Ahad, 21 Jun 2009

SN DATUK SHAHNON AHMAD

Nak tumpang tanya sikit na? Datuk Shahnon Ahmad lagu mana? Sapa tau tolong cerita sikit no.

Aku tanya ni bukan pasai apa, pasai dah lama aku tak dengar cerita bekas MP PAS Kawasan Sik ni? Dah lama juga aku tak dengar dia tak ulas atau bagi komen pasal politik. Nak kata dia keluar dari PAS tak patut sangat pasai kalau tak silap aku, dulu dia isytihar diri jadi ahli PAS seumur hidup. Dan Tuan Guru Haji Nik Aziz pun suka kat Datuk Shahnon, pernah pertahan Datuk Shahnon masa heboh pasal novel "SHIT" dulu.

Masa riuh-rendah seluruh negara pasai PPSMI pun aku tak dengar suara pengarang novel Ranjau Sepanjang Jalan ni. Kalau ada Datuk Shahnon ikut berdemontrasi, atau ikut sama bekempen, tentu keluar gambar dalam surat khabar atau dalam TV. Boleh jadi jugak aku terlepas pandang. Atau boleh jadi perjuangan seorang tokoh sasterawan macam Datuk Shahnon akan terlihat dalam karya-karyanya nanti.

Atau mungkin Datuk Shahnon dah pencen politik? Boleh jadi juga Datuk Shahnon nak rehat, nak duduk senang-lenang dengan keluarga, tak mau ambik peduli lagi bab-bab politik. Atau boleh jadi, dalam sengap-sengap.... Datuk Shahnon kembali aktif mengarang. Alhamdulillah!

Beginilah yang dikatakan manusia, mudah berubah-ubah. Hari ini suka, esok dah tak suka.
Seorang lagi Sasterawan Negara yang dulunya tak minat berpolitik ialah Datuk A. Samad Said. Tapi ikut kata Datuk A. Samad Said, dia bukan berpolitik atau memasuki mana-mana parti politik. Apa yang dilakukan selama ini ialah berjuang supaya kerajaan menarik balik PPSMI. Dan Datuk A. Samad Said tidak akan berganjak atau berhenti dari perjuangannya selagi PPSMI tidak dihapuskan. Dalam mempastikan hasrat dan perjuangannya berjaya, Datuk A. Samad Said akan menggunakan apa juga cara yang dihalalkan, termasuk menggunakan platform politik.

Datuk A. Samad Said turut sama berdemontrasi menentang PPSMI. Sanggup berada di pentas politik bagi menyuarakan perjuangannya. Hingga sekarang Datuk A. Samad Said masih gigih dan kerap kali muncul di pentas PAS atau PKR. Datuk A. Samad Said tidak berkempen politik, cuma menyuarakan perjuangannya mengenai isu Bahasa Melayu.

Macam mana pun aku harap dan selalu mendoakan agar Datuk Shahnon terus sihat dan terus aktif berkarya bagi memajukan kesusasteraan bangsa. Aku teringin nak baca novel Datuk Shahnon tentang pengalamannya menjadi ahli politik PAS.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    Adalah ini saya ingin memaklumkan kepada tuan2/puan2 bahawa BLOGGERS WILAYAH UTARA akan menganjurkan pertemuan kali ke 2. Berikut adalah butirannya:

    Tarikh : 4hb Julai 2009 (sabtu).
    Lokasi : Akan diberitahu kepada yg "confirm" hadir sahaja..
    Masa : 8.30 malam.

    Memandangkan untuk mengelak dari sebarang masalah di pertemuan tersebut, saya terpaksa merahsiakan dahulu lokasi sebenar pertemuan kali ini. Selain itu, saya terpaksa membuat senarai kehadiran disebabkan ada majlis "makan-makan" sedikit...nak kena bugdet berapa banyak yg nak hadir...kalau order sikit, takut tak cukup...kalau order banyak, takut membazir...jadi saya harap tuan2/puan2 memahami dan dapat memberikan kerjasama terhadap pihak saya...

    Sila emailkan contact number tuan2/puan2/cik kepada saya untuk diberitahu tentang lokasi sebenar majlis perjumpaan ini sebelum 3hb Julai 2009. Sekian. Terima Kasih!

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.