Khamis, 20 Ogos 2009

Orang depa lebih teruk lagi....

SATU LAGI HELAH PAKATAN UNTUK ADAKAN PRK

Saya amat tertarik dan setuju dengan tajuk di atas, yang saya jumpa di Blog Sdr Kamal Farsya. Klik tang ni! Tapi penulisnya tidak membuat komen atau ulasan lanjut ke atas tajuk yang agak sensasi itu.

Selama ini PAS di Kedah mengeluarkan berbagai tuduhan dan tohmahan. Kononnya ada usaha dari pihak UMNO (melalui apa yang mereka namakan MK) yang berhempas-pulas untuk membeli ADUN dari PKR untuk menumbangkan Kerajaan Kedah. BN atau UMNO disifatkan sebagai perompak yang sentiasa mencari peluang untuk merampas Kedah semacam yang dilakukan di Perak.

Kononnya lagi, diwarwarkan bahawa akan berlaku proses menumbangkan Kerajaan Kedah semasa Persidangan DUN Kedah baru-baru ini. Maka pulunlah mereka untuk mendapatkan ikrar dan janji daripada ADUN-ADUN yang disyaki akan dibeli. Tapi hingga Sidang DUN Kedah berakhir..... habuk pun tarak !

Sebenarnya apa yang berlaku ada sebaliknya. Rupa-rupanya PAS di Kedah yang tak duduk diam. Dok kira cari jalan macam mana nak buat Pilihanraya Kecil di Kedah. Dulu depa cuba reka-reka isu ADUN Kuala Nerang, YB Dato' Syed Sobri yang dikatakan muflis. Tapi rekaan PAS tak menjadi dan tidaklah berlaku Pilihanraya Kecil di Kedah.

Sekali lagi perangkap PAS mengena. Tapi belum saheh apa yang kena, pelanduk atau biawak gabuk! Kebenarannya mungkin ada kerana budak Abu Hassan ni memang tuang kelas. Adakah kerana baru 2 kali tuang, terus nak buang sekolah? Murid lain lebih teruk displin (Ada yang hisap rokok, minum beer, ada yang kebas bini orang, ada yang pernah masuk lokap), tak kena buang pun. Bertindaklah cara rasional dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Apa pun semua perlu menyerah dan akur dengan apa jua keputusan yang akan dibuat oleh SPR. Wallahu aqlam!

6 ulasan:

  1. salam

    kita kena faham perangai pas ni iaitu kalau mereka buat ianya adalah mengikut suruhan ALLAH

    kalau orang lain haram

    kalau mereka menang itu adalah anugerah ALLAH kepada mereka tapi bila orang lain menang maknanya menipu atau seleweng

    itulah sikap pejuang pas

    salam

    BalasPadam
  2. Apa ekeng..?jangan komen banyak-banyak..depa kan penghuni syurga.nasib baik tok guru tak mamun kata dia buleh bagi shafaat untuk ahli UMNO kat padang masyhar nanti.kalau dia ada kata lagu tu kita tak ada can lah nak masuk syurga.

    BalasPadam
  3. SLM BRO..AZIZAN KATA KLU PAK AJIS BLH BUAT MCM2 FATWA KNP MEREKA X BOLEH? SB TU DIORANG CUBA NK IKUT CARA PAK AJIS, MAIN DRAMA SANA DRAMA SINI. KONON2 ORG BLH PECAYE ATAU SIMPATI KAT PAS..TP JGN HARAP LAA. RAKYAT DH MATANG!

    slm al-mubarak broo

    BalasPadam
  4. Satu pengajaran yang amat-amat berguna kepada semua Wakil Rakyat dan yang bakal jadi Wakil Rakyat. Amanah yang diberikan adalah tanggungjawab yang perlukan perhatian serius.

    BalasPadam
  5. puak-puak PAS ni memang kemaruk kuasa.Sejak menang pilihanraya 2008 khususnya di Kedah depa tak bercakap lagi dah bab negara Islam,bab hudud,bab Al-Quran dan Hadis.Dulu depa kata UMNO kafir pasal kata poltik suku agama suku.la ni depa lagi teruk.agama dan politik dah di bahagi tunggang langgang.Tafsir hukum ikut untung politik, sebab tu la arak,judi,maksiat berkembang subur di Kedah.PRK tu tujuan nak kalih isu la.nak tutup isu sampah,isu pembangunan lembap,isu ekonomi tak berkembang.pendek kata dok teru hak BN buat dulu aja la.

    BalasPadam
  6. Salam Ziarah dan Salam 1 Malaysia

    Nak heran pa dengan puak-puak PAS ni yang ni la yang depa paling mau iaitu pilihanraya .Depa bukan dok gaduh nak pikiaq duit rakyat habis ka apa ka yang penting kuasa tu yang depa mau .Apa pun depa tak buat setakat la depa memerintah Kedah......

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.