Jumaat, 26 Jun 2009

Inilah kelebihan PAS....

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Negeri Pahang Mimpi Jumpa Nabi

Picture+112

Pengerusi kelab penyokong PAS Pahang, Balakirsnan telah memberitahu Ustaz dato` Tuan ibrahim bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Ustaz dato` Tuan ibrahim bertanya bagaimana dia boleh tahu bahawa individu yang datang berjumpa dengannya didalam mimpinya itu adalah baginda Nabi Muhammad s.a.w.?

Balakirsna memberitahu Ustaz dato` Tuan ibrahim bahawa individu yang dilihat didalam mimpinya itu memakai serban dan berjubah dan mengakui bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w. dan baginda Rasulullah s.a.w lalu memberikan satu nama muslim kepadanya.

Kalau nak tahu lebih lanjut, bacalah tang ni!


Komen:-

Hebat! Hebat! Memang hebat orang PAS ni. Baru-baru ini tersebar berita mengenai seorang Imam di Manik Urai, Kelantan mengatakan kalau perhati/tenguk gambar Tuan Guru Haji Nik Azizi pun sudah dapat pahala. Yang ini pula, bukan ahli PAS, tapi Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang, bukan beragama Islam tapi HINDU, namanya Balakrisnan bermimpi berjumpa Nabi Besar Muhammad S.A.W.

Berita ini telah banyak hari aku jumpa. Tapi aku tak berani nak buat komen. Nak tunggu komen atau reaksi orang lain. Aku memang ragu-ragu. Nak tak percayakan pun kejadian ini diceritakan oleh Yang Dipertua PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam salah ceramahnya lalu dimuatkan dalam Blog shabat kita ni.

Kemudian empunya Blog berkenaan memperincikan pula, bahawa kejadian tersebut adalah tidak mustahil dengan diberikan beberapa dalil daripada Hadis Nabi. Malah beliau sendiri rasa terkilan serta cemburu sebab sebagai seorang pengganut agama Islam beliau tak dapat bermimpi berjumpa Nabi, sedangkan Si Balakrismam Hindu jadi Pengerui Kelab Penyokong PAS dan belum Islam sudah dapat mimpi jumpa Rasulullah! Itulah keistimewaan PAS!


Agak-agaknya lah.... kalau nanti bila terdapat orang Islam lain, katakanlah orang UMNO, bermimpi serupa, boleh percaya ke? Kalau orang PKR rasanya mungkin. Tapi orang UMNO....?


5 ulasan:

  1. TAHNIAH PAS KERANA PENGERUSI KELAB PENYOKONG PAS PAHANG DAPAT MIMPI JUMPA NABI...MUNGKIN ADA HIKMAH DI SEBALIK MIMPI TU...HIKMAHNYA MUNGKIN MENGAJAK PUAK ULAMAK-ULAMAK PAS SUPAYA SEDAR DIRI. JANGAN GUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK. ALLAH MAHA BESAR

    BalasPadam
  2. haa !! tu dia aeeahh oghang dok gedehoq dok sembang pasai politik sakan noo!! sembang sembang jgak ..jangan lupa basuh pinggang dan lepaeh tu pi lap meja pulak.. :))
    teghima kasih pasai pi singgah diblog saya di aloq belat tu ..

    BalasPadam
  3. Salam Ziarah........

    Ala nak heran apa puak2 PAS ni tak mimpi pun leh jadi mimpi biasa la depa2 ni hidup dalam alam mimpi yang banyak......Macam mana la nak memerintah......

    BalasPadam
  4. Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
    ALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.

    "Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.

    Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.

    Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.

    Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.

    Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.

    Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.

    "Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.

    Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

    Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.

    Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.

    Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

    "Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.

    Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.

    "Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

    Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

    "Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.

    Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.

    "Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.
    Dipetik dari Malaysia Insider

    BalasPadam
  5. Dalam 3 isu yang dicatat oleh Sang Kancil, aku cuma nak bagi respon satu saja, iaitu isu Pusat Penyembelihan Babi di Kg Berjaya. Depa bagitau, kalau tak sabit ada campur tangan atau ada arahan dari atas, perasan isu tu selesai dah. MBAS akan punggah habis Pusat Penyembelihan Babi tu. Mungkin akan ada halangan tapi itu soal kedua.

    Kemudian Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah kata, Pusat berkenaan akan dipindahkan ke tempat baru di Kampung Cina. Bila? Kita tunggu tenguk samada cerita ni akan jadi wayang Cina atau wayang tongkoi atau wayang kulit.

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.