Jumaat, 7 Ogos 2009

Ku sangka seorang rupa-rupanya.....

Semasa menulis tentang nasib Muhamad Che Nai yang dapat hadiah besar berkait isu Babi di Kedah, klik tang ni aku belum lagi tenguk memo pertukaran KCS (Pegawai Tadbir Negeri Kedah). Tulisan aku masa tu berdasarkan tips dari member rapat yang dok kerja di Wisma Negeri. Selalunya apa yang depa bagitau, boleh dipercayai 99.99%.

Kemarin dulu balik sana, masa aku nak masuk hutan, ada member telefon bagitau memo pertukaran KCS dah keluar. Dia bagitau lebih 30 KCS yang terlibat. Nak suruh dia baca pun ramai sangat. Nak suruh dia faks kat aku, dalam hutan mana ada faks. Line telefon pun tak dapat. Internet jauh sekali la. Frust juga pasai tak boleh nak tenguk senarai tu. Nak buat geno, demi anak-bini, kenalah jugak masuk hutan cari makan. (Jangan tanya aku masuk hutan buat kerja apa. Tapi kalau nak ikut, bila-bila masa boleh.)

Petang kemarin kami keluar hutan. Lepas mandi dan salin baju, aku terus terkam pi rumah member. Bila dia tunjuk fotostat senarai pertukaran yang dikeluarkan oleh Pejabat SUK, baru aku tau. Rupa-rupanya lebih 30 orang KCS yang terlibat dalam pertukaran tersebut. Ada yang senior. Ada yang junior. Ada yang junior, langkah 3/4 kepala yang senior. Ada yang naik pangkat. Ada yang pindah Pejabat tapi gred sama jugak.

Member aku dok pot pet pot pet(mengomel panjang) pasai pertukaran KCS kali ni yang dia anggap pelik dan berlainan dari dulu-dulu. Dia tak puas hati. Tapi apa boleh buat, terima sajalah. Siap bungkus la. 16 Ogos ni, mau tak mau kena pindah pejabat baru.

Masa dok belek tenguk senarai tu, aku terkejut berok bila tenguk nama Pegawai Daerah Pendang, Encik Shukor Ghani yang ditukarkan menjadi Pegawai Daerah Bandar Bharu. Encik Shukor ni baru sangat jadi DO Pendang, perasaan tak sampai 6 bulan. Pasai apa dia pun kena tukar? Yang ganti dia mai ke Pendang pulak, DO Bandar Bharu. Kong kalikong betul la...

Setelah member aku bagitau, baru aku faham lagi mengerti. Rupanya, hebat jugak isu babi di Kedah ni. Sama hebat dengan H1N1.

Mulanya aku sangka Mad Che Nai seorang saja yang dapat hadiah pasai berjaya dalam mengetuai operasi merobohkan Pusat Cucuk Babi di Kampung Berjaya, rupanya Encik Shukor Ghani (DO Pendang yang tolak cadangan Pusat Cucuk Babi di Kampung Cina) pun dapat hadiah jugak.

Nanti Mad Che Nai dan Shukor Ghani boleh la menyanyi lagu "Kita serupa.... kita serupa!

8 ulasan:

  1. Dasyat pentadbiran Pas di Kedah. Kesabaran Azizan akhirnya meletup jugak. Hanya kerana nak ikut telunjuk dan jaga hati sesama PR. Buat keputusan dah tak nampak macam ilmuan dah. Awat?Megah sangat bila dah berjaya anjurkan Karnival Kedah Sejahtera kot..CCZ tak tau sebab tak teringin nak pi. Bosan sebab cari duit bukan bagi benda-benda berfaedah tapi yang bagi duit betul-betul duit rakyat jugak.Lagi teruk daripada BN perintah. Tak boleh kutip derma melalui masjid-masjid, Pas tukar jadi melalui permainan ala-ala Pesta Pulau Pinang.

    BalasPadam
  2. Teruskan apa yg diperjuangkan tu ..tak kirah lah dok kat mana pun..
    Sama saja!!! musuh yg sama.

    BalasPadam
  3. Lagi satu kalau tak puas hati..letak jawatan dan buat kerja sendiri seperti biz ke masuk hutan ke..macam Ekeng tu..Rezeki tuhan beri..janji mau usaha. hmmm..Teman cakap je lah..heee

    BalasPadam
  4. Salam,

    Bagi deme, apa yang penting kuasa, sebab itu bila komunis DAP mempeermain dan menghina Islam deme buat tak tau je....... inilah bangsa perosak Melayu dan Islam....

    BalasPadam
  5. CCZ!
    Awat tak pi tenguk Festival Kedah Sejahtera? Syok ooo, macam funfair. Siap dengan konsert 6oan. Rugi la kalau tak pi.

    LanaBulu!
    Bila ada pertukaran macam tu masa BN dulu, ada puak yang pertikai dah tohmah macam-macam. La ni?

    YANG GAMBI!
    Kalau kita ada kosa, gajah pun takut. Betoi dak?

    BalasPadam
  6. Salam Ziarah......

    Nak buat macam mana PAS memerintah macam ni la nasib.......

    BalasPadam
  7. SLM BRO..DLU AL JUBORINK KATA BN AMAL NEPOTISMA LAH KRONISMA LAH..SKRG AMCM?..LG TERUK ADE LA!..PAKATAN CKP X SERUPA BIKIN DAAAA KEHKEHKEH

    BalasPadam
  8. lagenda!

    Terima kasih.

    Jeffrey!

    Bukan! Depa tu cakap lain, bikin lain!

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.