Selasa, 18 Ogos 2009

Oppps! Berhenti sat!

Depa kata (jangan marah Jeanbara & the gangs), 1hb Ramadahan ni saheh puasa. Cuma yang jadi masalah sikit, samada 1hb tu jatuh hari apa? Hari Jumaat atau hari Sabtu? Semuanya akan menunggu keputusan rasmi Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu yang akan mengumumkannya.

Malam penentuan puasa (juga hariraya) orang ramai akan melangut depan tv nak tenguk perisytiharan. Dulu-dulu, saat-saat begini cukup mendebar dan penuh suspen. Macam tunggu keputusan dari juri Program Realiti kat TV jugak. Pasai waktu dulu sapa pun tak tau tarikh sebenar. Penentuan puasa atau hariraya dulu adalah hanya dengan kaedah melihat anak bulan atau rukyah. Tapi ada juga yang guna kaedah hisab atau falaq.

Kadang-kadang jadi kelam-kabut jugak. Ada setengah tempat masih dok puasa. Baru dok cari daun palas nak balut ketupat. Nak beli daging pun tak berani lagi. Tapi tempat lain dah beraya. Dah hisap rokok bersambung puting. Ketupat lemang semuanya lilas! Kalut! Memang kalut!

La ni Alhamdulillah, kata putus dicapai oleh pihak berkuasa Agama. Kaedah penentuan puasa dan hariraya ditetapkan melalui rukyah (melihat anak bulan) dan juga hisab (kiraan falaq). Beres! Satu Malaysia sambut puasa dan hariraya serentak. Sapa pun tak pertikai lagi.

Cuma ada beberapa hal lagi berkaitan yang belum mencapai kesepakatan. Misalnya kadar zakat fitrah. Satu Malaysia kadarnya tak sama. Negeri banyak beras (Jelapang Padi) macam di Kedah, kadar fitrahnya RM5. Tempat yang tak ada padi, rata-rata berpendapatan tinggi, fitrahnya tak sampai RM5/. Kalau zakat fitrah ini dapat diselaraskan seluruh negara adalah lebih baik.

Ada pandangan yang mengatakan kalau bayar lebih tak pa sebab jadi ibadah. Itu bukan persoalan kerana semua orang faham dan boleh bersedekah dengan banyak cara. Tapi jika terdapat persefahaman dan persamaan perlaksanaan boleh menaik dan memberi imej baik kepada Islam. Jangan dek kelemahan pengurusan atau pentadbiran menyebabkan Islam di pandang lekeh.

Ekeng dah melalut pulak! Apapun, maknanya tak berapa hari lagi kita semua nak sambut puasa. Walaupun belum tentu harinya, tapi hampir 99.9995% 1hb Ramadhan akan jatuh pada hari Sabtu. Kita tunggu pengumumannya!

Kebanyakan kita bukan 'first time' berpuasa. Kebanyakan kita dah lama 'baligh'. Yang setengahnya tu ada yang 'monopause' dah! Yang tua merogon macam Ekeng ni, dah tau sangat bab puasa ni. Tapi.... kalau hal-hal lain kita mahukan perubahan, peningkatan, apakah kita mahu melakukan ibadah puasa macam dulu-dulu jugak? Puasa kita setakat tidak makan dan tidak minum saja?

Sempena wabak H1N1 yang melanda negara sekarang, kita digalakkan memakai topeng mulut. Eloklah tu.... selain dari tak makan, kita kurangkan bercakap perkara-perkara yang kurang berfaedah. Sebagai blogers, kenalah tulis perkara-perkara yang baik dan mulus! Sebagai poliTIKUS (UMNO,PAS,PKR yang Islam), pun sama. Jangan nanti ada pulak fatwa yang menghalalkan maki-hamun dalam bulan puasa ni.

Kalau rajin, cuba jenguk dan renung-renung sama GURINDAM PUASA yang Ekeng letak bahagian atas (tepi sebelah kanan!).

(Ini bukan khutbah atau kuliah agama no! Ekeng ni jahil. Cuma Ekeng nak ajak kita bermuhasabah. Cewahhh! Jangan marah! ) Fikir dan renung-renungkanlah! Selamat berpuasa!

1 ulasan:

  1. betul jugak ye....kalo ikutkan KL nye rate fitrah lg murah la berbanding Kedah...nape la tak terpikir....anyway nice blog tok...jemput2 mai tgk blog sy..

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.