Ahad, 9 Ogos 2009

Memang Betul Sidang DUN Kedah Cipta Sejarah.

"Betul Betul Betul!"

Itulah dialog Ipin dalam siri animasi "Upin & Ipin" yang popular di TV9 dan menjadi ikutan anak-anak masakini. Sayangnya nada suara atau gaya sebutan tidak dapat diterakan bersama.

Dan itulah dialog yang terpancut keluar dari mulut aku sebagai respon atau reaksi awal apabila diberitahu oleh seorang kawan yang baru balik dari Sidang DUN Kedah petang tadi, mengatakan Sidang DUN kali ini agak kecoh.

"Apa yang betul?" tanya balik kawan aku tu.

Pasai sebelum ni ramai yang jangka suatu sejarah akan tercipta dalam Sidang DUN Kedah kali ini. Tenguk tang ni! Kononnya, mungkin Kerajaan PAS akan tumbang angkara seorang bekas pemimpin BN yang kononnya giat berusaha membeli beberapa orang ADUN PKR.

Kawan aku tersengih macam kerang busuk bila mendengar penjelasan aku. "Tarak apa pun!"

Mengikut cerita kawan aku, yang berlaku hanyalah riuh-rendah apabila seorang ADUN dari PKR Lim Soo Nee berkata "Kerajaan BN paria...."

Lantas melompat sakanlah beberapa orang ADUN BN seperti Dato' Syed Sobri Syed Hashim (BN-Kuala Nerang), Tajuddin Abdullah (BN-Belantek), Mohd Rawi Abdul Hamid (BN-Air Hangat) dan lain-lain wakil rakyat BN yang meminta Lim tarik balik perkataan yang disifatkan sebagai kasar.

Untuk perhatian, Lim Soo Nee inilah yang dikhabar-anginkan oleh pihak tertentu, antara ADUN yang akan 'dibeli' BN. Lim inilah juga yang sebelum ini menjadi juara mempertahankan isu merobohkan Pusat Cucuk Babi di Kampung Berjaya.

Lim mulanya 'ketegar' dan tak mau tarik balik kerana katanya ’paria tidak kasar sangat’. Tapi Lim akhirnya tarik balik lepas Speaker DUN Dato' Dr Abdul Isa Ismail masuk campur dan berkata “paria” menjadi kasar bergantung kepada orang yang mendengarnya.

Nampak sangat pemimpin-pemimpin bukan Melayu dari PKR begitu lantang dan banyak menyerang orang Melayu dan agama Islam. Apakah trend ini sengaja dicipta untuk menyakitkan hati dan perasaan orang Melayu dan umat Islam? Ataukah mereka ini sudah tidak segan-silu atau sudah naik tocang kerana 'sleeping partner' Melayu (dan Islam) mereka pun pernah memaki hamun orang Melayu Islam dengan bahasa yang lebih dahsyat?

Mustahil pemimpin politik seperti Lim Soo Nee tidak tahu makna 'paria' dan sensitifnya perkataan atau panggilan tersebut bagi masyarakat India? Kalau Lim Soo Nee nak tau kasar atau tak kasar, suruh dia sebut 'paria' kat Ahli Parlimennya (Padang Serai), Gobalakrishnan. Kalau Golabalakrishnan boleh senyum lagi dan tak marah, maknanya 'paria' tu tak kasar.

Dari cerita kawan aku tu, aku nak ucap syabas kepada Mohd Rawi yang jadi hero baru. Nanti aku nak ambik Mohd Rawi jadi hero dalam wayang kulit aku. Boleh kot?

Yang membuat aku senyum panjang bila Mohd Rawi berkata “Inilah kali pertama perkataan yang tidak sepatutnya digunakan dalam Dewan Yang Mulia ini diucapkan oleh wakil rakyat dari PKR,”, menjadikan Sidang DUN kali ini benar-benar mencatat sejarah walaupun tiada langsung angin berhembus untuk menjatuhkan Kerajaan PAS.

5 ulasan:

  1. Azizan tak kata apa ka? Tingkatkan usaha. kasi benam puak-puak ni di PRU13. Biar depa hina sekarang. Bukan nak rugi seduit pun.

    BalasPadam
  2. Ekeng...rasanya si Lim ni elok kena terbey kot??? alaaaa...terbey bukannya sakit sangat pun...tak melampau...lain la kalau kena langgaq dgn lori kaa....lapah kulit macam lembu kaaa...baru la melampau...kan? hehehhehe...

    BalasPadam
  3. Salam,

    Apa nak heran, dia orang belajar dari PAS juga...... hina Melayu dan agama sendiri.

    BalasPadam
  4. CCZ!

    Kalau tanya Ustaz, macam biasalah jawab dia "Saya tak tau pun!"

    DukeofUMNO!

    Saya tak suka terbey. Saya lebih syok kita picit teloq dia. Pun bukan sakit sangat.

    YANG GAMBI!

    Samada dia kurang belajar atau kurang ajar?

    BalasPadam
  5. Jika kita tidak mahu mencipta sejarah, orang lain akan tetap mencipta sejarah. Tak kiralah apa sejarah ingin di buat! Yang jadi masaalah ADUN UMNO/BN yang ada dalam dewan tu buat apa, buat tak kerja rumah? buat tak pre council? buat tak strategi sesama sendiri untuk mencipta sejarah? Jawabnya Tidaklah tu! Ada ketua Whip dok lena! Tidak mencatit peristiwa, tidak membaca dan akhirnya tidak punya ide! Jadi dok tunggu, buka dada bagi orang tembak baru nak bertindakbalas tu pun dengan peluru kosong!Orang Kedah selalu kata apa la, macam pariaaahh, biasala tu!

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.