Selasa, 23 Jun 2009

Makeup bagi lebih

Ada kawan tanya pasai apa aku selalu tukar rekaletak blog. Dulu fesyen lain. La ni tukar fesyen lain pulak dah. Siap dengan renungan, seloka dan pantun pulak lagi.

Senang saja aku jawab. Makanan pun kalau nak bagi ada selera, kena tukar-tukar lauk. Kalau tiap-tiap hari temenung rebus, nak buka mulut pun segan. Tapi kalau buat gulai ka, goreng ka, asam pedas ka, sambal tumis ka, boleh gagah. Nak sedap lagi kalau sekali sekala tukar lauk, ikan tamban kiat atau anak selangat kering atau temenung lengat atau gelama masam, pun boleh pi tiga empat pinggan!

Cicit Tok Nadoq ni dah tua melandoq, pipi pun dah keredot, bangkit pun kena terkesot-kesot, jalan pun terhencot-hencot. (Cewahhh jadi macam boria la pulak) Kenalah selalu makeup nak bagi orang berkenan. Kena selalu lumur minyak atar. Kena selalu telan ubat dan minum tonik nak bagi kuat. Minyak angin jangan bagi putus. Periuk tanak akar kayu jangan bagi kering. Urut pun jangan lama berselang. (Bab perangat ubat tanak, bab urut-mengurut ni, jangan dok harap kat Tok sangat. Tok tak berapa suka kalau kita terlebih kuat. Maklumlah! Tua-tua ni pun Tok mudah cemburu.)

Apa pun kita buat, kena ubah-ubah. Kena tukar cara atau gaya. Tak boleh satu cara atau satu gaya. Kalau dulu gaya kuak lentang, la ni cuba pula gaya kuak bebas atau gaya kuak kupu-kupu atau cuba gaya berani Mat Rempit angkat tayar motor depan. Kena cuba semua baru kita tau mana yang lebih selesa.

Kalau selalu di atas pun tak baik jugak. Sekali-sekala kena turun merasai keperitan orang bawah. Orang bawah pun sekali sekala ingin juga merasa nikmat bila jadi orang atas. Janganlah dari dulu, kini dan selamanya tak berubah-ubah. Bahaya! Kena ingat ooo, bila-bila masa boleh terbalik kuang!

Apa pun syukur, Alhamdulillah Tuhan masih bagi akal waras kat Cicit Tok Nadoq. Cicit Tok Nadoq belum nyanyok. Masih boleh berfikir mana yang baik mana yang buruk. Mana yang betul mana yang tipu. Mana yang temberang dan mana yang auta. Kalau dah nyanyok, kencing berak tak ketahuan hala, Cicit Tok Nadoq tutup buku!

Wallahu aqlam bissowab!

3 ulasan:

  1. Salam Bro...

    Bro dijemput utk ke Majlis Gathering Bloggers Utara kali ke 2 pada 4hb Julai ni...detailnya ada di blog saya...Tengkiu...

    p/s: tempat dah tak banyak dah...siapa cepat dia dapat...hehhe...

    BalasPadam
  2. Alahai terima kasih banyak-banyak la cek DukeOfUMNO oi pasai teringat nak jemput aku. Sapalah aku ni haa? Kecik kemetot, perut boroi, telinga pun capang. Tak dak sapa kenal pun. Hang ni pakai nama orang puteh macam UMNO jugak. Tak berasa nak tukar bagi nampak Melayu sikit ka? Jangan marah.... melawak saja no!
    Memang aku teringin sangat-sangat nak tenguk apa merega Gathering tu pasai tak pernah pi. Yang selalu orang dok jemput aku pi tahlil, pi kenduri, pi jamuan. Tu saja.
    Teringin sangat aku nak jumpa hang dan blogers yang hebat-hebat di utara. Macam DukeOfUMNO, Depa Kata, Parpukari, Hussain Lempoyang, Ramli DAP dan ramaiiiii lagi.
    Tapi apa boleh buat no... ada kerja lain. Aku dah bagitau melalui email kat hang minggu lepas. Minta maoh no. Jangan serik, lain panggil buat apa-apa tolong hot hot kat aku sama. Insya Allah kalau tak dak kerja, aku pi.

    BalasPadam
  3. Salam,
    Anda dijemput beri komen/pendapat.Idea anda sangat saya hargai walaupun fahaman bebeza.

    http://kuberharap.blogspot.com

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.