Rabu, 2 September 2009

PAS KEDAH : KEMARUK ATAU MELEHAR?

Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang memutuskan bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah tidak dapat diterima oleh Kerajaan dan juga kepimpinan PAS Kedah.

Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak menyatakan bahawa Kerajaan Kedah bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi DUN itu hari ini.

Ustaz Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah memberitahu bahawa Kerajaan Negeri menyerahkan kepada Penasihat Undang-undang dan Speaker DUN untuk mengkaji peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan lanjut.

Sehari sebelum SPR bermesyuarat dan membuat keputusan, Ustaz Azizan dilaporkan media, meminta agar SPR lebih bersikap adil di dalam membuat keputusan. Ternyata seperti juga kebanyakan pemimpin pembangkang di negara ini, adil bagi Ustaz Azizan hanyalah apabila keputusan SPR memihak kepadanya.

Sementara itu Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail dalam nada yang berbeza memberitahu, beliau terlebih dahulu akan mengkaji alasan dan hujah-hujah SPR dan perlu membuat satu analisis mendalam sebelum menentukan bentuk tindakan yang akan diambil.

Apapun yang nyata, Kerajaan PAS Kedah tetap mahukan kerusi DUN Siputeh dikosongkan dan Pilihanraya Kecil diadakan.

Nampak sangat PAS Kedah begitu kemaruk atau lebih tepatnya 'melehar' dalam bahasa Kedah. Kemaruk setakat teringin untuk makan namun masih boleh bertahan jika tidak dapat memakannya. Tetapi kalau 'melehar', tahap laparnya sudah sampai ke peringkat berusaha mencari dan akan makan apa jua yang boleh dimakan.

Di awal pemerintahan di Kedah, PAS telah menunjukkan sikap kemaruknya dengan mengacah DUN Kuala Nerang dengan membangkitkan kes kebankrapan YB Dato' Syed Soberi. Cubaan pertama PAS Kedah itu tidak menjadi malah ditempelak BN dalam Sidang DUN ketika itu.

Tidak berhenti di situ, PAS yang mulanya kemaruk telah bertukar jadi melehar. Maka terjumpalah dengan kes ADUN Kota Siputeh yang 2 kali tidak hadir Sidang Dewan.

Rupanya PAS yang tidak begitu selesa dengan jumlah kerusi yang dimiliki dan tidak pernah duduk diam. Anehnya, PAS sering menuduh bahawa pihak Pembangkang di Kedah iaitu BN, tidak henti-henti berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Kedah. Bermacam tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepada BN yang konon dikepalai oleh MK, mantan Menteri Besar BN.

Sebenarnya yang tidak boleh tidur lena ialah PAS tetapi PAS sentiasa menuduh BN yang sentiasa mengintai peluang. Hinggakan apabila ADUN Lunas, YB Radhzi mengisytiharkan diri keluar PKR, juga dituduh gara-gara tindakan MK membeli ADUN PKR. Namun hingga kini belum nampak wujudnya sebarang usaha dari BN untuk menarik YB Radhzi ke dalam BN, kecuali tawaran kerjasama di dalam menjalankan tugas sebagai ADUN di kawasannya.


2 ulasan:

  1. PAS telah taksub dengan PRK kerana kemenangan. Tak semesti menang akan menang selama lama nya. PAS dah lupa bahawa kes isu arak, babi, Islam di hina oleh DAP belum selesai. Nanti undi Melayu merosot PAS nak bergantung kepada kaki bontot ke?

    BalasPadam
  2. SLM BRO..PAS DH TERDESAK SGT. MUNGKIN KLU PAK AJIS NAZAK DIA MINTAK TLG DAP PNJNGKN UMOR DIA KOT

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.