Isnin, 17 Ogos 2009

BN vs PAS: Tahniah Kamarul Ramizu!

Walaupun telah pasti hanya calon BN dan PAS sahaja yang akan bertanding di PRK Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti, tetapi jutaan tahniah saya kalungkan kepada Sdr Kamarul Ramizu Idris. Ada alasan menarik bagi saya mengapa ucap tahniah tersebut saya tujukan kepada Sdr Kamarul Ramizu, seorang perunding motivasi yang telah 2 kali mencuba diri bertanding dalam PRK. Lihat tulisan saya di sini.

Sdr Kamarul Ramizu merupakan orang pertama atau yang paling awal mengumumkan untuk bertanding pada PRK Permatang Pasir. Saya tidak pasti samada beliau juga merupakan orang pertama yang mengambil borang di Pejabat SPR. Dan saya juga tidak pasti apakah beliau juga merupakan orang yang pertama membayar wang deposit kepada SPR untuk bertanding dalam PRK Permatang Pasir.

Dalam kenyataan kepada pihak akhbar, Sdr Kamarul Ramizu memberitahu kertas pencalonannya ditolak kerana beliau gagal menyerahkan kertas pencalonannya pada tempoh yang ditetapkan.

Menurutnya, sebaik melangkah masuk ke Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, di Jalan Berapit di sini untuk menyerahkan kertas pencalonannya, beliau dimaklumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) Roslan Yahaya bahawa waktu sudah 10 pagi, iaitu tamat waktu pencalonan.

Berkata lagi Sdr Kamarul Ramizu, kelewatannya itu berpunca daripada kesesakan lalulintas menuju ke pusat berkenaan dan beliau hanya tiba di luar kawasan itu hampir jam 10 pagi.

Sdr Kamarul Ramizu sudah cukup pengalaman dan tahu kesesakan yang akan berlaku pada hari penamaan calon kerana telah 2 kali bertanding dalam PRK. Lagi pula Sdr Kamarul Ramizu pergi menyerahkan borang paling ramai 10 orang, bukan ribuan penyokong seperti BN dan PAS. Dengan mengambil kira faktor yang saya sebutkan, dapatkah diterima kelewatan seorang pakar motivasi menghadiri majlis penting sebegini? Semangatnya yang paling tinggi (semasa membuat pengumuman bertanding dan semasa mengambil borang pencalonan)tidak seharusnya 'melewatkan' pergerakan di saat terakhir.

Fikir dan renung-renungkanlah!

2 ulasan:

  1. tengok la sapa bapak depa
    macammana bapak macam tu la anak
    Pakatan Kelentong Rakyat

    BalasPadam
  2. Apakah ini konspirasi?

    Apakah ini rancangan jahat agar dia tidak boleh bertanding?

    Apakah ada tangan-tangan hantu dibelakang?

    Atau memang dia BODOH kerana ikut laluan penyokong PAS?

    Awat tak ikut lorong penyokong BN?

    Apara!!!!!!

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.