Selasa, 30 Jun 2009

Betul ka ni?

Mulanya aku cadang tak mau tulis apa-apa pasai ni. Pasai aku ni bukan orang politik. Lagi pula aku tak pi ke majlis tu. Tua-tua aku ni pun, aku masih banyak kerja. Kalut tak tentu kalu. Tapi aku dah baca beberapa tulisan teman-teman dalam Blog masing-masing. Dah tau apa yang Tun kata dalam majlis tu.

Tapi bila terbaca tulisan ni Depa p mana? aku jadi gatal tangan nak tulis. Kata orang, nak tumpang semangkuk.

Kebetulan hari tu masa aku dan seorang kawan nak ke Bank, kami terjerembab dengan seorang ahli MUBARAK yang baru turun dari Bangunan UMNO. Kawan aku yang mengenalkan aku kepada 'brother' ni. Kawan aku bagitau, 'brother” ni bekas senator BN dan mantan seorang Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Kawan aku terus tanya dia, “ramai ka orang?” (Maksud kawan aku tentulah yang pi Majlis Ceramah Tun).


Si 'brother' ni buat muka 'welfare'. “Tak ramai”, kata dia sambil tarik muka bagi lebih kedut.


“Ya lah pasai majlis tertutup untuk orang UMNO saja”, jampuk kawan aku. Terus 'brother' ni potong dan bagitau, katanya jemputan dibuat kepada semua Ketua Cawangan, Pemuda dan Puteri Bahagian-Bahagian yang berdekatan Alor Setar.


“Depa tak mau mai, nak buat lagu mana”, katanya bersungguh-sungguh. “Nasi buat untuk 700 orang pun tak habis”.


“Betul ka tak ramai?” tanya kawan aku macam tak percaya.


Si 'brother' angkat bahu dan perhati ke arah aku. Aku gagah juga senyum, nak ambik hati dia.


"Ih no... nampak sangat orang la ni tak suka kat UMNO!", tambah 'brother lagi.


Aku tumpang terkejut berok bila dengar ayat akhir 'brother' ni. Hangguk tidak, geleng pun tidak.


Tapi kawan aku cepat menyampuk, “bukan orang tak suka kat UMNO tapi orang tak suka kat pemimpin UMNO”.


Tak dan pun bersalam, 'brother' tu terus ke kereta anaknya yang sedia menunggu. Aku tak perasan samada dia dengar atau tidak apa yang dikatakan oleh kawan aku. Tapi aku yakin dia dengar.


3 ulasan:

  1. Saya pergi juga ke majlis tu. Ramai juga. Sambutan hangat juga. Tapi yang saya faham dan dapat mesej katanya ramai Ketua Bahagian boikot tak datang sebab depa tu dok perahu lain. Panggilan di bahagian merbok contohnya tak sampai pun pada ajk-ajk bahagian pu3, wanita. Bukan masalah tak ada orang mahu dengar tapi kena fahamlah. kalau buat secara terbuka nanti kecoh pula. ramai yang akan ambil kesempatan nak laga-lagakan Najib dan Tun. Tun bergerak ke sana sini untuk pulihkan semangat juang rakan-rakan UMNO supaya jangan terlampau kecewa sampai terikut kata-kata pembangakang. Kalau semua putus asa, maka lebih baik kita tengok sajalah PRU 13 nie. Saya sendiri pun rasa perit sebab nampaknya Puteri sendiri masih tenggelam punca. Mereka masih pegang dalam minda. nak bergerak kena guna duit. Sayang sekali. Aktiviti tanpa guna duit berpuluh buleh buat tapi tak mahu fikir. satu contoh, pi ambil kain-kain surau atau telekung di surau atau masjid setempat, basuh, sidai dan lipat. Itu pun orang buleh nampak.

    BalasPadam
  2. mmg pn... skrg ni pu3, wanita, pemuda... semua msh di minda kuat dgn upah dn duit. wlpn duit tu pntg, tp xshrusnya isu itu djadikn alsn utk mmbntutkn prjuangn parti. kalo nk dihitung mmg dh bnyk yg keluar dr msuk. dlm hal ni, ketua caw khususnya kna mainkn perann. sbb apa2 tindk bls pn, ketua caw yg ditju dulu. ketua2 caw ni ibarat link di antara umno bahagian dn sayap2 upno sbb ketua caw yg stutnya lebih mngenali anak buah dn sesiapa yg boleh dihrpkan utk mnggerakkn jentera. tp apa yg saya prhatikn skrg ni pn masih trdpt ketua2 caw yg ada dia antaranya masih 'tido'

    BalasPadam
  3. Salam...

    Ramai tak ramai tak penting yang penting mesej dapat disampaikan oleh TUN.Dah tersirat dalam pemuda dan puteri nak buat apa guna duit nak itu nak ini duit..apa-apa pun duit kita tak boleh lawan macam pembangkang depa lebih ikhlas berkhidmat untuk parti walaupun tak dibayaq.Inilah yang UMNO kena buat berubah berkhidmat seikhlas hati tanpa mengharap apa-apa imbuhan macam blogger2 UMNO dok mempertahankan UMNO ni bukan dok dapat apa pun tapi demi UMNO tercinta sanggup apa saja......

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.