Rabu, 24 Jun 2009

Mat Sabu Tolak Dato'

pemimpin rakyat

Tolak gelaran Dato’ …………….

Dalam sibuk2 orang nak muqobalah dan kerajaan perpaduan……ramai orang/ahli PAS marah……sebab tak setuju dengan nak bergabung atau nak berbaik2 dengan umno…

Saya mendapat berita…… Hj Mohamad Sabu telah menolak tawaran untuk mendapat Dato’ untuk ulangtahun TYT Penang yang akan datang nie……

Ini bukan kali pertama rupa2nya….

Ini kali kedua beliau menolak tawaran penganugerahan Dato’ dari TYT Penang…..

Walau sebenarnya cuma Penang sahaja yang ingatkan kat dia…… negeri lain yang PAS perintah jangan harap…

Walaupun sebenarnya ….itulah prinsip beliau kerana…Dato’ tiada membawa apa2 makna di dunia ni…..beliau berkata begitu, setelah merujuk kepada para ustaz dan ulama ….kerana hidup di dunia ini yang penting ialah mencari “Mardho Tillah…..” bukan nama atau pangkat, disamping keikhlasan untuk berjuang…..

Bak kata Mat Toi juga…….” semua dunia tu…….”

Prinsip pemimpin PAS lain……ha ha …..awak dan saya tahu


Komen:-

Demikian berita yang aku terbaca di
http://pemimpinrakyat.blogspot.com/

Bagus dan mulialah hati insan seperti Mat Sabu.

Ikut Pemimpin Rakyat yang empunya blog tu, ini bukan kali pertama Mat Sabu tolak anugerah dari TYT Penang.

Mungkin banyak kali dah kot? Hairan juga macam mana Pemimpin Rakyat dapat tahu semua ni? Selalunya anugerah-anugerah macam ni rahsia. Pada Hari Keputeraan baru dihebahkan. Mungkin Pemimpin Rakyat ni ada cable baik punya.

Kata Pemimpin Rakyat, cuma negeri Pulau Pinang yang bukan diperintah PAS, ingat dan hargai jasa Mat Sabu. Tapi negeri-negeri yang diperintah PAS iaitu Kelantan dan Kedah, macam tak iktiraf jasa dan sumbangan Mat Sabu.

Bukan macam tu! Sebenarnya di negeri lain yang diperintah PAS, depa kena bagi kat orang-orang depa dulu. Depa kena tenguk orang keliling depa. Habis orang depa, baru giliran orang luar. Betul dak?

Memang betul seperti tulisan Pemimpin Rakyat. Mat Sabu bukan pemimpin yang berjuang untuk rebut gelaran dan pangkat. Mat Sabu berjuang bukan kerana nama. Semua tu duniya....

Kalau betul apa yang ditulis oleh Pemimpin Rakyat, aku setuju dengan pendirian Mat Sabu. Ada anugerah ini payah. Kena jaga status dan standard. Kalau tak ada Dato' macam sekarang, senang sikit. Nak buat apa pun bebas. Makan-minum kedai catok orang tak kisah. Pakai baju cap pagoda dengan kain pelikat cap gajah pun orang tak kata apa. Naik kereta cabuk pun orang tak peduli.

Apa lagi Mat Sabu orang politik yang lantang bersuara. La ni tengah laku. Nak hentam sapa boleh. Nak tutuh sapa pun tak pa. Tapi kalau ada Dato' payahlah sikit. Tak gitu ka?

2 ulasan:

  1. Hello Syeikh! Agak-agak Tuan Syeikh, ramai lagi ka orang-orang di Malaysia ni yang berpendirian macam Muhamad Sabu ni?

    BalasPadam
  2. Hello Pak Man Telo! Hang ada lagi ka? Atau orang lain menyamar?
    Orang macam Mat Sabu ni ka? Alahai.... berlungguk lagi dok ada. Kat Pekan Rabu saja perasan.... lima biji bas tak boleh penuh lagi.

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.