Selasa, 11 Ogos 2009

Kamarul Ramizu - Tak Serik Lagi Ka?


Masya Allah!

Tak dan apa-apa lagi, PAS atau BN yang jadi gergasi pun belum umum nama calon, pasai nak Mesyuarat tiga empat kali dulu, nak kena kaji dan teliti dalam-dalam, nak kena saring dan tapis untuk pilih calon yang betul-betul sesuai dan layak, nak cari calon yang boleh diterima oleh pengundi, tut tut.... dia yang besar 'tungau', tanpa buat kajian, tanpa fikir panjang, awal-awal lagi dah umum nak bertanding di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos ini. Tenguk dan baca tang ni!

Kalau sebelum ni dia belum pernah bertanding dalam mana-mana PRK, kita boleh terima hasratnya untuk mencuba, untuk menawar khidmat bakti kepada pengundi. Tapi dah dua kali PRK dia masuk bertanding, iaitu di PRK Parlimen Bukit Gantang dan yang terbaru di DUN Penanti. Bukan lama, baru sangat lagi, iaitu bulan Mac dan April lepas. Gam bekas poster calon pun masih dok melekat di setengah dinding rumah. Plastik simbol parti yang bertanding pun masih dok tersangkut kat ranting pokok. Kedua-dua PRK tersebut masih dok melekat dalam ingatan setiap orang, termasuk diri dia sendiri.

Keputusan penuh kedua-dua PRK itu pun tentu dia masih ingat.

Mustahil dia lupa. Tak mungkin dia tak ingat. Mengaji pun tinggi jugak, sampai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), King Edward VII, Taiping. Dia masih muda. Umur baru 43 tahun. Ingatan tentu masih kuat. Zahir bathin masih bertenaga (wallahu aqlam!). Jumlah undi yang dia dapat dalam kedua-dua PRK itupun bukan lebih tiga angka. Tak sampai 100 undi. Senang nak ingat. Parlimen Bukit Gantang dia dapat 62 undi. DUN Penanti dia dapat 56 undi. Jarak undi yang dia dapat dengan undi calon yang menang, jauh bagai bumi dengan langit! Sampai hilang deposit RM5,000. Itu belum masuk belanja-belanja lain.

Dia tak serik lagi ka? Betul itu hak dia sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, dia diberi hak untuk boleh bertanding dalam mana-mana pilihanraya. Tapi kata orang-orang tua (atau orang tua-tua), kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan dicuba. Pi lah mancing kot alor atau parit belakang rumah dulu. Paling tidak pun kata pepatah, ukur baju di badan sendiri!

Daripada hilang deposit begitu saja, alangkah murni dan mulia jika wangnya yang banyak itu dibuat kepada perkara berkebajikan. Niat yang ikhlas dan baik akan menjadi sia-sia jika salah cara perlakuannya. Semoga Allah terus memberikan taufik dan hidayah kepada insan bernama KAMARUL RAMIZU.

4 ulasan:

  1. Ekeng..harga sebuah populariti lebih mahal dari wang deposit tu. Mana mungkin Kamarul bisa dikenali ramai jika dia tidak bertindak begitu. Nikmat yang tak terhingga jika lalu sana sini bawa kereta dapat tengok muka sendiri tertampal-tampal di merata-rata. Itulah nikmat pilihanraya..

    BalasPadam
  2. Kalau orang macam ni digelar Pakar Motivasi, habis rosak orang yang mengikuti program motivasi anjurannya.

    Mungkin beginilah agaknya tips Kamarul:-

    "Untuk mencapai kejayaan dalam hidup, kita mesti berani melakukan apa saja. Gagal kali pertama, jangan mudah putus rasa atau keciwa. Cuba lagi. Gagal lagi. Cuba lagi. Begitulah! Kita harus mencuba sampai kita mati. Kita jangan peduli apa orang cakap."

    BalasPadam
  3. CCZ!

    Kalau macam tu, buat poster (potret mukanya) banyak-banyak, kemudian tampal rata perdu pokok sepanjang jalan. Atau belajar kat PAS Kedah, buat 'billboard', letak tepi highway. Kalau kena bayar harga iklan pun berbaloi-baloi.

    SeNimaN NuNui!

    Banyak manadah buat recording lagu? Dok berlakun wayang kulit lagi ka? Tak teringin ambik Kamarul berlakun sama?

    BalasPadam
  4. Salam ekeng,

    Saya teringat Hang Tuah Arshad, satu nama yang cukup kerap timbul dalam pertandingan jawatan-jawatan tertinggi UMNO pada separuh pertama 1980-an dulu. Dia pun 'gigih' macam ni la. Kalah, lawan lagi. Kalah, lawan. Kalah, lawan dan akhirnya hilang macam tu saja.

    Apa pun kita kena hargai semangat dan kesungguhannya. Setakat tu saja dulu. Yang lain kita cerita kemudian.

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.