Isnin, 3 Ogos 2009

Kesian kat Tok....!

Pertama sekali minta ampun minta maaf banyak-banyak kat adik-kakak semua pasai dah banyak hari tak buat posting. Tak dan. Kalut sangat. Aku ambik cuti mengejut, kena jaga tok beranak. Dah tak dak orang lain nak jaga Tok. Klinik tolak. Hospital tak mau terima. Nak tala cari bidan kampung, pun semua bidan kampung dah pupus dari muka bumi.

Kesian kat Tok...!

Aku jumpa semua pegawai klinik dan hospital nak minta tolong. Bersyarah panjang kat depa pasai konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Dato' Seri Najib, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Depa tak tau apa satu pasai konsep 1 Malaysia. Depa kira, masuk kerja jolok 'punch card'. Balik kerja jolok sekali lagi. Di rumah depa pun tah-tah ka kena jolok lagi?

Depa tak hairan pun masa aku dok bersyarah pasai konesp 1 Malaysia. Depa buat telinga badak. Depa tak pakai. Alasan depa senang sangat, pasai umur tok kanyaq lagi. Baru nak masuk 100 tahun. Mau tak mau, sebagai cucu, aku kena jaga tok.

Kesian kat Tok...!

Nak harap kat Tok Wan tak boleh langsung. Beda dia sendiri tak lepas. Tok Wan uzur. Selalu senak kembung. Selalu sangat sakit urat dan lenguh sendi. Selalu kebas kaki tangan. Dok kuat dengan akar kayu dengan minyak angin saja. Akar kayu tak pernah luak atas para. Periuk tanak atas dapur tak pernah susut. Botol minyak angin berceretek tepi dinding. Kole ubat tanak tak boleh jauh dari hujung kepala. Tidur malam, minyak angin bau semerbak satu kelambu.

Tok Wan juga selalu senak kembung. Kurang makan, dah masuk angin. Lebih makan, angin keluar tak berhenti, depan belakang. Tok Wan jugak besiaq, kerap kencing. Nak kencing pun kadang-kadang tak dan sampai bilik air. Tok Wan pancut tang mana dan. Tok Wan sakit pinggang, payah nak tunjai bangkit. Tok Wan sakit lutut, tak larat nak meruet sana sini. Mata rabun kedua belah, tenguk semua nampak kelabu. Nak kencing kena pegang. Nak makan kena suap.

Kesian kat Tok...!

La ni tok dah ok. Kena ubat tanak 7 periuk. Campur pulak kacip Fatimah, ragi dengan akar tojah langit, tambah lagi air daun ketum, muka tok naik merah macam ayam bertelor. Walaupun belum habis pantang tapi belah malam Tok dah berani tidur dekat-dekat Tok Wan. Tapi Tok Wan macam tu jugak, tidur keras kaku macam batang pisang. Tak sedar apa satu.

Tok memang taat dengan petua. Pagi petang siang malam Tok bertunku. Lapik dengan daun gelembir lembu nak bagi cepat kecut kulit perut. Semua kerja Tok boleh urus sendiri. Boleh basuh kencing berak anak. Boleh basuh dan jemur lampin. Boleh bancuh susu anak. (Tok tak boleh bagi susu badan pasai susu Tok dah 'expired'. Boleh masak moi anak. Boleh rebus dan lenyek pisang anak.

Cuma satu yang aku dok pening kepala, pasai Tok mudah lupa. Kadang-kadang bancuh susu sampai sejuk gedi. Pasai tak ingat anak dok tang mana. Kena tunggu anak teriak baru Tok boleh tau.

Kesian kat Tok....!

Syit........... Jangan habaq kat orang!

4 ulasan:

  1. Tak kiralah Tok atau mem bila mai umur tu kena pakat jagalah! Kita ni, Tak kiralah suami ka, anak ka atau cucu masa-masa beginilah yang sangat diperlukan mereka. Bukan senang nak dapat anugerah 'mithali'tu! Saya doakan moga ada kebahgiaan di sebalik kepayahan tersebut...

    BalasPadam
  2. Mengkuang!

    Kalau umur 100 tahun pun boleh dok beranak lagi, boleh dikategorikan Bahagia ka?

    BalasPadam
  3. Woi Bro Ekeng!

    Hang kata, Tok Wan hang dah tak larat. Kencing pun kena pegang. Habis tu macam mana Tok hang boleh beranak lagi? Hang ni memang kaki merapuuuuu. Tangkap bawak pi kat Anwar Ibrahim, baru padan muka hang!

    BalasPadam
  4. Cucu Tok Derga!

    Zaman la ni semua serba boleh. Hang tau dak? Tak dak suami pun boleh beranak.

    Nak bagi aku kat Anwar Ibrahim? Anwar la ni tak lapaq kat orang lain. Dia kira Lim Kit Siang dengan Karpal Singh saja. Pasai depa dua ekor tu macam kuda tua. Liat macam getah sekerap!

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.