Umno macam kucing, kata MB Kedah
SHAH ALAM, 7 Jun: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno umpama kucing, "baik di depan tetapi awas di belakang kita dia akan curi ikan kita."
Azizan berkata demikian ketika membuat ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 55 dekat sini hari ini.
"Menjadi perangai kucing juga dia akan berak di mana-mana sahaja hatta atas sejadah sekalipun," kata Azizan yang disambut gelak ketawa perwakilan
dan pemerhati muktamar.
Namun, Azizan berkata, "kita tetap masih boleh runding dengan Umno ni."
Azizan berkata, sehingga hari ini, Umno masih berusaha untuk mencuri Adun PAS dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah.
"Mereka tidak berhenti dari membuat kerja ini," kata Azizan.
oleh Siasah
Komen:-Azizan berkata demikian ketika membuat ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 55 dekat sini hari ini.
"Menjadi perangai kucing juga dia akan berak di mana-mana sahaja hatta atas sejadah sekalipun," kata Azizan yang disambut gelak ketawa perwakilan
dan pemerhati muktamar.
Namun, Azizan berkata, "kita tetap masih boleh runding dengan Umno ni."
Azizan berkata, sehingga hari ini, Umno masih berusaha untuk mencuri Adun PAS dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah.
"Mereka tidak berhenti dari membuat kerja ini," kata Azizan.
oleh Siasah
Memang betoi kata Ustaz Azizan tu, UMNO macam kucing. Boleh berkawan tapi tak boleh harap. Dulu pernah juga Ustaz Azizan ibaratkan UMNO macam merang. Merang suka koyak pukat. Bukan setakat ambik ikan. Tapi merang koyak pukat bagi lingkup. Lepas ni Ustaz Azizan nak samakan UMNO dengan binatang apa pulak lagi ya?
Kata Ustaz Azizan lagi, kucing berak merata. Bukan setakat atas sejadah dia berak Ustaz oiii. Atas katil tempat kita dok bergelumiang dengan bini kita pun dia berak. Itulah binatang uang namanya kucing! Tapi yang hairannya, ramai orang sayang kucing. Ramai yang ambik kucing bela. Bagi makan sedap-sedap. Bagi mandi pakai sabun wangi dan syampoo mahal. Tempat tidur kucing pun elok. Ramai bela kucing buat kawan. Sanggup dakap dan dukung merata. Ada yang sanggup cium lagi. Ada setengah orang sayang kucing lebih pada sayang kat manusia. Hairan sungguh!
Musuh tradisi kucing ni apa haa? Rimau? Lembu? Kambing? Ayam? Itek? Dak kot? Perasaan hak dok bermusuh turun-temurun dengan kucing ni ....
Mangsa kucing pula? Saheh la tikus.
Hahaha ! baguih artikel ni bro, aku ada buat sikit follow up kat blog aku. TQ for visiting & following my blog ... To chey! TQ!
BalasPadam//A.S\\
Thanks AloqSetaq.
BalasPadamYB suraya tu sapa ya? Kucing?,kerbau? atau lembu? apa hubungan dengan Ust azizan ni?
BalasPadamIh tak berapa tau la pulak sapa dia YB Suraya tu no!
BalasPadamBukan ka dia tu anak penakan Mak Teh Leha? Mak Teh Leha anak aruah Penghulu Hashim tu pula bukan ka bini aruah Pak Teh Mat? Aruah Pak Teh Mat tu pulak, bukan ka adik aruah Haji Dak, imam masjid Kampung Sungai Limau Dalam? Aruah Haji Dak tu bukan ka pak YAB Ustaz Azizan?
Isyh... apa hubungan YB Suraya tu dengan Ustaz Azizan ha? Kucing?, kerbau? atau lembu?
Isyh... tak kan nak kena pi tanya Ustaz Azizan kot?