Selasa, 9 Jun 2009

Infaq

Menghadiri Majlis Perkahwinan

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah bersama isteri Datin Paduka Hizam Ahmad Awang (kiri), Timbalannya Ir Muhammad Guntur Mansor Tobeng (dua'kanan)dan Setiausaha UMNO Bahagian itu (kanan) menghadiri majlis kenduri di beberapa buah kampung dan taman sempena musim cuti sekolah.

Ahmad Bashah menerima 150 undangan majlis kenduri kahwin selepas mengistiharkan sumbangan 500 biji telur ayam dan 50 kilogram beras kepada orang ramai di dalam bahagian itu yang ingin mengadakan kenduri kahwin.
(La... semua segak-segak. Sapa yang kahwin ni?)
Komen:-

Hebat! Hebat! Kalau seorang terima undangan kenduri hingga 150 majlis, memang hebat. Nak boleh pi sehari paling kurang 20 buah rumah. Tu pun balik malam tidur tak beralih ke mana. Jenuh panggil orang mai mengurut.
Mungkin akan ada orang kata, undangan tu tak berapa ikhlas pasai sebenarnya depa tu nak kan sumbangan YB. Dato' Paduka Ahmad Bashah - 500 biji telor ayam dan 50 kilogram beras. Ikhlas atau dak, itu soal dalaman. Soal niat. Sapa pun tak boleh baca apa yang ada dalam kepala dan hati perut seseorang, hatta doktor pakar yang pakai teleskop canggih. Kerja tu kerja Tuhan!

Ada pula orang kata, nak hairan apa pasai YB Dato' Bashah banyak duit. Orang kaya. Kalau betul YB Dato' Bashah tu kaya, banyak duit, Alhamdulillah. Baguslah! Kita kena syukur dan tumpang seronok pasai dia pun saudara Islam kita juga. Kalau bangsa kapiaq kaya miliana, pernah ka kita dok cemburu atau mengutuk? Kita kena bangga kalau orang Islam kaya, tak hidup melarat atau papa kedana kerana tak dak duit.

YB Dato' Bashah seorang pemimpin. Alhamdulillah juga pasai walaupun dia banyak duit, YB Dato' Bashah tak jadi Haji Bakhil. Orang lain boleh tumpang sama. Ni nak mai bulan puasa ni, kanji pulak. Ingat aku.... sumbangan kanji YB Dato' Bashah dah lama dah..... Orang yang dok makan kanji YB Dato' Bashah pun perasan beribu-ribu orang dah.

Ada juga orang (Islam) kaya, sekupang pun kita tak boleh rasa, itu pun kita tak patut nak kutuk. Sebab kita tak tau derjat amalan/ kebajikan yang dia buat. Itu pun kerja Tuhan. Kita yang jahil ni janganlah dok tebiang nak masuk campur kerja Tuhan. Kerja mudah hak Tuhan suruh kita buat pun kita tak larat nak buat, macam mana nak campur kerja Tuhan pulak! Pakat-pakat buat kerja kita sudahlah no!

Lagi satu aku agak, mereka yang mengundang YB Dato' Bashah tentulah orang dalam kawasannya saja. Kalau dok tang lain atau buat kenduri tempat lain, tak kan gamak kot nak buat muka tebal minta kat YB Dato' Bashah. Carilah orang lain pulak...

Aku harap pemimpin lain pun yang Islam tu (jangan kiralah parti apa pun), yang ada duit-duit lebih, buatlah infaq/kebajikan sama. Bahagian dunia kita dapat. Bahagian akhirat pun kita dapat. Insya Allah! Janganlah dok pulun isi temoloq kita saja.

Mudah-mudahan YB. Dato' Bashah dimurahkan lagi rezeki, dipanjangkan umur dan panjangkan juga..........?

Insya Allah!


2 ulasan:

  1. salam....saya baca blog dr M, pahtu nampak blog aloQstaQ,lompat pi lompat mai, sampai sini...ni dok ghenyih soghang-soghang depan PC, mana nak cari blog bahasa Kedah pure pulak tu :) entertaining!!!

    BalasPadam
  2. Terima kasih banyak-banyak kat Blogger knitfreak-to-be kerana sudi jenguk Blog saya yang tak sepertinya.
    Mokalu orang Kedah tak sayang bahasa (dialek) Kedah, sapa lagi nak sayang? Sapa lagi nak jaga dan pelihara? Tak kan nak biar bagi dok terperok kat dalam kamus atau kat Muzium saja. Sayang sangat aih. Kita nak guna/belajar bahasa apa pun gunalah. Tak kisah. Tapi pesaka tok nenek kita kena pelihara. Tak susah mana pun! Bukan nak kena koqko sampai meletup pinggang. Bukan nak kena kandar sampai terpeleot tulang belikat. Bukan nak kena tanggung sampai rebeh bahu. Bukan nak kena kilik sampai melecaq ketiak. Bukan dan bukan!

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.