Ahad, 28 Jun 2009

Nazri berdebat dengan Nik Aziz!

NAZRI AZIZ DEBAT DENGAN NIK AZIZ. SAMA HEBAT!!!




Nazri, Zambery atau Mashitah terima cabaran Nik Aziz


Pemimpin pertama yang terimbas dikepala saya bersedia berdebat dengan Tok Guru Nik Aziz ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Mohamad Nazri Aziz. Dato Najib tak perlulah layan cakap dan terima cabaran. TGNA bukan level Perdana Menteri.
Gambar: Dato Seri Mohamad Nazri. Tokoh UMNO yang paling layak berdebat dengan Nik Aziz

Nazri boleh dianggap mewakili Najib kerana Nazri dari JPM. Sama taraf lah tu. Atau jika ambil kira jawatan TGNA sebagai MB Kelantan, taraf MB Perak pun layak juga berdebat dengan TGNA. Zambery lulusan UIA dan pernah jadi lecturer tentu berkemampuan berdepan dengan TGNA dalam isu ugama.

Jika perlu sangat seorang pendakwah yang hebat, tahu soal ugama, kenapa tidak Dato Mashitah? Lebih menarik TGNA lawan debat dengan seorang wanita? Menterinya Dato Jamil Khir kita simpan dulu sebagai reserve.

UMNO jangan terlalu defensif berdepan dengan PAS. UMNO mesti bersedia untuk menyerang juga. Ini memberi keyakinan kepada anggota parti bahawa UMNO masih bersemangat dan bersedia berdepan dengan siapa sahaja. Jika Ahmad Shabery berani berdepan dengan DSAI takkan tokoh hebat seperti Nazri dan lain-lain semudah itu memberi kemenangan moral kepada Nik Aziz?

Nak panjang lagi baca tang ni

Komen pendek:-

Aku perasan kalau DS Zambery atau Dato' Mashitah tak begitu sesuai berdebat dengan TG Haji Nik Aziz. Tambah-tambah perempuan cantik macam Dato' Mashitah!

Tapi kalau kata Datuk Seri Mohd Nazeri Aziz, memang layak. Memang sesuai. Aku sokong. Cuma nampak tak sepadan, orang muda lawan orang tua. Aku perasan macam kata orang Kedah, tak dan sekali air.... tersungkur dalam bon. (Tu kalau lawan boxing)

Kalau lawan berdebat pun aku perasan macam tu jugak. Cuma aku yakin seratus-peratus, saheh TG Haji Nik Aziz tak berani. Pasai dia tau dah penangan Nazri ni. Tapi TG Haji Nik Aziz akan bagi alasan macam ni,

"Buat apa lawan debat dengan budak berhingus macam tu? Buang masa saja."


Itulah jawapan yang paling sesuai untuk TG Haji Niz Aziz.


3 ulasan:

  1. Salam Ziarah Ekeng....

    Tak dak kerja lain dah puak-puak ni asyik dok minta debat ja.Kalau PM tak layan mesti dapat kemenangan Moral dah kat depa kata PM penakut.Tapi hakikatnya PM banyak lagi kerja yang nak dibuat nak bantu rakyat tak dak masa nak layan puak-puak ni kalau nak layan depa ka sampai bila pun tak habis......

    BalasPadam
  2. Teruskan berkerja untuk memajukan negara DS Mohd Najib! Usah dipedulikan perkara yang hanya membuang masa. Banyak lagi urusan yang lebih penting dan perlu diberi perhatian. Biar apa pun tuduhan, yakinlah dengan kejujuran dan keikhlasan perjuangan DS seperti yang diamanahkan oleh rakyat!

    Tun Dr M Tuan Pak Lah dan ramai lagi tokoh tak setuju diadakan dekat dengan TG Nik Aziz.

    BalasPadam
  3. tak payah nk layan...buang masa je. Strategi nak tarik perhatian rakyat je tu..Teknik lapuk ntah dari gua mana..

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.