Sabtu, 4 Julai 2009

Ada emas di Tobiar?

Isyh... riuh-rendah cerita pasai emas di Kampung Jelutong, Mukim Tobiar, Daerah Pendang di dalam Negeri Kedah Darul Aman atau Kedah Sejahtera (yang baru saja dilanda virus terbaru babi). Sebelum ini pun ada orang mai habar dan ajak pi tenguk, tapi aku tak percaya. Bila keluar berita dan gambar dalam TV malam tadi, baru aku percaya. TV tunjuk orang ramai tengah dok pulun katok ketul batu untuk cari emas. (Gambar YB Suraya and the gang tengah menanam padi pun aku tenguk jugak. Nak tergelak tenguk depa pakai baju macam bukan nak pi menanam. Kalau orang perempuan segak pi menanam padi dan pakai pulak elok-elok macam tu, no komen! Ramai Ketua-Ketua Cawangan nak tolong pi atur semai).

Hari ni pula keluar berita (dan gambar) pasai emas tu dalam kebanyakan surat khabar, termasuk di dalam beberapa buah blog. Nak tak tulis pun, tangan rasa gatal. Elok jugak la. Nak tulis pasai babi pun, dah naik melugai.

Cuma aku yang melugai, ada orang lain tidur pun tak boleh, dok fikir kes babi ni. Telefon dok bunyi sampai tak larat nak jawab. Telan nasi tak pi. Telan air tak masuk. Bukan apa, pasai dok anggap benda ni remeh tapi sebenarnya bahaya lebih dari H1N!. Bimbang jugak kalau tidur, bangkit esok depa bagitau ada lagi katak yang lompat pasai terkejut kat babi. Sat ni kot ranap macam Pusat Cucuk Babi di Kampung Berjaya tu! Jangan dok mereka!

Betul ka ada emas di Kampung Jelutong tu? (Dekat kampung ni dulu terkenal dengan sebuah Kumpulan Ghazal Parti - Al Salwa? Aku dah lupa namanya. Datuk A Kadir Jasin atau Jeanbara ingat kot pasai tak jauh dengan kampung dia!) Betulkah apa yang penduduk kampung dok pi serbu cari dan katok tu, emas? Aku dibagitau bahawa dah ada beberapa orang penduduk yang bawa contoh pi ke kedai emas di Tanah Merah. Taukeh emas tu check, bagitau kata bukan emas. Depa tak puas hati, bawa pulak pi Pendang. Pun jawapan sama jugak.

Dan malam tadi pun aku tenguk, ada berita dalam sebuah saluran TV yang melaporkan bahawa ketul batu yang ditemui itu bukan emas.

Yang peliknya pagi tadi, tak dan cerah-cerah tanah, tak dan ayam keluar lau, tak dan menyorok (sarapan), dah berbodong-bodong depa serbu pi tempat tu. Hak dok menoreh pun tinggal pokok. Hak dok menyulam pun tinggal bendang. Hak dok meniaga pun tinggal kedai. Kalau selalu bangkit lambat, pagi ni bangkit sebelum bang subuh.

Memang betul ada yang nak pi tenguk. Tapi yang dok korek, katok ketul-ketul batu bagi pecah, pun ramai. Tak kan depa tak tau, yang depa jumpa tu bukan emas? Habis tu dok gagah cari buat apa? Katok pi katok mai, marton tu kena kaki ka, kena tangan ka, tak ka menerang kena bawa pi hospital pulak. Kes naya!

Tapi itulah orang kita ni, larang jadi macam dengan suruh! La ni biar pi kat depa la!

Cuma aku dok fikir sorang-sorang masa dok meneran tadi, aku rasa la kalau depa ni betul-betul nak cari emas, jangan cari di Kampung Penyarum. Jom ramai-ramai kita pi Telaga Emas.


4 ulasan:

  1. nak kaya cepat..cuba sampah tu duit, Malaysia tak akan ada sampah..sampai bila-bila lah lagu tu..

    BalasPadam
  2. Rezeki, biarlah orang kampung cari, emas harga sedang mahal....

    Di Rompin Pahang, pun macam tu juga dulu, emas banyak timbul kat Bukit Ibam, la ni dah kurang dia pi kat Pendang pulak.....

    BalasPadam
  3. memanglah emas tu mendatangkan keuntungan.. tapi yang dok pakat pi ketok sana sini bagi mencari benda yang tak pasti dan tidak saintifik tu buat apa! kadang-kadang letih pikiaq kawan-kawan kita di Kedah ni..

    Dari dok buang masa, dok pi tengok depa ni, mai kita pakat nasihat termasuk juga pembaca semua pakat-pakat tengok blog ni.... pokli77.blogspot.com. habis baca baru pakat sembang pasai emasssssss

    BalasPadam
  4. betoi la tu yang dok pi korek sana sini sampai tinggal kerja harian tu pasai apa! semua ni pasai nak jadi kaya mudah! Sebenarnya emassss ini merata boleh cari tapi kena lah caranya.

    Cuba kawan-kawn kat Kedah pakat pi tengok blig ini ... pokli77.blogspot.com atau jutawan emas. ha lepas tu kita pakat bincang camana nak cari duit dengan emas

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.