Khamis, 4 Jun 2009

Sila oo sila!!!

Mula-mula sekali aku nak minta ampun dan minta maaf banyak-banyak kat adik kakak yang tersesat masuk blog ini. Sila ooo sila!!! Mokalu tetamu mai rumah, jangan peduli kenal atau tak kenal, jangan kisah samada tetamu tu diundang atau tak undang, kita kena layan. Tetamu kena jaga dan rai sama rata. Panggil depa masuk ke dalam rumah. Kena jamu air hangat atau mokalu sampai kob makan, kena jamu nasi. Jangan tunjuk lekeh! Masuk waktu sembahyang, suruh depa sembahyang dalam bilik tidur kita. Kalau tetamu jantan, bagi kain pelikat. Mokalu tetamu betina, bagi kain batik. Kain yang kita tak pakai lagi, kalau boleh yang dok ada cap lagi. Mokalu dah merelop, semawa depa tidur. Tetamu kena rai. Apa depa nak buat pun jangan kata apa. Jangan larang pasai depa tu tetamu. Itu pesan Tok Wan aku (Tok Nadoq). Itu yang depa tinggal sebagai pesaka - bersopan-santun, berbudi-bahasa, merendah diri, malu-alah. Harta dan duit ringgit depa tak tinggal pasai semua tu boleh cari sendiri.

Tapi Tok Wan aku pernah bisik kat aku, layan tetamu pun ada takat. Hormat tetamu pun had. Depa kena hormat kita. Depa kena reti adat budaya kita. Tetamu tak boleh bebas sampai nak bergajah berkuda dalam rumah kita. Mokalu depa buat onar, bagi celaru-celara atau bagi haru-biru, masa tu boleh kita ligan dengan kepala penyapu atau hambat dengan batang cangkul. Biar bagi depa lari sampai tak cukup tanah. Aku pun selalu dok ingat pesan Tok Wan aku tu.

Maaf la pasai guna bahasa dialek Kedah. (Nak buat macamana pasai dari dok dalam bedung (macam kain lampin) sampai dekat-dekat nak masuk kain kafan, dok bercakap Kedah siang malam pagi petang. Keluar mai pun dari perut orang Kedah. Ayah orang Kedah. Bini orang Kedah. Pak mentua orang Kedah. Cuma mak mentua orang Perlis pun cakap Kedah juga. Tok Wan, Tok Njang, Tok Cai aku pun orang Kedah juga) Tapi sebelum depa, mai pada mana tah la! Tak pernah selongkar cari asal-usul. Boleh jadi mai pada Benua India tapi kulit aku tak gelap. Boleh jadi dari Benua Cina tapi mata aku tak sepet. Mokalu kata mai pada Arab, perasan dak kot. Pasai nama aku tak mula dengan Syed. Tapi mokalu tenguk pada nama, confirm depa kata aku keturunan Siam. Wallahu aqlam bissowab!!!

Sebenarnya lama sangat dah aku dok cadang nak buka blog sendiri. Tapi sapalah aku ni? Mampu takat dok bergebang di kedai kopi atau di balai lintang masjid. Merapu tak ketahuan hala. Ilmu tak ada, baca pun malas. Mengaji takat Darjah 6 Sekolah Melayu. Masuk sekolah pondok pun pasai Tok duduk di pondok.Aku teringat kata Man Tok Din, nak buka blog di internet bukan macam buka blok menoreh getah. Jangan tiru orang. Orang buka gerai goreng pisang, kita pun buka. Orang jual air tebu, kita pun jual air tebu. Orang meniaga MLM, kita pun meniaga. Orang buat bisnes, kita pun buat bisnes. Orang gulung tikar, kita gulung kain dok melilau kot rumah.

Betul juga kata Man Tok Din. Hari ni buka blok kat internet, masuk seminggu ok. Masuk sebulan ok. Dua bulan ok lagi. Masuk bulan ketiga, KO! Sapa nak baca tulisan hang, tanya Man Tok Din. Fikir punya fikir, tak jadi buka blog. Baik merayau kat blog orang. Tekoh naik syeh, tumpang semangkuk bagi komen.

Bila aku jumpa Chin Lepat Liat, bersembang pasal blok ni, aku kerenyih tak kering gusi. Otak pun pusing balik 360 darjah. Kata Chin Lepat Liat, mokalu dok dengar cakap orang, lama-lama depa buat kita jadi arang. Tambah-tambah dengar cakap orang luar, lama-lama tinggal seluar. Jangan dok peduli kat orang, kata Chin Lepat Liat. "Orang yang ada Phd, yang Prof, yang ada ijazah, yang Tan Sri, yang Dato' dah berlunggok depa tulis dalam blok depa. Tu pandangan depa yang pandai dan ada ilmu. Tulisan dan pandangan dari otak orang bodoh macam hang, pun orang nak juga. Hang buka blog. Mesti ada orang baca. "

Betul ka kata-kata Chin Lepat Liat??

2 ulasan:

  1. Betoi kata-kata Chin Lepat Liat tu Ekeng oiii! ... terus menulis demi kebaikan sejagat.

    AloQStaQ

    BalasPadam
  2. Terima kaksih AloQStaQ atas semangat yang diberikan pada saya. Saya akan cuba menulis untuk memberikan pandangan terhadap apa jua isu.

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.