Jumaat, 10 Julai 2009

Bila orang PAS marah kat PAS....

Teruk Jugak Jadi MB nie yaa..

Penulis Tamu - moniermatdin

Baru kejap tadi, waktu saya tengah dok kemas-kemas nak update blog bisness adik saya sorang tu, ada memba sms mai. Nama dia Apit, dok buat bendang di Paya Ketiau Padang Serai. Apit tulis:

"Kedah Sejahtera! Pdg Serai meraikan pembukaan Pusat Karaoke yang ke5. Kedai ekoq haram pun dah lebih dr jari tangan hanpa. Selamat Datang ke Kedah DarulMaksiat!"

Bulan lepas waktu Usrah PAS cawangan, bukan kata Apit tapi ramai lagi yg dok komplen tak puas hati pasal peningkatan pusat-pusat maksiat mcm yg Apit sms tu. Ada sorang Paklong tu lagi ceroi; dia kata:

"Sekali tu, saya tak tahan sangat dah, sebab saya dok tengok tauke (non-muslim) siber cafe tu bagi budak2 sekolah pakai uniform masuk, saya pi sendiri pi serbu masuk kedai tu, saya kata kat dia "Hang nak aku bakaq kedai hang ka?" Kelam kabut toke tu, saya habag kat dia saya kata "Kalau hg dok biaq budak2 ni masuk lagi, nanti aku kerah geng-geng tmn aku, kami mai ramai-ramai bakaq kedai hang. Hang nak??"

Saya pun tak tau nak kata apa, sbb saya ni pendidikan sekular, Apit dgn Paklong dan ustaz-ustaz dlm USRAH kami tu memang beranak-beranak dah dlm PAS dah, jiwa depa cukup mudah tersentuh bila org dok buat main-main dgn bab amar makruf nahi mungkar ni. Cumanya nak habag, saya rasa kalau ada YB PAS ka MB ka dlm USRAH mlm tu, mau boleh kena penendang dengan depa-depa ni, nak habag kata memang marah dan membara sungguh geng-geng PAS Pdg Serai dlm perkara ini.

Panjang lagi dia cerita versi org bukan Melayu (kaum bisness) mengenai kjaan PAS di Kedah ni khususnya MB kita. Antara yg sempat saya ingat, kawan saya ni kata:

"PAS ini bagus jadi pembangkang.....tapi pembangkang bab Agama saja lah, bab lain bab ekonomi apa-apa tak boleh pakai!" or lebih kurang mcm tu ayat dia.

Teruk juga jadi MB ini, di sebelah kanan ada org mcm Apit dan Paklong di Padang Serai nu, di sebelah kiri pulak ada org mcm kawan saya executive non-muslim kat shopping compleks tu. Kiri tak kena kanan tak kena. Celah-celah tu UMNO pulak tengah dok susun strategi mcm depa dok habag nu. Kalau hangpa jadi MB, mana hala hangpa nak tuju?

Pikiaq pikiaq sekali, jadi pembangkang lagi senang drpd jadi pemerintah noh! Tapi tat pa lah, untuk MB dan YB-YB PAS yg dok ada, kalian buatlah apa yg patut. Tuhan dah pilih tuan/puan dan tak pilih kami-kami kat bawah ini dok kat situ mesti ada sebabnya; jadi jalankanlah kerja dan tunaikanlah amanah itu dengan sebaik-baiknya. Kalian pasti lebih mengerti.


moniermatdin@yahoo.com

10.Julai.09


P.S:

Minta maaf pasai siar (petik) sebahagian saja daripada tulisan yang agak panjang ini. Kalau nak baca yang asli, klik pi tang ni!


Komen:-

Tak payah komen panjang kot! Peribahasa Cina  kata "Cakap tak serupa bikin". Ertinya kalau nak bercakap memang senang. Modalnya gigi dengan lidah saja. Tapi nak bikin memang payah. Pasai kena guna akal.

Peribahasa India (bukan versi Karam Singh Villia) kata "Burung terbang, anjing pun nak terbang! Akhirnya kucing bertepuk tangan!". Jangan suka salahkan kerja orang lain. Bila kita buat dan gagal, musuh kita berseronok suka.

Peribahasa Melayu kata "Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul." Ertinya, melihat orang buat rasa senang. Bila kita buat sendiri, baru tau.  Macam tenguk orang tanggung padi.  Nampak ringan. Tapi bila bubuh atas bahu sendiri, bukan setakat melecaq bahu, habis sakit urat belikat. Jalan pun mengengkang macam lepas masuk jawi! Tidur malam beralih, bagi belakang kat bini!
 

5 ulasan:

  1. SLM BRO..PERGHH KLU PAS BACE NI MESTI TERASE MCM KENE SIAT2 KULIT MUKE BROO HEHEHEHE..MMC KLASS!!..PAS TAK AKAN BERUBAH SELAGI AKIDAH TAK DIPERBETULKAN..TU LA ORG DH KATA..PAS TAU CERAMAH TAK HABIS..KERJA? HABUK PUN TARAKK..ZERO!..KLU PRU13 NI MMG SAH RAKYAT KEDAH AKAN TOLAK MENTAH2 PAKATAN! HUHUHU

    BalasPadam
  2. Ermmm...kalau dah tak sanggup jadi MB tu...letak ja la jawatan...Che Had tu pun buleh ganti...hehhehe...buleh kan che had kan?

    BalasPadam
  3. Jeffry!

    Ini ada aku karang seloka untuk renungan:-

    Slogan depa Kedah Sejahtera,
    sampai la ni tak payah buat apa,
    banyak berceramah kurang berkerja,
    pasai pembangunan dah ada belaka.

    Dari dulu tak habis dok mengata,
    Quran dan hadis depa persenda,
    ahli dengar angguk macam pok ka,
    tiap-tiap hari dok tambah dosa.

    Apa BN buat semua tak kena,
    dapat kat depa semua tak pa,
    manifesto dulu simpan atas para,
    hukum Islam pun tangguh sementara.

    Duke!

    Sapa yang tak mau jadi Menteri Besar Duke? Habaq mai kat aku! Yang depa tak mau besaq cuma 3 benda.....

    Che Had tu jadi Pak Sanggup boleh la. Ada ka orang nak cari Pak Sanggup, nanti boleh aku bagitau kat Che Had. Tapi balak Che Had... besaq. Dari Bukit Kachi!

    BalasPadam
  4. apa sebab nik aziz tak nak tubuhkan kerajaan perpaduan..sebab dendamnya terhadap orang melayu dalam umno..tetapi dengan DAP boleh join pulak..apa ni??

    BalasPadam
  5. kelambu harimau!

    Selain dendam, Kik Ajis juga rasa malu untuk berbaik dengan UMNO sebab selama ni mulutnya celupar sangat mengutuk UMNO. Dia pakai gigi palsu, jadi tak dapat nak menapis kata-kata yang keluar dari mulutnya.

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.