Puasa itu rukun ketiga
cara nak amal mudah saja
tahan lapar tahan dahaga
jaga mulut jaga mata.
Bulan puasa penuh berkat
jauhi maksiat banyakkan ibadat
perkara keji jangan dibuat
takut nanti pahala tak dapat.
Jika puasa tidak dijaga
hanya beroleh lapar dahaga
naik angin tak ketahuan hala
anak bini yang jadi mangsa.
Barangsiapa tidak puasa
PAS dan UMNO tak ada beza
baik Tok Guru atau orang biasa
mokalau tak puasa tetap berdosa.
Belajar puasa haruslah berguru
kerana ibadat tak boleh meniru
adab berpuasa kenalah tahu
agar amalan tak jadi haru-biru.
Ada juga yang puasa buat-buat
curi makan di mana sempat
balik ke rumah buat muka mayat
anak bini tak berani nak dekat.
Ada juga yang puasa sekerat
bagi alasan terlupa nak niat
ada pula yang lebih dahsyat
puasa pulun tapi tak solat.
Puasa la ni banyak bezanya
buat cucur tak guna belanga
di Pasar Ramadhan serba ada
hulur duit dapat beli seraga.
Berbuka puasa dah jadi pesta
sebulan dulu kena tempah meja
ada hiburan penyeri acara
sembahyang magrib terlajak isya.
Kalau berbuka terlampau banyak
perut sengkak payah bergerak
mata berbinau tenguk tak nampak
apa di depan habis tersepak.
Selesai berbuka jangan dok ralit
paksa anak bini jom pi masjid
buatlah tarawikh dan solat witir
tadarus quran atau pun berwirid.
Bulan puasa banyak ganjaran
habis ditambat iblis dan syaitan
kalau masih berlaku kejahatan
ertinya sendiri yang jadi syaitan.
Orang pilitik kenalah beringat
larangan puasa hendaklah taat
apa dicakap haruslah cermat
segala dibuat mestilah berhemat.
Jika selalu menghambur kata
kepada lawan tak kena semata
lawan dapat pahala kita dapat dosa
akhirat nanti dicampak ke neraka.
Nak masuk syurga bukannya mudah
bukan pasai janggut bukan pasai purdah
atau kerana parti yang kita pangkah
sebaliknya Allah tempat kita berserah.
Syurga neraka jangan dibahas
baik orang UMNO atau orang PAS
bimbangkan umat menjadi was-was
kalau yang jahil langsung terbabas.
Bulan Ramadhan bulan berkat
di dalam hadis banyak tercatat
Aduhai Melayu marilah berpakat
semoga bangsa meninggi darjat.
Melayu bergaduh sesama sendiri
orang lain tenguk bersenang hati
kalau masih juga tak sedar diri
akhirnya merempat di negara sendiri.
Bulan puasa bulan mulia
jadikan ia gencatan senjata
mokalu Melayu terus bersengketa
barulah semacam lutung dan kera.
swalam
BalasPadamsatu seloka yang baik dan ingatlah puasa ni hanya Allah yang membalaskan kebaikannya
semoga kita semua diberkati
salam
panjangnya pantun puasa..baca sambil tunggu berbuka..nak perabih pun punyalah ambik masa..tapi banyak nasihat yang berguna..tq ekeng..mak pangge sebab tak tolong masak apa pun..
BalasPadamSeloka pantun jadi santapan
BalasPadamDibulan puasa sebagai hiasan
Semoga menjadi satu panduan
Sementara sebelum Syawal tiba diDepan.
Acewah......hmm boleh gak aku ropanya....
wow photoshop just an awesome....