Isnin, 10 Ogos 2009

"Seekor" Lagi Pemimpin DAP Tunjuk Biadab!



Oleh kerana ‘ketegar’ dengan arahan Speaker, akhirnya seorang lagi ADUN dari DAP diperintah keluar Dewan. ADUN berkenaan (Datuk Keramat), Jagdeep Singh Deo hari ini diarah keluar daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Kelmarin insiden yang hampir sama berlaku di Dewan Undangan Negeri Kedah, bila mana seorang ADUN dari PKR, Lim Soo Nee melabelkan Kerajaan BN dulu sebagai ‘paria’. Keadaan menjadi kecoh apabila beberapa ADUN BN meminta supaya Lim menarik balik tuduhannya. Baca tulisan Ekeng di sini!

Walaupun pada mulanya Lim juga ‘ketegar’ atau berkeras, akhirnya setelah Speaker Dewan mengeluarkan arahan, Lim terpaksa akur dan menarik balik tuduhannya. Dan nasib Lim agak baik kerana tidak diperintah keluar Dewan seperti yang berlaku ke atas Jagdeep Singh Deo.

Kedua-dua Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah Melayu, iaitu bangsa yang menjadi sasaran tuduhan liar ADUN Pakatan Rakyat. Saya tidak tahu macam manalah agaknya hati dan perasaan kedua-dua Speaker Dewan Negeri berkenaan apabila ada orang lain tergamak dan berani menuduh bangsa Melayu sebagai ‘paria’ dan ‘perompak’.

Sekadar mengulangi apa yang Ekeng pernah tulis sebelum ini, diperturunkan semula prasa berkenaan dengan sedikit suntingan atau update.

“Nampak sangat pemimpin-pemimpin bukan Melayu dari PKR begitu lantang dan banyak menyerang orang Melayu dan agama Islam. Apakah trend ini sengaja dicipta untuk menyakitkan hati dan perasaan orang Melayu dan umat Islam? Ataukah mereka ini sudah tidak segan-silu atau sudah naik tocang kerana 'sleeping partner' Melayu (dan Islam) mereka pun pernah memaki hamun orang Melayu Islam dengan bahasa yang lebih dahsyat?

Mustahil pemimpin politik seperti Lim Soo Nee tidak tahu makna 'paria' dan sensitifnya perkataan atau panggilan tersebut bagi masyarakat India? Kalau Lim Soo Nee nak tau kasar atau tak kasar, suruh dia sebut 'paria' kat Ahli Parlimennya (Padang Serai), Gobalakrishnan. Kalau Golabalakrishnan boleh senyum lagi dan tak marah, maknanya 'paria' tu tak kasar.

Mustahil pemimpin politik seperti Jagdeep Singh Deo tidak tahu makna? Kalau Jagdeep Singh Deo nak tau kasar atau tak kasar, suruh dia sebut 'perompak' kepada Karpal Singh. Kalau bapanya boleh senyum lagi dan tak marah, maknanya 'perompak' tu tak kasar atau bapanya tidak faham erti perkataan tersebut”

Bagi saya yang berada di luar Dewan dan tidak berpihak ke mana-mana parti politik, dan hanya menerima tempiasnya, pun merasa hati ini bagaikan disayat sembilu halus lagi tajam, cukup ngilu dan amat terhiris. Maha pedih dan begitu menyakitkan! Marah! Geram! Dan entah apa-apa lagi perasaan yang membuak di dada.

Setakat untuk kedua-dua insiden yang mencabar maruah bangsa ini, samada rela atau redha, tertekan atau terpaksa, sekalung syabas saya tujukan khas kepada kedua-dua Speaker berkenaan, iaitu Dato' Dr Abdul Isa Ismail dan Datuk Abdul Halim Hussain Sekurang-kurangnya untuk isu ini, Dato’-Dato’ berdua tidak menjadi ‘tunggul’ atau menjadi ‘burung belatuk’.

1 ulasan:

  1. Benar seperti yang Dr. Ridhuan Teoh berkata bahawa DAP dan beberapa pemimpin bukan bangsa Melayu berani kerana adanya penasihat paling tak guna yang namanya Melayu tetapi kelakuan import dari Barat. Dialah yang beri kekuatan dan keberanian kepada mereka-mereka ini untuk mencerca Melayu Islam. Jangan terperdaya. Ayuh blogger. Lancarkan kempen jangan terpedaya taktik kotor Anwar. Semua ini diharap dapat mencetuskan huru hara sekaligus menumbangkan kerajaan sedia ada.

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.