakin sungguh-sungguh bahawa bekas model ini ada maksud lain.

Tujuan Manohara buat semua ni sebenarnya bukan untuk meraih simpati masyarakat Indoensia tetapi untuk mencari publisiti murahan. Sebelum berkahwin, Manohara hanyalah model biasa yang tidaklah begitu top atau terkenal. Mungkin apa yang diimpikan hasil dari perkahwinannya dengan kerabat Diraja Kelantan itu tidak tercapai. Lalu menyesal dan ingin kembali bebas dan ingin terus hidup dipenuhi glamour sebagai model.

Bukan mudah untuk kembali memulihkan imej "janda" agar kembali popular. Mau tidak mau, jalan pintas perlu dicari. Hanya dengan kembali ke Indonesia dan kemudian diberikan publisiti secara murahan, akan melonjak populariti Manohara. Barangkali selepas ini, beliau akan banyak menerima tempahan untuk menjadi model atau dilamar berlakun dan menjadi artis.

Namun tidak sepatutnya beliau mengambil kesempatan mengenai apa yang menimpa ke atas dirinya dengan menyertai tunjuk perasaan bersabit isu Ambalat. Mungkin selepas ini akan ada lagi tindakan lain daripada Manohara.

Sewajarnya isu peribadi Manohara diselesaikan mengikut lunas undang-undang kerana kedua-dua negara mempunyai undang-undang yang menjaga kepentingan rakyatnya. Manohara tidak sepatutnya mengambil tindakan sendirian sebelum proses undang-undang diambil. Apa lagi kini Tengku Temenggong Kelantan melalui Peguamnya telah membuat laporan polis. Berilah ruang untuk pihak berkuasa di Malaysia (juga Indonesia) membuat siasatan bagi membuktikan benar tidaknya dakwaan Manohara. Apa pun tindakan Manohara yang hanya menyebelahi dan membetulkan diri sendiri hanya akan memburukkan keadaan dan hubungan kedua-dua negara.

Telah banyak kes-kes penderaan yang lebih dahsyat melibatkan rakyat Indonesia di Malaysia atau kes yang melibatkan rakyat Malaysia di Indonesia, telah dapat diselesaikan menurut lunas diplomatik.

1 ulasan:

  1. sepatutnya kita di Malaysia juga jangan layan ha-hal remeh begini terutamanya media. Setuju dengan penulisan anda. Nice blog.

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.