Bergebang pasai hak kemarin.... hak kemarin dulu.... hak kemarin dulu balik sana.... hak kemarin dulu balik sana lagi.... hak kemarin dulu balik sana nu......!
Selasa, 4 Ogos 2009
Isu Babi di Kedah - Mad Che Nai dapat hadiah besar!
Isu Pusat Cucuk Babi di Kampung Berjaya yang kontroversi telah mula dilupai orang. Cuma Kerajaan PAS Kedah yang masih tanggung bala untuk dapatkan tempat baru sebagai pengganti. Sehingga hari ini belum ada kata putus di kawasan mana Pusat Cucuk Babi yang baru akan beroperasi.
Apa pun, Pusat Cucuk Babi tersebut telah ruyup, hilang dari peta negeri Kedah. Tapak bekas Pusat itu sekarang jadi padang jarak padang tekukur. Kerajaan Kedah atau MBAS mempunyai perancangan untuk membangunkan tapak berkenaan. Kononnya, utusan telah pun dihantar oleh Kerajaan Negeri untuk berunding dengan Wakil Kerajaan Pusat bagi mendapatkan peruntukan.
Kata yang empunya cerita lagi, Datuk Paduka Ahmad Bashah setuju untuk membantu dengan syarat cukup mudah, tidak seperti syarat yang dikenakan oleh Tuan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka. Syaratnya, Kerajaan Negeri kelak hendaklah mengisytiharkan bahawa Projek berkenaan adalah atas bantuan kewangan Kerajaan Pusat. Kata yang empunya cerita lagi, ha tidak, hu pun tidak dari Kerajaan PAS Kedah.
Berbalik kepada isu babi. Bercakap mengenai isu ini, makhluk yang bernama Mohamad Che Nai tidak dapat disembunyikan peranan dan sumbangannya dalam sejarah keruntuhan Pusat Cucuk Babi di Kampung Berjaya. Samada sebagai hero atau crook, Mohamad Che Nai tetap sebagai peneraju utamanya. Ada yang mengutuk, ada yang memuji. Nak tau lanjut klik tang ni. Kalau tak mau tang tu, mai klik tang ni pun boleh.
Dalam cerita purbakala masyarakat Melayu, kalau seseorang Pahlawan berjaya melaksanakan sesuatu perintah istana, dia akan mendapat penghargaan dan hadiah lumayan dari Raja. (Tak payah diberikan contohnya) Begitu juga jika, perompak hatta penyamun sekali pun jika berjaya menjalankan misi yang diarahkan oleh Ketuanya, dia akan menerima hadiah atau habuan istimewa.
Atas segala jasa dan sumbangannya melenyapkan Pusat Cucuk Babi dari muka bumi Bandaraya Alor Setar, Mohamad Che Nai anak kelahiran Kampung Tiak ini tidak terkecuali untuk mendapat penghargaan atau hadiah atau habuan yang cukup istimewa. Pewar-war atau perkhabaran mengenainya telah dikeluarkan. Maka berkuatkuasa pada 16hb Ogos 2009 ini, membawa dirilah pula manusia bernama Mohamad Che Nai ini, berkelana ke Pejabat barunya di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah.
Selamat bertugas Mohamad Che Nai!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ayat mudah..dinaikkan pangkat atau ditukar tempat bekerja ekeng..?tak berani nak cakap apa sebab CCZ orang Sp..tentang syarat datuk bashah tu rasanya azizan tak ada hal..cuma bila buat pengakuan projek tu kerajaan pusat mesti diselitkan dengan sedikit kutukan..
BalasPadamCCZ!
BalasPadamItulah ayat-ayat yang akan diguna oleh PAS. Pertukaran adalah amalan biasa dalam pentadbiran. Tapi hakikatnya?
Soal projek bantuan Kerajaan Pusat tu, memang tak masalah bagi PAS. Sekarang pun depa terima tapi kutuk tetap kutuk.
Itulah penghargaan kepada kakitangan yang berjasa......
BalasPadamNegeri-negeri lain pun kena ikut macam Kedah. Di Selangor dan Melaka, masalah ini memang berat. Peliknya tempat penternakan ini banyak terdapat di kawasan-kawasan berhampiran kampung kita. Sampai bila kita nak menanggung? (drpd luahfikiran)
BalasPadam