Sabtu, 15 Ogos 2009

SPRM Teruskan Tindakan!


Kematian Teoh Beng Hock yang sebelum ini dijadikan isu politik adalah bukti ketara betapa Pakatan Rakyat (PR) begitu marah andai tindakan diambil kepada orang-orangnya. SPRM dan Kerajaan dikecam dan dikutuk dengan hebat. Sehinggakan Kerajaan Selangor (di bawah pemerintahan PR) mengadakan peraturan khas, membenarkan siasatan SPRM hanya boleh dilakukan di premis tertuduh saja. Tentu saja peraturan ini sedikit sebanyak menjejas atau membantut tugas SPRM dan selebihnya memperlihatkan sikap PR yang 'tidak senang' dengan langkah SPRM.

Terbaru ialah sikap beberapa pimpinan PR dan penyokong mereka (dalam blog tertentu) yang mengeksploitasi insiden yang berlaku ke atas Wong Chuan How, pembantu khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu. Pegawai-pegawai SPRM digambar bertindak kasar semasa cuba menahan Wong untuk siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan negeri.

Saya yang hanya berpeluang menonton insiden tersebut melalui TV, boleh menilai apa yang sebenarnya berlaku. Wong tidak akan jatuh kalau dia tidak melawan atau tidak hendak melepaskan diri. Tidak langsung kelihatan unsur-unsur kekesaran oleh Pegawai SPRM terhadap Wong. Tetapi apa yang digambarkan oleh pemimpin PR dan tindakan mereka berlainan sekali dengan apa yang berlaku. Semuanya adalah bertujuan untuk meraih simpati dan sokongan rakyat dan memberi gambaran buruk kepada SPRM.

Yang paling leceh, selama ini seolah-olah parti komponen PRlah menjadi 'wira' atau hero yang memperjuangkan soal intergiti dan rasuah di negara ini. SPRM (sebelum ini BPR) dihentam dan dikritik hebat oleh mereka. SPRM dituduh menjadi alat kepada UMNO dan hanya menjadikan pemimpin PR sebagai sasaran.

Kerajaan sebenarnya sudah cukup terbukti bersikap telus dan tegas dalam memerangi rasuah. Menjadikan institusi berkaitan dengannyanya sebagai sebuah Suruhanjaya Bebas membuktikan betapa seriusnya Kerajaaan menangani isu ini.

SPRM kini menyiasat dan menangkap siapa saja yang disyaki terlibat dalam kes rasuah, tidak kira samada penyokong Kerajaan atau dari Pakatan Pembangkang. Apa yang dilakukan oleh SPRM adalah cukup profesional. Tetapi pihak Pembangkang yang selama ini kuat mendesak supaya perasuah dikenakan, hanya mahukan orang lain yang dikenakan tindakan dan bukan kepada diri dan penyokong mereka.

Sekiranya SPRM mengambil tindakan (walaupun masih di peringkat siasatan) terhadap pemimpin atau penyokong PR, berbagai halangan Apa lagi yang dikehendaki oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan SPRM? Jawapannya, itulah Pembangkang!

7 ulasan:

  1. Cina nie lagi seorang "pelakon" tambahan yang terbaik...takut kerana salah!

    BalasPadam
  2. Macam b4b1 je depa kelupoq...muhahahahahhahahahahaha
    Pastu kena sakit jantung....

    BalasPadam
  3. Salam Ziarah

    Depa ni macam dato seri pengkianat melayu tu la pandai berlakon nak tarik perhatian rakyat .Kalau depa tak buat macam ni bukan pembangang dan pembangkang la depa ni...

    BalasPadam
  4. Salam ekeng..SPRM dah serah kalah dah hari ni. Satu perkara yang cukup memalukan negara.

    BalasPadam
  5. APASAL LAA TAKPADAM TRUS KN BAGUS..TP X BLEH JUGAK..KLU DIA PADAM SI RONIE SENYUM MCM BEROK LER!!..TP AKU X TAHAN GELAK SAMPAI SAKIT PROT LAK TENGOK AKSI LAWAK APEK TU KEHKEHKEH ADOIYAIII!!!

    BalasPadam
  6. Salam sejahtera,
    Menguatkuasa undang-undang adalah maruah sesebuah kerajaan. Kalau kakitangan kerajaan dah tak sanggup melaksanakan tugas sebagai pelaksana undang-undang negara, maka yg bakal dilihat lemah ialah kerajaan itu sendiri.

    Politik pembangkang ternampak lebih kuat dan matap dari politik pemerintah yg berkuasa. Kalau kuasa yg ada tidak sanggup diguna kerana politik, maka tunggulah kehancuran negara yg lebih teruk dilakukan oleh kaum golongan yg menjadikan gangstaerisme sebagai satu cara hidup.

    Lemahkah kerajaan kita yg ada sekarang kerana insiden kurang ajar kaum imigran cina golongan gangster ini?

    Rakyat akan menilainya dari masa ke semasa.

    BalasPadam
  7. Desperado, hARAKah, lagenda!
    Ini memang betul-betul lakunan ler.... macam badut dalam wayang tongkol.

    CCZ!
    Bodoh punya Pegawai. Sapa yang interbiu dia masuk kerja dulu. Tak tenguk ka, ada telor atau tidak?

    Jeffry!
    Kalau padam, kesian kat Si Nizar tu. Kena pakai baju hitam dan pegang lilin sekali lagi.

    Yopman!
    Dia ni memang kurang ajar dari tok nenek mike lagi. Dah tak laku kat Benua Cina... Orang Putih bawak dulu pun kerana nak jadi gangster. Kita sekarang yang terima padahnya.

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.