'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah
Gara-gara didakwa menconteng perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini. LAGI....
Berita kedua:-
Tiga lagi siswa UM dicari polis
Polis menjejaki tiga lagi suspek kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding sebuah dewan Universiti Malaya selepas dua pelajar diseret ke mahkamah hari ini. LAGI....
Berita ketiga:-
Tragedi di bilik asrama UTM
Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.
Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir. LAGI....
Komen ringkas:-
Tiga berita di atas ialah mengenai mahasiswa yang sedang mencari atau menuntut ilmu di Universiti. Kedua ibubapa dan seluruh keluarga pastinya sepanjang masa berdoa dan berharap agar mereka berjaya di Universiti dan kelak menjadi manusia berguna. Kerajaan telah menyediakan ruang dan peluang pendidikan kepada mereka (mungkin juga memberikan pinjaman) berserta prasarana yang baik bagi mempastikan mereka dapat belajar dengan sempurna dan selesa.
Mereka adalah generasi pewaris negara di masa akan datang. Mereka adalah dari kalangan remaja yang istimewa dan bernasib baik kerana berjaya menjejak kaki ke menara gading, sedangkan di luar sana, masih terdapat ribuan lagi remaja yang tidak berjaya.
Bagi mempastikan kejayaan mereka, tiada sebarang kerja (berat atau ringan) diwajibkan selama mereka menuntut. Tugas mereka hanyalah belajar dan belajar dan belajar.
Tapi apa dah jadi..... apa dah jadi....? Kesian ibu yang mengandung 9 bulan 10 hari. Kesian bapa yang berpuluh tahun membesarkan. Sedihnya, mereka sendiri tidak kesiankan diri sendiri.

itulah kualiti pelajar melayu yang diasuh di bawah nama parti pembangkang. jangan dengar rayuan. kenakan hukuman berat-berat.kita tengok akan ada tak parti pembangkangyang dikasihi mereka akan tolong nanti.sendiri buat sendiri tanggunglah.
BalasPadamTentang satu lagi.Seorang lagi perempuan malang mencatat berita. Tumpang simpati.
jengok ke http://pu3bn.blospot.com
BalasPadamSALAM BUAT SAUDARA
BalasPadamSELAMAT BERBLOG DAN BERTUKAR ULASAN
SALAM