Isnin, 29 Jun 2009

Babi Lagi....!

Semarak Babi: BN Menangguk Kesempatan

Oleh: T.T TING

http://www.blogacause.com/blogacause/resources/actanonverba/pig-lipstick.jpg
Babi ni dok tunggu apa akan jadi 1hb Julai ni...

Hari ini ialah hari terakhir. Mohamad Che Nai, Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) antara saki baki jentera bekas Menteri Besar DS Mahdir Khalid (MK) sedang ‘merintih kaki dan tangan’ tidak sabar lagi untuk melepas geram kepada rumah sembelih di Kampong Berjaya. Sepanduk dinaikkan oleh MBAS untuk menarik perhatian orang ramai, menggantikan notis perobohan yang biasanya ditampal. Hati sebahagian orang cina sekitarnya sakit dan pedih melihat gelagat MBAS. Apa yang tidak dibuat di zaman BN, nak dibuat di zaman PR. Mereka juga hendak berpolitik. Politik Babi!.

Politik Babi

Terdesak dengan prestasi lembab Barisan Nasional (BN) di Kedah, babi pula jadi bahan meraih populariti dan propaganda. Apalah nasib babi, sering berguna kepada BN yang nyawa-nyawa ikan untuk bernafas semula, biarlah dengan nafas berbau babi, asalkan dapat hidup menentang Pakatan Rakyat semula.

Sejak sebulan lalu, isu rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya Alor Setar panas dan kelam kabut. Sejarahnya bermula 30 tahun lalu sewaktu kawasan itu belum dibangunkan dengan deretan premis perniagaan seperti sekarang. Dua tiga penyembelih (pemborong) babi mendirikan bangsal untuk menghentak kepala dan mencucuknya hingga mati sebelum dijual sebagai lauk. Tidak dapat dipastikan dari mana bekalan babi hidup diperolehi. 30 tahun dulu Kedah diperintah oleh BN. Tiada apa-apa yang berlaku sehingga kawasan itu dimajukan dan komplen mula kedengaran sekitar tahun 1990-an.

Exco dari BN yang pernah memegang portfolio Kerajaan Tempatan yang bertanggungjawab ke atas MBAS (Majlis Daerah Kota Setar) ialah Dato’ Bashah yang kebetulan juga adalah Adun kawasan terbabit. Dalam kes terbaru, Bashah akan mengapikan sentimen orang Melayu (UMNO) untuk menghentam kerajaan kerana membiarkan rumah sembelih itu. Demontrasi akan diadakan jika rumah itu tidak diroboh. Dia akan ambil kesempatan untuk menunjukkan taring politiknya yang hampir tercabut. Rumah sembelih itu adalah sebahagian talian hayat politik Dato’ Bashah.
Nak tau lebih lagi, klik tang ni

Komen pendek:-

Kesian kat Datuk Bashah. Tak pasai-pasai depa kata dia nak cari kesempatan politik atas isu babi di Kampung Berjaya. Yang aku tau, tak renti-renti dia perjuang masalah tu sejak zaman BN perintah dulu lagi. Aku pernah pi satu majlis perjumpaan Datuk Bashah dengan penduduk Kampung Berjaya dan Telok Yan. (Bekas Pak Mentua aku orang situ la!) . Sakan jugak majlis tu. Depa hentam dia kiri-kanan. Sampai ada yang ugut tak mau keluar mengundi pun ada kalau Pusat Sembelih Babi tak diubah.

Aku nampak dari air muka Datuk Bashah, dari cakap dia, dari pengakuan dia, aku yakin Datuk Bashah memang ambik berat perkara tu. Mesti dia kena bagi perhatian pasai penduduk di keliling Pusat Penyembelihan Babi tu adalah terdiri dari pengundinya. Orang kata, dia ikhtiar habis riang.

Dato' Paduka Ahmad Bashah

Tapi nak pindah Pusat Penyembilan Babi tu bukan semudah nak ubah lau ayam, atau ubah dangau buruk atau nak ubah jamban. Kena ambik kira dari segenap penjuru.

Tak pa la. OK. Kita pendekkan cerita.

Kalau dulu BN perintah Kedah. La ni PAS pula dipilih oleh rakyat untuk perintah Kedah. Sebagai sebuah Kerajaan yang menjanjikan Kedah Sejahtera dan pemerintahan adil yang berpegang kepada Islam, tak payah banyak bercakaplah dalam isu babi ni. Sekarang adalah masa untuk bertindak. MBAS dah sinting lengan. Harap-harap tak ada pula 'arahan' dari Kerajaan.


Tempoh sebulan dah habis. Jom kita tenguk sapa pulak nak kena!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.